Pengikut

Sabtu, 1 Disember 2012

Style Perempuan Bertudung Yang Tidak Masuk Di Akal


Assalamualaikum

Hai semua, hari nie acik dalam keadaan mood yang happy kerana hari nie banyak pekara yang mengembirakan berlaku.Tapi hati nie juga ada perasaan terkilan dan hiba apa yang acik tengok nie. Hari nie acik dapat teguran dari seorang pembaca blog, mungkin sindiran acik tu keterlaluan tapi pada acik itu sudah sehalus dan selembutnya acik gunakan bahasa yang sesuai itulah kita tak dapat puas hati semua orang.. 

Hampir beribu-beribu blogger postkan tetang kewajiban menutup aurat.. adakah hasil nukilan blogger-blogger ini di ambil mudah ??? ermm terpulanglah kami cuba sedaya upaya memberikan kesedaran dan sebarkan ilmu ALLAH dengan cara kami.

Malangnya ada segelintir mengenakan tudung sebagai fesyen dan tapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Jangan jadikann trend,bertudung itu bagus tapi biarlah dengan niat yang betul dan sempurna .

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW.

Share This!


6 ulasan:

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

hmmmm no komen..
fikir2kan lah masing2.. dah besar.

Dr. Fuh!! berkata...

Assalamualaikum..komen ini mungkin tidak berkaitan dengan entry saudara

thanks a lot Dr Fuh Ucapkan sudi meletakkan RSS Feeds blog fuh.my di blog saudara..Dr Fuh dah masukkan dalam bloglist..

saudara dijemput untuk menulis 1 entry untuk Dr Fuh promosikan dalam fuh.my kerana saudara sudi letakkan RSS feeds blog fuh.my..

terpulang kpd saudara nak buat entry tentang apa pon atau nak copy balik entry2 lama saudara..

saudara boleh meletakkan backlink blog saudara maksimum 3 backlink..semakin menarik entry saudara dan cara saudara letakkan backlink, semakin banyak trafik saudara akan dapat..

insyaAllah

saudara boleh hantarkan entry saudara ke fuhdotmy@gmail.com

Terima Kasih sekali lagi

Fuji Agung Prasetya berkata...

Astagfirulloh... ada2 saja tu anak ...


Aku Penghibur berkata...

ok i will nnti i bg yer

boni kacak berkata...

semalam aku ke times square pun jumpa sorang awek ni bertudung tapi pakai singlet

siti noor zubaidah berkata...

perubahan....!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails