Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanggapan yang Salah Perempuan Terhadap Lelaki





assalamualaikum 

Hai semua, hari nie acik memang betul-betul tak ada mood. Penat menaip untuk entry ,lepas tu hilang macam gitu aje..kecewa betul ..arghhhhhh stress dan entahlah tak tahu nape hari nie betul-betul sangat mengecewakan . Dan acik rasa geram juga ada ssegelintir perempuan meletakkan persepsi lelaki nie semuanya sama .. kalau jahat semua jahat ??? habis abang kamu ??? ayah kamu ?? guna ayat biar betul agar tak ada pihak yang terasa...ok meh acik bagi sedikit gambaran tanggapan yang salah perempuan pada lelaki..


Lelaki nie tak commitment 

Kebiasaanya perempuan selalu mengatakan bahawa lelaki tidak mahu hubungan yag lebih serius , padahal dah bertahun-tahun kenal, parents pon dah tahu dengan siapa , lelaki nie tak mahu lagi komitment dan perlu di desak dan tidak serius dalam semua pekara.

Sebenarnya, 

tak perlu di paksa pon kalau dah tiba saatnya pasti lelaki itu akan lebih serius dalam perhubungan. Mereka memerlukan masa dan selalunya memikirkan sedalam-dalamnya adakah dia dah sedia atau belum . Persediaan perlu di lakukan dari segi mental dan fikizal  .Tugas sebagai imam dalam keluarga itu berat dan kerana dialah nakhoda yang mengemudikan kapal, kalau tak betul maka segala dosa ahlinya akan di tanggungnya. Dan pastinya lelaki selalu memikirkan persediaan dari segi keperluan untuk hubungan yang lebih serius.. yelah tengok la sekarang hantaran dan RM 20 000 kena cari ,rumah lagi ,,,kereta/ motor dan paling penting membantu ibu bapa dan adik -adiknya.

Lelaki nie selalu berfikiran negative dan seks

Tanggapan perempuan bahawa lelaki nie sukakan sesuatu yang lucah dan setiap perkatan itu berbaur pada pekara yang lucah dan asyik fikir kuning + biru saje untuk semua benda. Dan pantang tengok tubuh perempuan terutama yang seksi..

Sebenarnya,

Bukan semua lelaki macam tu , jika perlakuan seperti itu maka rendahnya iman lelaki itu . setiap perkataan lelaki kadang-kadang bukan seperti itu tapi sering di salah ertikan. Lelaki nie bukankah semua pekara itu di fikirkan adalah seks tetapi kadang kala yang membuat mereka memikirnya kerana keadaan sekelilingnya yang berpakaian seksi dan bagaikan nak di tunjukkan semua. Jika semua berpakaian menurut islam seperti muslimah pastinya tak ada fikiran seperti nie ..sesama kita membantu kurangkan dosa lelaki.Satu lagi lebih baik jika lelaki suka melihat perempuan jika asyik melihat lelaki ?? ohhh noooo ...


Lelaki nie tak romantik

Selalu perempuan nie merungut lelaki nie tak romantik , tak ada feeling lansung , apatah nak berkata-kata jiwang, nak menonton wayang jiwang dan semua pekara lagi -lagi nak baca novel..sungguh tidak .,..lelaki tak romantik..

Sebenarnya lelaki juga ada hati dan perasaan, lelaki itu mempunyai romantik yang tersendiri mungkin keadaan  dan cara saje berbeza,. Jika lelaki 24 jam romantik adakah kamu suka ?? bukan semua perempuan suka lelaki romantik. Satu lagi kena fikirkan , untuk romantik untuk pasangan couple itu tak baik kerana pasti ada syaitan yang akan membantu untuk ke lembah maksiat,... ahhh lelaki akan romantik hanya pada perempuan yang halal baginya ..cewahh  ^_^

Lelaki tak suka pada budak kecik/kanak -kanak

Perempuan selalu merunggut bahawa lelaki nie tak mesra alam dengan budak kecik ,macam mane nak jadi ayah kepada anak-anak mereka..

Sebenarnya, 

Lelaki nie perlukan masa dan didikan tentang kanak-kanak kerana kanak-kanak nie agak merumitkan yelah manelah thu bermain dengan mereka takut terjatuh dan sebagainya, aahh tugas seorang perempuan bagi courage untuk lelaki mejaga kanak-kanak. Satu hal terpenting , perempuan kena tahu bahawa lelaki akan lebih menyayangi akan kanak-kanak jika anaknya sendiri. Di mana di situlah tempatnya belajar tentang kanak-kanak ..jangan risau ...

Lelaki nie tak hargai persahabatan lelaki dengan lelaki 

Perempuan selalu mengatakan bahawa lelaki nie tak macam mereka yang penyayang dan selalu meluahkan perasaan sesama mereka dan lelaki nie tak pernah hargai persahabatan sesama mereka

Sebenarnya,,,

Lelaki juga manusia, tapi cara lelaki menghargai lelaki adalah cara yang berbeza dan tersendiri. Mereka akan lebih menghargai sesama lelaki dari segi perkataan bukan perbuatan seperti perempuan.Dan lelaki juga ada ketika meluahkan perasaan tapi lebih kepada dalam kumpulan dan dengan geng mereka. Kerana lebih nyaman. Pastikanya lelaki tak suka luahkan perasaan mereka dan simpan lebih baik ..kalau sesama lelaki mereka mesti jadi bahan ejekan ...sebab tu lelaki suka luahan perasaan pada perempuan kerana rasa di hargai...

ok lah sampai di sini dulu acik menaip ,ini hanyalah pendapat dari insan yang kerdil ini,terlalu banyak pekara yang perlu acik belajar, jika rasa membantu ambillah sebagai tauladan jika tidak pejamkan saje mata anggap maklumat tak berguna ...acik cuma mahukan kita lebih memahami kaum hawa dan adam biarkan hidup kita lebih bahagia dan tenang... ok lah sampai sini dulu bye bye .. ^_^

Catat Ulasan

5 Ulasan

semua tanggapan tu macam salah je.haha
syira wahab berkata…
haha...no comment...saya tak fikir cam tu..think positive
xsemua laki mcm tu...ayahku yg terbaik!
Unknown berkata…
Hmm ntah salah2x
Unknown berkata…
Hmm ntah salah2x