Ticker

6/recent/ticker-posts

Jawapan Kenapa ALLAH Beri Lelaki Ego yang Tinggi



Assalamualaikum 

Hai hari nie acik berseorang dalam bilik and sambil di temani oleh Facebook dan tetiba acik di tanyekan 7 orang wanita dengan soalan yang same. Kenapa Lelaki ego tinggi ??? kenapa jatuh maruah bila mengaku kesalahan ??? memperlihatkan kelemahan ?? sukar minta maaf ??

Haah bila di tanyakan pada kaum hawa mesti akan mengatakan kaum adam bahawa ego tinggi,,ada mengatakan

“huh.. susah lah cakap dengan laki ni.. ego tinggi sangat !.. keras kepala.. dia je betul !!”


 Semua yang berlaku  mesti ada sebab kenapa hal ini boleh terjadi, dalam kehidupan ini acik di didik jangan menilai sesuatu dengan sekadar emosi tapi mesti mengkaji..Sesungguhnya ALLAH mengetahui semuanya dan setiap apa yang ALLAH jadikan mesti ada kelemahan dan kekuatan untuk menunjukkan kita nie lemah dan perlu pertolongan yang Maha esa. 

Cuba bayangkan kalau lelaki ego dia sama seperti perempuan ??

Kalau sama mesti tak syokkan hidup nie. Bila lelaki bersikap keras dan perempuanlah menjadi pelembutnya .Orang dulu-dulu kata Batu yang keras pon akan ada lekuknya jika di titiskan air sokmo.. hehehe 

Kalau mereka kata pendapat dia saje betul dan perempuanlah jadi penenangnya dan bila masa lelaki itu gembira masa itulah perempuan memberitahu kesalahan mereka.

Dalam hadis Nabi saw bersabda :Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya.
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya

Kalau lelaki terlalu berlembut maka segalanya ikut emosi maka kucar kacirlah dunia nie ...Kalau kamu mengenali setiap kejadian lelaki dan perempuan pasti kamu akan memahami. 

Dan kalau lelaki terlalu sensetive dan ikut emosi dan maka akan kita lihat perempuan menjanda sebab jatuh talak berleluasa berlaku kerana lelaki ikut emosi..aah sebab tu fungsinya ego...

Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahwa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dengan memperlihatkan keegoannya .

Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga seorang wanita selalu terlepas pandang untuk mempelajari sesuatu tentang kelebihan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri, seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki yang bergelar suami dalam setiap apa yang dilakukan selagi ia tidak melebihi batas-batas syariat dan terpesong dari landasannya.

Manakala pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan penciptaanya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu pijakan atau sebagai perisai untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau berlaku kasar apalagi menganiaya. 

Sebenarnya isu ego ini tak perlu di perdebatkan kerana bukan kaum adam saje punya ego tetapi kaum hawa ada juga yang selebihnya adalah terpulang kepada cara individu untuk mengatasinya. Ramai lelaki sekarang dah bersikap terbuka.


Tapi kita ada contoh tentang peribadi Rasullulah , dia adalah contoh terbaik dan jadikan sebagai rujukan kepada kita. Semakin ALLAH sayang kita semakin itu ALLAH datangkan ujian. Sebab itu kita kena mendekatkan diri kepada ALLAH seperti berselawat, bertahmid dan sebagainya supaya hati kita lembut untuk menerima teguran dan pendapat. Bukan hanya kepada lelaki tapi perempuan juga.

Acik menaip ini bukan hanya untuk membela kaum sendiri tapi hanya ingin tukar persepsi bahawa ego itu bukan keutamaan tetapi yang paling penting ada sifat menerima fitrah sesama insani.. Jangan kita asyik cari kesalahan orang lain sedangkan diri kita pon belum tentu betulkan. Apa yang kita lihat jadikan pedoman agar kita menjadi manusia yang lebih baik :) adioss 



Catat Ulasan

6 Ulasan

Unknown berkata…
ada betulnya mengapa lelaki ini ego sangat
lelaki lah pemimpin wanita & anak anak yang bakal lahir kelak :)
Akupenghibur.com berkata…
btl tu lelaki bakal jadi pemimpin wanita ...so same-sama kita saling memahami
misa berkata…
bagusnye entry ni..time kasih acik..:)
honey_my boo berkata…
tapi ade juga yang salahguna dengan peranan EGO.. hanya kerana keinginan hati tidak dipenuhi ada yang menjadi mangsa