Assalamualaikum 
V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶ne̶ D̶a̶y̶ itu apa ekkk ?? Memang tak nak amik tentang hal yang tak penting bagi kita sebagai orang islam.tapi acik mahu kongsikan kepada remaja yang baru nak mula kenal dunia dan cinta. Please jangan sambut valentine day
Hukum Menyambut Valentine’s Day
Sebenarnya, 
majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan 
Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut 
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan 
Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan 
ajaran Islam.”
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 
hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari 
Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut 
mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan 
perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu 
amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah 
kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend 
baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang 
dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero
 umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.
Pemberian Bunga Mawar Merah – Cara Sambut Hari Kekasih:
Selain ucapan ‘To be my
 Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si 
dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia 
dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya
 perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan 
kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah 
merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim 
dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya 
mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini 
sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja 
Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers,
 yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang 
mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah 
terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Sikap yang perlu dihindari :
Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih : 
Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
Menulis ucapan kata-kata cinta di
 dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada 
kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya 
akan hari tersebut.
Kebanyakan negara-negara Barat, 
parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks 
dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk
 meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih 
(Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut




14 Ulasan
tak perlu bunga2 tu semua..
Dulu xpernah dengar pun Velentine Day nih. Cukup cepat budaya Barat lagi menyesatkan ini menular dlm masyarakat kita.
Remaja skg lagi di tegur lagi hendak di buat! Dimanakah silapnya?
Zaman sudah berubah, informasi dan hiburan kini hanya di hujung jari...tidak mampu di kawal. Bersamalah kita menyeru dan membetulkan pengaruh negatif ini.
Syabas Acik!
~Terima kasih sbb mengingatkan sesama kita :)