Assalamualaikum
Alhamdulilah ya Allah semalam segmen acik mendapat sambutan yang baik, syukur ya Allah. Hari nie kelas petang sempatlah update blog sekejap dan pemenang akan di beritahu secepat mungkin yer. Ahh sebelum terlupa acik nak buat perubahan di blog acik nie, kalau ada yang pandai edit untuk blog lelaki silalah inform pada acik.
Berbalik pada cerita, kadang kala acik lihat orang sekarang dah makin senang, dan nak kata kadar kemiskinan tu rendah. Setiap hari boleh makan mewah , di rumah ada orang gaji, remaja silih berganti handphone, segala gadget terbaru mudah di dapatkan dan bermacam-macam lagi. Is okey kepada mereka yang mampu ,tak salah pon sebab itu hak kamu . Tapi jangan kita menghina pekerjaan orang lain , itu adalah suatu kesalahan.
Bukan semua orang dapat rasa senang, bukan semua orang mampu hidup gembira setiap hari. Lumrah kita manusia yang kadang kala di atas dan kadang kala di bawah. Tapi jangan kita terlena terlalu lama. Sudah lama acik perhatikan gelagat remaja sekarang yang sombong dan angkuh serta sifat menunjuk nunjuk kemewahan hidup.
Kalau kamu pergi ke seksyen 2,7 ,sekitar shah alam dan klang pastinya kamu akan lihat orang-orang tua membawa bungkusan menjual makanan ringan seperti keropok dan kerepek. Pada beberapa hari yang lepas, ada seorang mak cik nie datang ke meja makan kami dan tawarkan kerepek.
Kakak acik kata, kalau tengok orang tua berjual teringat mak di kampung. Dan kami belilah beberapa bungkus kerepek. Mak cik tu seperti terima kasih sangat kerana kami membeli kerepeknya. Dan akak acik interview mak cik ini tanya macam-macam sebab nak tahu juga kehidupan mak cik nie. Acik concentrate saje mendengar perbualan mereka. Dan paling acik tersentuh kata-kata makcik tu .
" Alhamdulilah anak beli kerepek mak cik , mak berjual memang setiap malam di kawasan sekitar sini ,anak mak cik tolong sekali. Paling mak cik sedih bila datang ke meja budak muda, mereka memperlekehkan mak cik. Mereka kata , mereka tak makan kerepek-kerepek nie , lebih sedap makan yang fast food.Mak cik tu rasa macam di hina dan terus berlalu pergi dengan hati yang kesal pada anak muda tersebut.
Dan pengalaman acik sendiri pula , ketika makan di seksyen 7, ada mak cik tu datang ke meja sepasang remaja yang asyik makan berdua-duaan dan mak cik itu tawarkan kerepek . Remaja perempuan itu kata , ishhh tak nak beli kerepek nie ,entah buat kat mana mesti kotor . Dia kata lagi ,mak cik dah tua duduk rumah diam diam saje, ada anakkan ? biar mereka jaga mak cik.. nie tak ,mesti anak pemalas suruh maknye yang bekerja.Dan pernah juga acik lihat , anak muda sekarang mempermain-main mereka.
Di mana hormat kita pada orang lebih tua ?? jangan kerana dek kesenangan yang kita ada kita bongkak dan megah diri. Kalau tak mak ayah kamu dulu bersusah payah mempertingkatkan usaha mereka untuk hidup lebih baik pastinya kamu tak rasa semua nie.Satu lagi, acik faham kebanyakan mereka nie student , duit banyak nak di gunakan tapi jangan kita memperlekehkan mereka. Kalau mereka terasa hati ,kita juga dapat dosa kan ? gunakan perdekatan terbaik.
Acik bukan apa, cuma terkilan saje dengan remaja sekarang yang sombong dan angkuh pada harta yang bukan milik mereka. Mungkin hari ini kita mampu berlagak, hari esok kita tak tahu . Langit tak selalu cerah, awan tak selalu mendung. Hidup ini bukan kita yang tentukan., Jika Allah nak ambil segala nikmat kemewahan itu sekelip mata saje Dia mengambilnya.
Oklah sampai sini dulu, fikir-fikirlah lah, mohon terasa kepada yang pernah buat pekara nie. Biar terasa sekarang sebelum terlambat. Kita bukan selalu ada di atas .okey ..
24 Ulasan
Rasa nak cepuk je....
Kalau taknak beli dah lah..
Jangan lah duk hina punca rezeki orang tu.....Budak sekarang moden luaran je...
Dalaman.... Kolot!
Mujurlah saya ni duduk di Hulu...jauh dari kota besar. Tak sanggup melihat drama2 spt ini. Salah siapakah mereka menjadi begitu? Hilangnya hormat kpd orang tua.
Ibu bapa dan guru pastinya yg membimbing mereka, tp jika telah di beri sepenuhnya ilmu kenapa ianya masih berlaku?
Ya...mengajar sahaja tidak mencukupi, perlunya ada contoh dan perlakuan utk mereka ikuti. Cakap jer pandai tp tidak mengamalkannya...Inilah jadinya.
Jgnlah jd spt ketam mengajar anaknya berjalan. Wallahualam...
p/s: Tahniah acik diatas penganjuran segmen yg berjaya!
Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...
Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...
Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...
Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...
Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...
SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...
Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...
itulah BM acik hanya mampu menegur dalam blog ini saje ... agk keciwa