Pengikut

Selasa, 7 November 2017

Mengapa Kamu Putus Asa, Sedangkan Allah Sentiasa Bersama Kamu


Assalamualaikum

Entri ini adalah 2 tahun lepas yang punya lihat di sini , tetapi ianya jadi penguat ketika acik rasa "down" dan selalu ingat Allah bersama kita. 

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini,masih terkejut apa yang berlaku sebentar tadi. Sewaktu pulang dari masjid tadi. Sedang bawa motor capuk ku, rasa tak sedap hati pula rasa nak toleh ke belakang. Terlihat seorang pak cik yang terjatuh di tepi longkang. Dengan segera berhentikan motor dan pergi ke pakcik tersebut.

Pakcik : alhamdulilah , terima kasih kerana membantu,
Acik: Ehh tak pe, kebetulan ternampak tadi, pak cik bawa kereta atau bawa motor ? boleh saya hantarkan.

Pak cik : Tak pe, saya kena pergi ke bangunan atas tu .
Acik :  Kalau macam tu, biar saya hantar.
Pak cik :  Ehh tak pe, tapi saya tengok awak ini muka ada masalah saje, boleh saya tahu 
Acik : ahh muka ada masalah ? 

Pak cik : saya tengok kamu ini , orangnya bersemangat dan suka beri kan nasihat kepada orang lain. Tapi bila ada masalah jangan pendam di hati, luahkan apa yang kamu rasa. Hati itu tak kuat untuk tanggung semua perasaan yang awak rasa.

Acik : Ehh macam mana pak cik tahu ? 
 Pak cik : ermm boleh bacakan saya maksud al fatihah ? 
 Acik : boleh pak cik 

Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.
 
Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”
 
Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
 
Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”
 
Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”
 
Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”
 
Ayat 7: “iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

 Pak cik : alhamdulilah kamu tahu maksud al fatihah tersebut, hayati dan mendalami maksudnya maka akan tahu kebesarnya.  Jika kamu rasa perjuangan kamu tiada yang menyokong yakinlah bahawa Allah selalu ada bersama orang yang berada di jalannya. Kuatkan hati untuk lalui setiap dugaan dan ujian yang di terima. Jangan pernah mengharapkan balasan untuk setiap apa yang kamu lakukan.

Acik : Ehh kenapa pak cik tahu banyak hal tentang saya ? 
Pak cik : Dia Maha mengetahui segalanya. Mengapa kamu putus asa ? sedangkan Allah sentiasa bersama kamu.

Ketika itu fikiran jauh berkelana entah kemana, banyak pekara di otak ini memikirkannya. Bila sedar, air mata mengalir tanpa di duga. Ya Allah kuatkan semangatku sepanjangan perjalanan yang aku lalui. 

Pak cik : kenapa kamu menangis ?
 Acik : entahlah pak cik terlalu banyak pekara yang buatkan hati ini jadi sedih, saya kena kuat walau apa pun caranya.

Pak cik : Bacalah MasyaAllah , La haula wala quwata illa billah

Acik :  Ehh ayat ini sama dengan roomate saya berikan pada saya . 

Pak cik : Apabila saya melihat muka kamu saya seolah-olah mendapat tahu apa yang kamu rasa dan lalui. Jangan menyerah , jangan pernah salahkan ibu bapa kamu apa yang terjadi. Mungkin itu sebab atau alasan untuk menjadikan kamu lebih tabah. Pak cik pergi dulu

Allahuarabi , lebih kuranglah perbualan kami berdua, sehingga kini acik memikirkannya , jadi terkedu jadinya, bagaimana pak cik tu tahu tentang acik ? sedangkan acik tak pernah kenal pak cik tersebut. Ini adalah apa yang berlaku hari ini, entah mengapa dan kenapa. Moga semua ini ada hikmah yang berlaku. Ya Allah kuatkanlah hatiku.



Share This!


2 ulasan:

At-Tarmizi berkata...

wah, menarik betul pengalamannya...semoga tabah ya =)

Jelita dan Awet Muda berkata...

Setuju! Dalam apa keadaan sekalipun berbalik lah kepada Pencipta. Dia Maha Penenang jiwa hambaNya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails