Pengikut

Selasa, 22 Januari 2013

Top 6 Blogger Malaysia Terhebat Dan Idola Aku Penghibur



Assalamualaikum


Hari nie hampir 10 orang bertanyakan pada acik di page acik, boleh ke seorang blogger hidup berseorangan. Maksudnya independent tak perlu kawan-kawan blogger yang lain ? jawapannye mestilah boleh tapi dia hanya dengan blognya saje ,idea pon akan tidak berkembang.Apa salahnya jika kita ada rakan-rakan blogger yang akan selalu tolong kita , dan berkongsi idea dan pendapat.. Tanpa reader , tanda follower dan tanpa rakan-rakan blogger siapalah kita nie. So acik nak bagitahu blog idola acik , dan blogger yang selama ini banyak beri tunjuk ajar pada acik .


1. Cerita Dari Hati -http://www.ecadwinkyasha.com


 Honestly acik katakan , dari dulu acik jadi blogger , acik tak tahu banyak benda ,independent , banyak pekara yang bermain di fikiran, dan hati bertanya kenapa tak cuba tanya blogger lain ? Jadi acik cubalah tanya-tanya blogger lain. Dan acik jumpa blog Eca Dwinky Asha. Seriously sejak jumpa dengan eca, acik jadi silent reader untuk blognya, acik selalu follow up blog dia dan memang tiap-tiap hari baca blogger cuma kadang comment jer tak. Tapi kalau kamu kenal eca nie kamu tak akan menyesal sebab dia seorang mesra ,ramah dan tak kedekut ilmu, dia kongsi apa yang dia tahu tentang dunia blogger nie. Acik respect dengan dia.. Dan acik jadikan dia salah satu blogger contoh terbaik untuk acik. 

2. Hasrul Hassan - http://www.hasrulhassan.com


Wow nie super senior , sumpah acik cakap blog nie sangat best kerana abang HH memang superb !! dari segi penulisannya memang terbaik , dari segi susun atur blognya, dari segi pemilihan colour dan macam-macam lagi .Memang legend, serious tak menyesal kalau datang, Di blog abang HH , kamu boleh dapatkan pelbagai panduan yang menarik tentang dunia blog, Paling Acik suka adalah penulisannya, ayat yang di gunakan, gaya bahasa memang terbaik. Dia juga salah satu idola untuk acik .

3. Hazwan Hairy - http://www.hazwanhairy.com/


Satu lagi blogger yang acik respect adalah Hazwan Hairy, memang benar,sekarang blogger ini menjadi bualan ramai blogger-blogger yang lain. Hazwan Hairy seorang yang mesra dan tak sombong, tengoklah dia akan terjah ke blog-blog yang datang ke blog dia dan akan sentiasa comment kat blog kita. Entrynya juga best sebab pengunaan ayat yang sempoi dan paling penting blog dia cantik. Memang suka datang ke blog dia sebab ada saje cerita yang menarik yang mahu di kongsikan pada kita.Hazwan Hairy salah satu blogger favorite acik.

4. Sis Eiyan Azian - http://eiyanz.com/


Salah seorang blogger yang tak pernah kedekut ilmu dan selalu beri tunjuk ajar kepada acik adalah Sis Eiyan Azian. Blog dia sekarang makin cantik, dan acik juga suka baca entrynya kerana entry itu lain dari lain. Dan paling best Sis Eiyan Azian  suka berikan kata-kata motivasi kepada pembaca dia. She very inspired me 



Siapa tak kenal boni kacak.com, juga salah seorang blogger yang hebat. Kalau dapat tengok blognya simple tapi menarik. Entrynya sempoi dan paling best dia pandai tarik pembaca untuk datang ke blog dia. Dengan gelagat yang kelakar bro.. tengoklah apa yang di update di youtube. Hahaha. kalau satu hari tak datang ke blog dia tak lengkaplah rasanya. Blogger nie juga tak sombong, akan datang ke blog kita.,tak mcam sesetengah blogger  lain .

6. BudakFelda - http://budakfelda.com/


Budakfelda.com, aah nie blog yang sangat awesome. Bangga acik jadi salah seorang anak felda. Blogger nie juga bagi tips dan maklumat berguna kepada pembaca. Sebenarnya acik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada owner blogger nie kerana hasil tunjuk ajarnya , pengiklanan komli sekarang dah ada di blog acik. Dan paling penting blognya seimbangkan dunia dan akhirat. Ada tentang agama dan tentang pelbagai bahan bacaan yang sesuai untuk kita.Blog ini jiga adalah pilihan acik .

6 Blogger ini, adalah blogger idola acik, mereka blogger hebat!! acik berharap sangat satu hari nanti acik akan jadi seperti mereka. Dan kalau kamu tak percaya kamu bolehlah datang ke blog nie.Memang terbaik mereka nie ,..tabik respect dia mereka :)






Share This!


27 ulasan:

boni kacak berkata...

ko ni buat aku malu2 je ni..hahahaha.. blushing2 dah pipi aku ni. rasa macam nak pakai legging kaler pink polkadot je..hahahaha.. terima kasih bro untuk penghargaan ni.. blog ko pun aku suka baca.. sebab banyak ilmu2 yang aku perolehi.. dan kebanyakan ilmu tu adalah ilmu yang baik untuk dibuat bekalan di sana. :)

Aku Penghibur berkata...

terima kasih juga sudi datang ke blog tak seberapa nie :)

Blogger Borneo berkata...

Assalamualaikum Bang, salam kenal dari saya salah seorang Blogger Borneo. Tengok blog ni mantap sangat, begitu bersemangat untuk mengelola blognya. Terkait dengan tulisan diatas, seorang blogger tak akan bisa berkembang jika hanya mengandalkan dirinya sendiri. Dia tetap butuh minimal seorang sahabat blogger juga untuk berbagi cerita dan pengalaman. Sama halnya seperti saya, mencoba mencari sahabat blogger darimana saja termasuk dari Malaysia. Kalau Abang berkenan kunjungi blog saya di http://www.bloggerborneo.com/giveaway-senangnya-hatiku-menggapai-mimpi-melalui-blog. Mohon maaf sebelumnya jika Abang kurang berkenan dgn komentar saya ini. Thanks... :-)

Aku Penghibur berkata...

terima kasih :) saya akan datang kunjungan ke blog kamu

sohoque berkata...

drp list tu, hanya budak felda, hasrul hassan dan boni kacak yang aku pernah terjah dan komen. so skrg nak terjah yang bakinya tu..

Nur Atiqah berkata...

Thanks sbb share . lama dah tak blogwalking . nak dekat setaun T________T

Cik Cammy Lia berkata...

wah best la jadi blogger idola acik hehehe.

Aku Penghibur berkata...

silakan terjah :)

Aku Penghibur berkata...

welcome, lamenya tak blogwalking :)

Aku Penghibur berkata...

hehehehe :)

Eca Dwinky Asha berkata...

eh..ngada je letak blog eca ye...nak kena pukul acik ne..mana hebat puwn.....

AZRUL AZMI berkata...

Nanti nak terjah blog diorang... awesome2 semuanya... boleh mintak tolong ajar strategi berblog nie... hehehe...

Aku Penghibur berkata...

boleh saje azrul :)

hasrul hassan berkata...

Boni .. ko kena belanja dia makan la .. sebut dalam ni ... esok lusa dia delete .. hahahaha

hasrul hassan berkata...

As-Salam. Terima kasih kerana memberikan sebegini pengiktirafan...walaupun sebenarnya ramai lagi yang lebih layak.

Namun, listing kat atas tu memang best, memang mereka tu ada tarikan sendiri. Bonikacak sbb dia kacak .. hehehehe... huhhu ... Eiyanz ... i lkieee...eca .. antara yang jadi pembaca setia. Hazwan ... HH ada gak ke sana sesekali.

Aku Penghibur berkata...

walaikumusalam :) hihihiihi

hazwan hairy berkata...

serius terkejut! hahaha..bila acik buat entry ni?knp la xprsan entry ni..adoi2..maaf! uwarhhh nangis terharu..haha..terima kasih acik..sma2 kita jd kwn blogger slmanya..hehe..sya mmg suka bw n kenal ngn blogger..haha

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

Mrk semua mmg hebat2...

Aku Penghibur berkata...

:) yup insyaALLAH untuk kita sesama blogger

Aku Penghibur berkata...

kan mereka mmg terbaik

afifudinsohaini berkata...

memang best semua blog..semua pernah terjah..

^^eKaTiKaH^^ berkata...

blogger Hairy kite kenal.. dye memang yg ramah orgnye.. hehe... :D

Aku Penghibur berkata...

berkenalan la ke blogger yang lain ..mereka jugak mesra

Budak Felda berkata...

huhuhuhu..thanks..tapi sebenar blog aku belum layak lagi hehehe banyak lagi nak kena buat...
TAPI terima kasih atas perhargaan ini...:)

Synchronize berkata...

Nice pots ...visit,komen or follow http://wahyu-only.blogspot.com

Apih El Nino berkata...

Ada 7 orang blogger hebat kat situ. 6 orang dalam list + tuan punya blog ni sendiri :)

Arieon Maison berkata...

Saya pun nak terjah juga blog blogger yang tersenarai tu.Hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails