Khamis, 19 Mac 2020

Permohonan Bantuan RM600 PERKESO Secara Online Bermula 20 Mac 2020



Berikutan perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 berkenaan pembentangan semula Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, peruntukan sebanyak RM60 juta daripada Kerajaan serta RM60 juta lagi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah disediakan bagi tujuan pelaksanaan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program - ERP). 

SYARAT PERMOHONAN

ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :- 

1. Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020; 
2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO; 
3. Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah; 
4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan 
5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

ERP ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka. Pekeliling Majikan dan senarai FAQ boleh diperolehi di laman web PERKESO dalam masa yang terdekat. 

Bagaimanakah cara memohon ERP? 

• Majikan yang telah memenuhi syarat di perenggan 3, boleh menghantar permohonan secara dalam talian yang akan dimaklumkan kemudian melalui Pekeliling Majikan yang dikeluarkan oleh PERKESO. 
• Semua permohonan ERP daripada majikan hanya boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh majikan semasa membuat permohonan ERP?

 • Surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat 
• Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan. 

Untuk memudahkan boleh dapatkan borang di sini. 

Cara Memohon 




Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Coretkan sedikit pandangan