Assalamualikum

 Hurey!!!! Sorak keseronokan bila Johor Darul Takzim dapat kalahkan selangor walaupon kemenangan penalti. Acik memang peminat tetap johor , tetiba bangga jadi rakyat Johor. Johor luaskan Kuasamu. 




Selangor ( 1 )

VS

Johor Darul Takzim ( 2 )

Penjaring gol :

Mahali Jasuli - 1
Nunez - 2

Menang penalti 4 - 2

 Johor Darul Takzim layak ke separuh akhir


Ini adalah perlawanan suku akhir kedua diantara pasukan Johor Darul Takzim menentang pasukan Selangor didalam Piala FA 2013.Perlawanan ini pastinya menjadi tumpuan kerana sudah pastinya pasukan Johor Darul Takzim akan menebus kembali kekalahannya terhadap pasukan Selangor dalam perlawanan suku akhir pertamanya di Stadium Larkin tempoh hari. Dan ini juga merupakan penampilan sulung pemain importnya terbaru iaitu Leonal Jorge Nunez jika proses urusan Sijil Perpindahan Antarabangsa selesai. Semoga pasukan Johor Darul Takzim terus bersemangat didalam Liga Malaysia dan dapat mengembalikan kegemilangannya semula. Penyokong setianya sudah pasti akan memberikan sokongan padu nanti dan jika ada rezeki dapatlah masuk ke semi final Piala FA 2013.

Jom teruskan sokong  Johor Darul Takzim ,Kita akan bertemu Pahang di semi-final! 
"Luaskan kuasamu Johor"