Pengikut

Jumaat, 30 November 2012

Jangan Cepat Menghukum Bila Perempuan Tidak Bertudung





Assalamualaikum

Hai semua, sekejap jer masa berlalu, tak terasa dah nak masuk bulan 12 dan akan menghadapi bulan terkahir dn akan final exam. Fuhhh !! mengeluh berat jadinya. Bila cerita mengeluh nie, teringat satu peristiwa di fakulti acik, mascom. Bila dengar Mascom orang mesti macam-macam ligat memikir tentang peragai mahasiswi konon teruk.. bukan semua yer yang teruk,sebenar terpulang pada individu itu sendiri.Nak di jadikan cerita macam gini , masa tunggu bas, ada kawan acik tanye pada acik,  kenapa ehhh budak-budak mascom  ramai tak pakai tudung, rambutnye  ya ALLAH perang semua.. ishhh terukk!!! ko tak tegur dia orang ke acik ?? ko tak jalankan tanggungjwab ko..

wahai kawan-kawan semua kita jangan cepat melatah dan cepat menjatuhkan hukuman pada seseorang... kita nie sure ke nanti masuk syurga dan dah bagus sangat ke kita nie ?? sampai nak judge orang lain macam tu.

Dalam proses seharian kita bergaul dan berinteraksi sesama manusia, lebih-lebih lagi dengan kaum Muslimin dan Muslimat, kita mesti berbaik sangka dengan mereka. Tanpa kita sedari, apabila kita menghukum atau mengadili seorang gadis atau  wanita yang tidak bertudung, maka kita telah melakukan satu kesalahan, iaitu salah tanggap tentang seseorang. Kita perlu ingat bahawa kita tidak tahu menahu tentang latar belakang seseorang itu. Mungkin gadis remaja atau wanita itu tidak tahu mengenai kewajipan bertudung. Mungkin dia hidup di dalam satu budaya atau famili yang tidak mengamalkan bertudung. Mungkin dia datang dari keluarga yang melarangnya daripada memakai tudung. Mungkin dia belum menerima "seruan" untuk bertudung. Mungkin keluarganya memang tidak memahami, apa lagi mengamalkan tudung, atau keluarganya mempunyai konflik atau memusuhi beberapa individu dalam hal begini. Dan pelbagai macam kemungkinan, yang kita belum tahu.

Kekerasan dan kata-kata sindiran yang menyinggung perasaan seseorang manusia  akan menyebabkan mereka yang tidak bertudung menjauhkan diri daripada wanita yang bertudung. Yang paling kita takutkan ialah dia didekati oleh mubaligh bukan Muslim. Jika mereka melihat sekeliling serta membuat perbandingan lantas mendapati ada sesetengah golongan Muslim mempunyai pandangan negatif terhadap yang tidak bertudung, memilih kasih, hanya duduk dalam lingkungan kelompok bertudung saja, terlalu mudah menghukum dan menilai, orang  yang tidak bertudung itu tadi akan menjauhkan diri dan tidak berminat untuk mendengar atau menyambut  ajakan kita.

Kita seharusnya menjadi sahabat mereka terlebih dahulu. Apa yang mereka perlukan lebih segala-galanya ialah persahabatan. Kebanyakan remaja hari ini merasakan diri mereka dipinggirkan dan tidak boleh bersahabat dengan kedua ibu bapa mereka, mungkin kerana tidak boleh menerima pandangan atau bercerita dengan mereka. Ini menyebabkan mereka mencari alternatif lain iaitu dengan mencari hiburan bersama rakan mereka di luar. Oleh itu, kita ada peluang keemasan untuk mendekati mereka. Kita  perlulah bersikap mesra, menunjukkan kasih sayang dan mempunyai hubungan yang baik seperti kawan dengan golongan remaja, sama ada di dalam sesebuah organisasi mahupun di dalam aktiviti kemasyarakatan. Persahabatan bukanlah sekadar di bibir mulut saja. Tidak cukup hanya sekadar mengatakan “saya suka awak, saya ambil berat terhadap awak,” . Tetapi persahabatan yang sebenar dan prihatin timbul melalui kehidupan bersama seseorang, dan berada di sisi apabila diperlukan, terutama apabila remaja meghadapi konflik dan pancaroba.

KESIMPULANNYA:

  1. Janganlah kita gunakan kekerasan dan kata-kata sindiran  yang boleh  menyinggung perasaan gadis atau wanita  yang tidak bertudung.
  2. Kita mesti jalin persahabatan yang baik dan mesra cara terbaik dan secara 'subtle' ajak mereka supaya bertudung.
  3. Kita jangan sekali-kali mengutuk atau menyindir mereka yang tidak memakai tudung.
  4. Kita harus beri sokongan moral kepada mereka yang masih mencari-cari identiti dan menentukan pendirian samaada hendak memakai tudung atau tidak.

Share This!


9 ulasan:

AZRUL AZMI berkata...

Betul...betul..betul...

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

hmmm benar... berprasangka baik.. cuba utk buat itu.. bila baca entri ni teringat akan sesuatu situasi 5 tahun lepas. yg menyebabkan saya mgalir air mata .. semua krn isu bertudung.

Mrs. Amad berkata...

samela bile kte nak mintak tolong kat orang.kalo mintak tolong baik2 n slow2 msti org ikhlas membantu,tp kalo mintak secara berkeras n memaksa,mmglah org marah kan.gud..gud..

AQu Mad berkata...

pakai tudung kalau tak solat pun tak guna gak..

ayuescobar berkata...

jgn la bagi komen melulu..yg haram tetap haram. itu hukum islam. aqu mad statement anda tu dah nak terbatal syahadah awak. istigfar yer. tuan punya blog ni pon jgn lah anda juga menasihat secara menyindir. kesimpulan anda pon khilaf.

Aku Penghibur berkata...

minta maaf yer... saya tak ada niat pon mahu menyindir sesiapa... sedangkan ini sekadar pendapat.. thinks positive.. mungkin ini khilaf saya dalam tak sedar... entry nie bertujuan untuk beri keedaran ..kalau tak sedar ..sedarkan diri.. itu jer.. sindiran yang halus jer.. sama-sama kita muahsabah diri

Aku Penghibur berkata...

menutup aurat itu wajib ... dan solat juga wajib di laksanakan... muhasabah diri ... dan doakan mereka yang seperti itu di beri petunjuk ALLAH

Aku Penghibur berkata...

x pelah itu pengajaran yg kita x akn lupa dan jadikan tauladan

cHaYa MaiSaRaH berkata...

salam. for my first comment on this blog..
hi acik..miya nak bgthu smtg, 4 me, tak salah andai kita nak tegur seseorang untuk membetulkan kesalahannya, sebab itu perkara yang harus, islam suruh kita selalu menyampaikan, pasal isu bertudung, nice and quite interesting...n for the others yg xbertudung tetapi Islam, dont blame them too much, tp kita berkawan dgn dia dan cuba bawa dia kearah yang lebih baik, kita kene tak semua orang dididik dgn baik, sebaik ibu bapa kita..mungkin ada faktor2 lain kenapa mereka macam tuh. apa2 pun miya nak bgthu, kenapa takde pon blogger yang nak tarik isu tanggungjawab seorang lelaki, aurat mereka dan attitude lelaki yang sekarang ni lebih biadap dari wanita, dan sebaliknya lebih suka buat fitnah?? ok. nice to meet u.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails