Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak salah kalau nak minta jodoh yang baik, mintalah dari sekarang. Takdir boleh diubah melalui doa. Usaha jugak untuk jadi lebih baik.



Laju jalan, tak pandang orang lansung.

Aku dengar suara itu, terus aku toleh ke belakang.

Kau tak kenal aku ke ?

MasyaAllah azim... aku ingat siapa.

Ya Allah lamanya tak jumpa kau. Doa aku di makbulkan Allah. Dapat juga jumpa kau. Balas Azim.

Aku hanya mampu tersenyum sahaja.

Kau tahu aku pernah baca satu artikel yang kau tulis untuk bersangka baik dengan Allah. Puas aku fikir, macam mana nak bersangka baik. Aku asyik kenal tak lama lepas itu putus. Dua kali putus tunang. Hati aku makim gelisah. Lama juga aku cari tahu. Bagaimana ?

Akhirnya aku faham apa yang kau maksudkan acik. Dan mereka sering lupa kuasa doa. Ye kita doa sekali mungkin tak nampak kesannya, tetapi andai beribu kali kita berdoakan takkan satu pun tak di makbul inshaAllah ada.

doa itu mesti di lakukan seiring dengan usaha. Mesti seiring dengan perbuatan kita.

Selalu aku berdoa, ya rab temukan aku dengan seseorang yang membuatkan imanku naik dan selalu ingat padamu.

Satu hari aku di uji, bila dapat tahu tunang aku curang. Ya Allah, hatiku aku hancur. Kalau ikutkan hati amarah aku, nak aku tinggalkan segala. Lalu Allah hadirkan dia dalam hidup aku. Memberi semangat dan sentiasa ingatkan aku untuk selalu bersangka baik dengan Allah. Allhuakbar !!

aku hanya mengangguk, tekun mendengar kata-katanya.Akhir kata pesan acik pada semua.

" Tak salah kalau nak minta jodoh yang baik, mintalah dari sekarang. Takdir boleh diubah melalui doa. Usaha jugak untuk jadi lebih baik. "

Catat Ulasan

2 Ulasan

dd berkata…
Betul.. doa tu sangat penting...
Hazmin Hamudin berkata…
Tak salahpun nak mintak. Mintak la apa saja yang baik2 melalui doa tu kan