Ticker

6/recent/ticker-posts

Rahsia ketenangan yang ramai tidak tahu dan nasihat yang bagus untuk mendapatkan ketenangan tersebut




Assalamualaikum 

Ketenangan itu susah untuk di dapatkan dan ramai impikan, ketenangan diri dan jiwa nilainya hanya bagi yang tahu menghargai. Ada sebuah yang ingin di khabar pada semua. Kisah yang memberikan pengajaran yang baik pada diriku dan diri kamu. 

Memberi pengajaran dan tauladan untuk membuka pintu-pintu hati untuk sentiasa memperbaiki diri.  

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. 


Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. 
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam maksiat. 


Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH

Sahabat ku: 

Jangan tertipu dengan usia MUDA kerana syarat Mati TIDAK harus TUA. 
Jangan terpedaya dengan tubuh yang SEHAT kerana syarat Mati TIDAK mesti SAKIT 
Jangan terperdaya dengan Harta Kekayaaan Sebab Si kayapun tidak pernah menyiapkan Kain Kafan buat dirinya meski cuma Selembar. 
Mari Terus berbuat BAIK, berniat untuk BAIK, berkata yang BAIK-BAIK, Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan tidak suka dengan nasihatmu cukuplah اللهِ yang mengenalimu lebih dari pada orang lain. 

Jadilah bagai Jantung yang tidak terlihat, Tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh NYA Sahabat ku: 

"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, 'Amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku berkurang" (Ibnu Mas'ud r.a)

Catat Ulasan

2 Ulasan

Amie berkata…
Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk diamalkan.
dd berkata…
Tenang is good. Kita harus bijak mengunakan emosi dan jangan biarkan emosi yang mengunakan kita.