Assalamualaikum
Alhamdulilah syukur ya ALLAH masih lagi bernyawa dan dapat melihat keindahan alam. Seperti biasa hari jumaat , penghulu segala hari acik akan kongsikan suatu cerita yang menjadi tauladan untuk kita. Sekarang ini, musim pilihanraya sepatutnya kita tidak bermusuh sesama islam. Nak politik, politik la tapi kena jaga adab kita sebagai orang islam dan saling menghormati walaupon lain fahaman.
'Amir
bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah
datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid
Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat
dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling
kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada
Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan
dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak
membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku
ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan
antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan
(telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri
bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama
sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik
kita melihatnya ?
lihat begitu sayang rasullulah pada kita, tapi bagaimana kita ?? adakah rasa sayang kita pada rasullulah sehebat itu ? renung renungkan
27 ulasan:
Salam Acik...
Di hari Jumaat yg mulia ini, marilah kita berbanyakkan selawat keatas Nabi...
Thanks acik atas entry ni. Sedih plk bila memikirkan saudara2 kita yg dlm kesusahan skrg. Tiada siapa yg dpt membantu atau cuba membantu. MAsing2 hanya menuding jari, meeting sana sini...dan itulah ujian besar yg Allah nk bg kpd manusia...samada kita mau sama2 memakmurkan bumi Allah atau tidak.
alangkah indahnya jika kita semua umat Islam bersatu dan menegakkan agama Islam bersama..ini tidak bergaduh dan berpecah belah kerana hanya hal dunia..
Yaya berharap sangat agar kita semua bersatu tak kira apa jua fahaman politik..kan lagi bagus mcm tu..
takzirah yg baik di hari jumaat ini, terima kasih acik, dengan paparan ini, selalulah kita beringat, kalau kita bermusuhan sesama sendiri, ada yg lain mendapat keuntungan
Itulah hakikat manusia dik...ingin menjadi hebat....sedangkan hakikatnya mereka lupa ada lagi yang paling hebat....hidup ingin menunjukkan siapa yang paling berani hinggakan sanggup hidup bermusuhan sedangkan hakikat nya sesama muslim......Kita sama-sama berdoa semoga Allah lembutkan hati mereka...
kasih sayang rasulullah saw begitu besar kepada kita, namun masih ada segelintir manusia yang tidak tahu menghargainya.. perpecahan dan pergaduhan sesama manusia semakin menjadi2.. semoga mereka mendapat hidayah dari Allah swt..
ummati ummati ummati :( huhuh sedih kalau Rasulullah tgok kita sekarang ni,, hina sesama islam, pasal benda kecik pon nak bergaduh sesama islam , Masya-Allah. :(
sungguh!! pergaduhan sesama islam semakin berleluasa skarang nih..
sayanggnya Nabi Muhammad terhadap umatnya...=)
sama2 kita renungkan....Dunia akhir zaman mcm2 jd..huhu...Semoga kita semua dilindungi olehNya..aamiin..
wslm ..jom berselawat :)
betul tu wan... emm jika fikirkan entahlah ... semoga umat islam di bersatu
betul ..acik pon harap cm tu :) kita bnyakkan berdoa
betul tu ... sepatutnya kita bersatu bukan bermusuhan.. tak ada guna
amin mudah mudahan di lembutkan hati mereka :)
amin..mudah mudahan.. kita sebagai blogger juga kena menjadi tugas untuk perpaduan umat islam
masyaALLAH ..kalau pekara boleh di selesaikan pekara baik2 apa salahnya kita selesaikan secara baik2kan erm
betul semoga mereka sedar kita umat islam perlu besatu
betul tu .sayang nabi pada kita ..semoga rasa sayang kita juga seperti itu
amin ..mudah mudahan :)
assalamualaikum ... sedih . hanya kerana berlainan parti , adik beradik pun boleh bermusuh ... subhanallah ...
Betul tu acik, sedangkan ketika Rasulullah SAW hampir wafat pun sempat lagi menyebut 'umatku' sebanyak 3 kali, betapa sayangnya kekasih Allah SWT kepada kita..
Rasulullah sangat sayang pada umatnya. Umat islam sekarang memang dah berpecah belah..lihat sahaja di Malaysia. Memang bangsa lain tepuk2 tangan daripada belakang.
betul tu... semoga sinar Islam kembali menyerlah
islam dah berpecah dari zaman sayyidina ali lg...ini kan pulak di akhir2 zaman ni....tapi setuju dgn komen Khairul Zamri yg islam pasti akan kembali bersinar cuma tak tau bilakah saatnya....
semuanya disebabkan hiburan terlampau yg butakan hati kita dan tutup cahaya di mata
sayang nya nabi kepada umat nya cukup tinggi...... kita sebagai umatnya harus sentiasa mengingatinya selalu.....
Catat Ulasan