Ticker

6/recent/ticker-posts

Kehebatan Kaum Hawa Yang Di Akui



Assalamualaikum

Fuhh badan sungguh penat hari nie. Alhamdulilah selamat sudah majlis perkahwinan abang acik yang berlangsung dengan meriah. Maaf sangat sebab tak dapat update semalam sebab sibuk sangat. Hari nie ada ruangan waktu untuk taip.

Kadang acik terfikir , bila lihat kaum hawa selalu terlintas di fikiran dan mengatakan di bibir mereka adalah hawa kaum yang lemah. Tapi pada acik mereka yang hebat,jangan di pandang remeh pada mereka.

Kadang acik terfikir , lelaki tak suka jika perempuan mampu lakukan semua kerja lelaki. Pada acik tak salah kalau nak bersaingan antara gender. Tapi biarlah tugas khalifah atau ketua itu di serahkan pada lelaki. Perempuan sebagai penyokong. Acik lihat mak cik mak cik masa rewang nie .boleh buat semua kerja , banyak kerja dalam masa yang sama hebatkan mereka .

Paling penting , ibu ,mama, mak ,umi (apa jua pangilannye) mampu menjaga , membesarkan berapa jua anaknya. Tapi anaknye belum pasti mampu menjaga ibunya.

Dan satu hal lagi, sekarang nie abang acik pergi ke senegal untuk berkerja, dan bayangkan kakak acik hantar anak dia dari klang ke subang dengann anak 2 orang. Dua dua budak yang sangat lincah , memandu dengan bawak 2 anaknya.bayangkan bertarung nyawa ??

Dan ada seorang lagi Abang acik berkata, aku pening la , banyak sangat buat kerja banyak sekali gus, dan mengakui dia boleh buat kerja dalam satu masa hanya 1 kerja, sebab kalau banyak serabut. Sedangkan perempuan satu masa boleh pelbagai kerja di lakukan.Begitulah lelaki dan perempuan ada kelebihan dan kelemahan masing masing.

Kebetulan semalam acik ada jumpe seorang kakak nie, dia berumur 30 ++ dan belum lagi berkahwin.Ada makcik situ duk interview dia tanya kenapa dia tak kawin ?

Jawap di mudah saje, dia tak perlukan lelaki. Hidupnya dah cukup complete , gaji 7000 ke atas  ,ada kereta besar dan ada rumah sendiri. Dia yang pernah di kecewakan lelaki dan tak mahu hidupnya di hambakan lagi untuk lelaki. Tapi dalam sudut yang hati paling dalam dia menginginkan seorang lelaki yang menjaga dia

Begitu ironinya , itulah kehidupan, hidup kita saling bergantung ,cuma bagimana kita nak serikan lagi hidup ini. Kita saling memerlukan satu sama lain , jangan di salahkan mana mana pihak . Melainkan kita menghargai orang yang di sekeliling kita. Tanpa lelaki siapalah kaum hawa, Tanpa perempuan siapalah kaum adam

Catat Ulasan

25 Ulasan

Unknown berkata…
yup,wanita memang hebat..stil,prlukan lelaki.. lelaki tak suka jika perempuan mampu lakukan semua kerja lelaki sebab trcabar kelelakian dan kebolehan kaum adam...

Sayidah Napisah berkata…
betul.. manusia dijadikan berpasang-pasangan :)
Unknown berkata…
Betul betul betul~ Sangat setuju dgn entry acik neh...Kaum hawa dan adam saling melengkapi antara satu sama lain...Jangan berhenty berdoa untuk mendapat jodoh yg terbaek dalam hidup kita.. :)
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Dalam kesibukan dan keletihan, ada juga ruang masa utk update entri. Kenduri di kampung pasti meriah...apatahlagi dgn kerjasama merewang sesama kaum keluarga dan penduduk kampung.
Pastinya kaum wanita yg paling sibuk dan kecoh...tanpa mereka tak jadi kerja, tiada kemeriahan. Tapi kaum lelaki jugalah pelengkap semua kerja...Sama2 saling bekerjasama dan saling memerlukan.

p/s: Xsabar melihat gambar kemeriahan majlis kenduri di Kg. Acik
mujagirl92 berkata…
perasaan dilukakan tu pahit sangat bagi wanita yang dah sesungguh hati mencintai,, sebab tu kot dia jadi fobia,,
Unknown berkata…
Pada segi meterial wanita sekrg mmg mampu menyara diri dan lebih pada itu. Tapi semua manusia mahukan zuriat dan berkasih sayang dlm konteks yg sah dan halal. Tapi mungkin ada yg serik disebabkan segelintir lelaki yang jahat ini.
Unknown berkata…
Kegagahan orang lelaki ada tahapnya...kekuatan orang perempuan ada kurangnya juga.. mmg org perempuan bleh buat byk kerja dlm 1 masa..cukup kalut..hingga kadang2 terlupa..mujur ada lelaki tolong ingtkan...∩__∩
Unknown berkata…
yup. betul tu, dua2 saling memerlukan antara satu sama lain. :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu.. tapi itulah menyerikan hidup
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) semoga bertemu jodoh yang baik
Akupenghibur.com berkata…
wslm :) heheehe mmg kecoh !! nanti acik upload cerita :)
Akupenghibur.com berkata…
betul ..oleh itu hargai wanita yang ada dalam hidup kita
Akupenghibur.com berkata…
betul.. tulah apa pon semoga kita jadi lelaki dan perempuan yang baik
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..kita saling melengkapi :)
Faridzuan berkata…
Lelaki dan wanita sama-sama hebat! Namun, masing-masing harus bekerjasama dan jangan hanya pasang ego kerana mereka saling melengkapi. ^_^
Unknown berkata…
Memang takdir hidup memang perlu berpasangan...tapi andai kata jodoh takdir terhenti tanpa kita duga kan...tidak siapa yang mengetahui kan...contohnya memang terlalu dekat dengan kehidupan cik akak ....
Nina Mads berkata…
suka entry nie.. berdua lebih baik..hehe
Zaza Iman berkata…
lelaki dan wanita saling memerlukan =)
Unknown berkata…
yup itu la kelebihan kaum wanita, diorg boleh berfikir dan buat banyak benda dalam satu masa....
Kak iman berkata…
wanita hebat dan lelaki hebat pon disbbkan wanita yg berada dibelakang.belum tentu lelaki dapat buat apa yg wanita boleh buat cth mengandung membawa anak dlm perut selama 9bulan dan pada yg sma membuat kerja umah dan kerja ofis.hebat nyer wanita itu
bicara mak dara berkata…
di zaman milenium ini lelaki dan wanita dah sama tarafnya :)
Nur Nainis berkata…
Ingat balik sem 2 dulu..Kami sibuk dok bincang hal ini lah..Kita sama2 mempunyai kelebihan dan kekurangan. Saling melengkapi antara satu sama lain..SubhanAllah, itu lah manusia ciptaan Allah. Yang unik, lengkap, dan sempurna. ^__^
Tanpa Nama berkata…
tapi yg sedihnya zaman sekarang ni ramai lelaki yg membiarkan seorg perempuan menggalas tugas sebagai ibu dan ayah bersendirian...