Assalamualaikum 
Alhamdulilah syukur ya ALLAH masih lagi bernyawa dan dapat melihat keindahan alam. Seperti biasa hari jumaat , penghulu segala hari acik akan kongsikan suatu cerita yang menjadi tauladan untuk kita. Sekarang ini, musim pilihanraya sepatutnya kita tidak bermusuh sesama islam. Nak politik, politik la tapi kena jaga adab kita sebagai orang islam dan saling menghormati walaupon lain fahaman.
'Amir
 bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah
 datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid 
Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat 
dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. 
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : 
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling
 kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada 
Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan
 dua perkara saja dan satu lagi ditolak. 
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak 
membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku 
ini diperkenankan oleh Allah S.W.T. 
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
 dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah 
melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh 
Allah S.W.T. 
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak 
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan 
antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan 
(telah ditolak). 
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri 
bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama 
sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik 
kita melihatnya ? 
lihat begitu sayang rasullulah pada kita, tapi bagaimana kita ?? adakah rasa sayang kita pada rasullulah sehebat itu ? renung renungkan  

 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
26 Ulasan
Di hari Jumaat yg mulia ini, marilah kita berbanyakkan selawat keatas Nabi...
Yaya berharap sangat agar kita semua bersatu tak kira apa jua fahaman politik..kan lagi bagus mcm tu..