Ticker

6/recent/ticker-posts

70% Wanita Malaysia Tolak Lelaki Gaji Bawah RM5k ?

gambar hiasan

Assalamualaikum

70% Wanita Malaysia Tolak Lelaki Gaji Bawah RM5k

Kaji selidik yang dilakukan Sweet Ring baru-baru ini mendedahkan, kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan.


Inilah kesan kerana kita telah si setkan mentaliti kita. Kawin mesti lelaki kaya seperti cerita dalam drama dan movie. Mesti hantaran berpuluh ribu seperti artis untuk di jadikan wedding of the year.

Jemputan kawin mesti 1000 ke atas. Hantaran serba satu berdiri. 

Well siapa pun dalam dunia ini nak hidup susah,? 

Jika boleh celik sahaja ada orang siapkan makan, shopping sana sini dan beli barang mahal-mahal untuk di upload di laman sosial.

Tapi kita kena kembali kepada realiti, Ekonomi masa kini dan keadaan sekarang.

Jika di jadikan harta sebagai bahan ukur maka hanya si kaya sahajalah yang layak. 

Si miskin seperti aku, hanya mampu melihat sahaja. Sedangkan agama kita tidak ajar seperti itu.

Jangan takut untuk berkahwin dengan si sederhana dan si miskin harta di matamu.ini kerana, harta itu boleh dicari.

JANGAN TAKUT MENIKAH DENGAN LELAKI YANG MISKIN HARTA
"takutlah akan lelaki yang miskin IMAN DAN TANGGUNGJAWAB"

Jangan disebabkan harta, kita menjadi terlalu taksub.

Jangan disebabkan harta, kita dibayangi dengan kehidupan yang penuh dengan kemewahan.

Jangan disebabkan harta, kita hilang kehormatan terhadap diri sendiri.

Jangan disebabkan harta, kita hilang segala-galanya!

Wahai perempuan di luar sana,

Percayalah kamu, sesungguhnya, pada saat kita bernikah, maka Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki dengan mudah, ianya sama ada datang dari si suami mahupun isteri.

Allah SWT berfirman: “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. [An-Nur/24:32 ]

Percayalah, selagi kita masih beriman dan bertaqwa dijalan Allah, maka sangat mudah bagi-Nya untuk mengabulkan segala doa anak-anak Adam yang sedang meminta hidup mereka diberkati kerana mereka telah menyempurnakan separuh daripada Agamanya.


Sentiasa bersyukur, dan teruskan berdoa untuk mendapat kesejahteraan rumah tangga. Apabila kita tidak putus dalam berdoa, nescaya Allah SWT akan melimpahkan rezeki kepada mereka dan pasangan.

Andai kerana harta dengan gaji 5000 tetapi kaki pukul, kaki perempuan dan ibu segala kaki, adakah kamu tidak kisah?

Terimalah dia seadanya, selagi dia berusaha untuk mengubah nasibnya untuk menjadi insan lebih baik.

InshaAllah. Allah tak pernah persiakan kita.


Catat Ulasan

1 Ulasan

cik lebah berkata…
I'm here to disagree. Actually tak semua perempuan macam tu. Jadi buat la pilihan elok-elok ya.