Ticker

6/recent/ticker-posts

Bertudung Bercumbu Di Tempat Terbuka


(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum

Ahamdulilah dapat lagi acik menaip di blog acik nie, dan dapat lagi bernafas serta melihat keindahan alam ini. Semalam acik sambut birthday salah seorang classmate acik , kami pergi ke Subang parade untuk menonton wayang. Niat asal kami untuk nak tengok cerita Gi Joe,  dengar kata cerita itu sedang hot diperkatakan.

Sedang kami jalan jalan menuju ke subang parade , tiba tiba mata terarah kepada sepasang pasangan melayu ini. Ketika itu ada 2 orang perempuan sedang nak menaiki teksi dan 2 orang lelaki lagi sedang menunggu dia. Tiba tiba bila untuk ucapkan selamat tinggal , si lelaki dan perempuan itu bercium mulut ke mulut. Wow lama pulak tu dah macam drama hindustan, orang sekeliling hanya memerhati saje. Lelaki yang di cium itu melompat keriangan apabila di dicium.

Dan bila teksi nak bergerak, lelaki tu datang lagi ke perempuan tu dan cium lagi. Salah seorang kawan acik katakan mungkin mereka suami isteri. Tapi kalau di fikirkan suami isteri tak akanlah nak melakukan hal demikian di tempat terbuka ???

Fuhh acik memang dah bingit dah, masalahnye perempuan tu bertudung labuh. Dan lelaki terlihat sangat muda lagi, entahlah inilah generasi akhir ,buat pekara seperti ini di tempat umum dan tak fikir malu. Acik hanya dapat tegur dalam hati saje walaupon itu adalah selemah lemah iman, sebab kami pon hanya nampak dari jauh saje. 

Apa pon, acik dah fikir positive dah, puas nak mencari di mana positive dengan apa yang acik nampak nie...Tapi memang dah tak boleh nak positive sebab lelaki nampak seperti sekitar umur 17 tahun dengan seluar hijau seperti seluar sekolah. Entahlah supaya ALLAH berikan petunjuk kepada mereka.

Tapi cuma acik asyik terfikir yang wanita itu bertudung labuh mesti dia menjaga adabnya tapi itulah pemakaian tak melambangkan akhalak. Tak jangan salah kepada mereka yang bertudung labuh ini, bukan semua seperti ini, ramai lagi yang baik baik. Mungkin ini seorang yang saje yang tak betul yang lain isnyaALLAH

Niat acik bukanlah nak cari salah siapa, rasa diri ini baik., tidak sama sekali.Tapi fikirlah kita orang islam, jangan memalukan dan membina persepsi orang bukan islam terhadap kita melalui perangai seperti ini. Bertudung labuh tapi bercumbu di tempat awam, itu contoh yang baik ke ??

Fikir fikirlah , okeylah sampai di sini saje, acik pulak tak sempat nak snap gambar sebab tergamam dengan perlakuan anak muda nie, di luar batas bergaulan.okeylah mari kita muhasabah diri, moga pekara ini tidak terjadi kepada kita.

Catat Ulasan

35 Ulasan

morning acik... sorry to say... kdg2 hijab x mencerminkan keperibadian...bila ada segelintir yang melakukan sedemikian ianya secara automatic telah mencemarkan juga imej wanita2 berhijab yang lain..kalau nak dikupas isu ni memang banyak dan ianya bakal menimbulkan sensitiviti pelbagai pihak...
Unknown berkata…
Manusia nie mudah lalai dengan penampilan mereka dik...buat perkara tanpa nak fikir panjang...akal tak diguna sebaik mungkin...hati dah dibutakan cinta yang bertuan kan nafsu semata-mata.....lelaki tu tak rugi..perempuan yang rugi...mungkin waktu dia orang buat tu mereka fikir keseronakkan duniawi hingga kan lupa Allah maha melihat...
iha berkata…
ikutkan tadi sy fikir lelaki tu adik kepada peremuan yg bertudung labuh, tapi macam tak logik pulak kan bercium kat tempat awam.. dulu sy selalu jugak jumpa org2 mcm ni kat hospital.. diorang kata belum kahwin lagi tapi bila perempuan tu dah nak balik rumah, dia siap salam cium tangan lelaki tu.. minta ampun maaf kat kekasih dia, moga kita dijauhkan dari melakukan perkara sebegini kelak, Amin....
Faridzuan berkata…
Yang berhijab tak semestinya akhlaknya baik, yang tak berhijab tak semestinya buruk perangai. Tetapi, sudah Allah sudah perintahkan kita wajib tutup aurat dan menjaga budi pekerti yang baik. :)
BinMuhammad berkata…
Assalamualaikum Acik,
Susah juga ye bila di fikirkan. Orang dulu2 tak bertudung tapi menjaga keperibadian, akhlak dan batas pergaulan tapi sekarang bertudung tapi, jahil. Nampak sgt bertudung hanya ikutan keadaan semasa tapi bukan diatas tuntutan agama.
Jadilah ianya sebagai iktibar...Di zaman ini, penampilan tidak lagi mencerminkan keperibadian... ianya universal, inilah dunia globalisasi dan liberal...
Ayue Rejaluddin berkata…
Sepatutnya mereka mencerminkan peribadi yang baik supaya boleh jadi contoh pada orang lain yang tak bertudung ni...
Ni tak......
Kalau suami isteri mestilah malu jugakkan.....
Tak jada adab betullah..
hazwan hairy berkata…
selalu sgt juga terjumpa mereka yg bertudung tp berkelakuan mcm tu..hahaha...memalukan saja!
||aLeaSaRa|| berkata…
hye acik hurm mmg ramai mcm tu..tapi kak lea tak maulah sentuh isu tudung....sensitif kan.ms akk duk usj dulu,mmg pening tgk pelbagai gelagat muda2 ni.

yg tak pakai tdg tu tok sah crta lbh daring dr non muslim.yg pakai tudung pulak...mmg selamba berkepit dgn pakwe manjang pakwe dorg sambil jln2 pgg punggung.hari tu nyaris gak akk nk sound satu couple budak2 lagi,tak tau malu ke adeihhhh!!
Unknown berkata…
astghfirullah al azim...moga2 kita dijauhkan drp perkara2 yg mcm tu..sangat memalukan dan menjatuhkan persepsi kepada hijabers yg laen..huhu..dunia akhir zaman mcm2 jadi.. T____T
Unknown berkata…
tinggi keimanan tidak boleh diukur dengan kelabuhan hijab..
Mawardi yunus berkata…
hmmm makin hari makin menjadi2 masalah sosial di negara kita nie... tp betolla.. kita xboleh salahkan tudung tu... tudung tu satu tuntutan.. tapi sbb tudung lah orng pandang dan salahkan dulu.. xtau knapa dgn silap manusia skang
Unknown berkata…
bilamana agama tidak diamalkan ikut cara Nabi SAW.. ilmu agama dipermainkan sewenang-wenangnya.. inilah yg jadi..

~moga ALLAH pelihara diri kita semua..
Akupenghibur.com berkata…
morning... betul tu .. berikanlah contoh yang terbaik dan perangai yang terbaik
Akupenghibur.com berkata…
betul tu cik akak .. kena fikir panjang dan laki tu tak rugi apa pon
Akupenghibur.com berkata…
kalau kawan , tak akan cium depan2 umumkan ..itulah manusia ..adehh
Akupenghibur.com berkata…
jangan salahkan bertudung ..yang salah itu perangai orang tu bukan sebab bertudung
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam... betul tu ... ermmm terfikir jgk ..orang sekarang banyak bertopengkan perwatakan baik tapi sebenarnye ...ishh
Akupenghibur.com berkata…
tak pelah ..kita bersangka baik sajelah :)
Akupenghibur.com berkata…
kita bersangka baik saje ..mudah mudahan dia dapat rahmat dari ALLAH
Akupenghibur.com berkata…
kan .. entahlah tak mahu comment lebih
Akupenghibur.com berkata…
betul tu ..moga di jauhkan dari kita :(
Akupenghibur.com berkata…
tahap keimanan itu tak dpt di ukurkn dengan pemakaian
Akupenghibur.com berkata…
itula ... kita muhasabah diri saje :)
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :)
Bunda_nora berkata…
Semoga Allah gerakkan hati2 mereka kearah yg lebih baik..InsyaAllah..
Unknown berkata…
don't judge the book by its cover. ^^
Unknown berkata…
bersangka baik adalah yg terbaik...laki bini kot...yg halal itu bukan gejala sosial...:)
ZR berkata…
jangan di salahkan tudung. akhlah itu sendiri yang patut di jaga. apa-apa pun husnuzon.

btw, first time jenguk belog ni. nice! :)
Tanpa Nama berkata…
selamat malam acik.. :)

suami isteri pun malu-malu nak bertiom mulut di khalayak ramai walaupun mereka halal. apa pun sokong cakap acik, hendaklah selalu berfikiran positif/baik terhadap mereka.
Nur Nainis berkata…
Betul..saya sokong komen dari ZR April. Menutup aurat itu tuntutan agama. Akhlaknya yang patut di perbetulkan. Saya pun baru tengok peristiwa macam ini beberapa minggu lepas. Itulah, saya pun fikir positif, mungkin suami isteri, kahwin muda maybe. Tapi walaupun suami isteri, abab tetap kena jaga. Pengajaran buat kita juga ni.
Unknown berkata…
haishh ni la masalah. sedihh woo, krn nila setitik rosak susu sebelanga. Islam mulia, hijab mulia. Islam dn hijab sempurna !! tiada cacat cela, perintah Allah, wajib pakai !! jgn ade yg jdikan hujah lak, tudung xjd isu.

yang tempang adalah akhlak si pemakai ~ merosakkan imej apa yg dpakai.. Huhu mmg sukar nak husnuzzon, sbb kalu cium pp, cium tgn xpe lg.. mgkn la suami is3, tp dh ciumulut lakss,.. igt holiwud ke pe, kat ruma xsempat nk kis ke pe, siyes failed !

huhuhu Nauzubillah smoga kita x diuji sebegitu, tetapkan lah iman kami Ya Allah ~
Unknown berkata…
haha tu lah....ada something wrong dgn masyarakat kita hari ni...sebelum ni pon byk kisah2 yg tak seronok dikaitkan dengan perempuan yg bertudung....kalau cium mulut tu walau suami isteri pon amatlah tidak patut di khalayak ramai....hehe nak komen lebih2 pon tak boleh...pasal benda ni berkait rapat dengan "potensi diri" sesorg...bila mulut dan akal kata dosa...tapi nafsu kata takpe...hehe
Amaliena Ros berkata…
MasyaAllah...tiada adab..hmmm..apa2 pun diharap kita semua sama2 menjaga akhlak dan peribadi..moga Allah melindungi semua..InsyaAllah..:)
Unknown berkata…
MasyaAllah terruk nyaa...xpernah nmpk lg aksi mcm ni melainkn warga cina...klu bpeluk tu biasa la.. ni siap... ishh...
Vee berkata…
Aurat sudah elok dijaga tetapi berkelakuan mcm tu. Hm. Syg seribu kali syg. Semoga dia pulang ke pangkal jln lps ni. =)