Assalamualaikum
Sekali lagi acik kecewa hati mereka yang memanggil acik untuk bagi talk dan program program yang berkaitan dengan blogger. Sebelum itu acik pernah terpaksa program belia blogger di anjurkan belia negara kerja ketika itu acik sibuk untuk recording . Kedua apabila RTM panggil untuk program SPM untuk blogger jemputan., Ketika itu acik berada di Singapura kerana ada program yang tak dapat di elakkan. Dan hari ini acik sekali lagi terpakse tak dapat menyertai "Jemputan Temubual Dunia Blogger bagi LImkokwing Universiti. Kerana hari tersebut acik ada 2 test yang memang tak dapat di elakkan.
Sekali lagi acik nak katakan acik bukan demand dan acik bukan nak berlagak, tapi masa memang tak mengizinkan. Acik terpaksa, sebab masa acik tolak dulu kata acik blogger demand dan hanya nak populariti. Tak pernah terlintas di hati acik sampai ke situ. Acik ini, seorang pelajar, acik kena habiskan belajar dulu dan tumpukan pelajaran acik. Acik bukan pandai sangat , dan acik bukanlah di kurniakan kelebihan yang pelbagai macam orang lain. Lepas acik belajar nak panggil panggillah.
Sekali lagi acik minta maaf kerana tak dapat memenuhi undangan kamu semua . Mungkin Allah tak mengizinkan dan rezeki blogger lain. Acik redha dan ikhlas,.
Acik kadang kala tak mahu ceritakan tentang panggilan dari pihak luar untuk blog acik bukan kerana apa ,kerana acik tak mahu orang labelkan acik sengaja nak menunjuk nunjuk dan kononye bagus.
Demi Allah acik bukan seperti itu, acik menaip di dalam blog ini ikhlas dari hati. Jika kamu tak suka acik berada di dunia blogger ini acik sudi undurkan diri. Tolong jangan bawa cerita buruk jika kamu tak tahu tentang acik. Sebab tetiba tadi ada seorang blogger sindir acik dan cakap bukan bukan tentang acik.
Agak kecewa sebab dia pon tak berapa kenal acik. apa pon acik penat nak jaga hati semua orang tapi orang nak pernah fikir tentang hati kita nie.. ermm oklah sampai sini dulu , Sekali lagi acik minta maaf
16 Ulasan
info jwtan kosong | ragam manusia | edisi pelik
yang penting adik acik sayang....kita dengan perjuangan kita...ikhlas satu nawaitu kita...Allah sentiasa orang yang bersabar.....
Untuk yang kutuk mengutuk tu...fikir-fikirkan dulu semula mengeluarkan kata-kata..kerana setiap apa yang kita kata tu kalau tak betol memang mendatang fitnah semata-mata....tu je pesanan cik akak ....maaf ye cik akak kak joyah yang lejer..hahahaha
semua tu dugaan. Dugaan yang diberi ALLAH pasti kita dapat tempuhi dengan baik dan tenang. Allah tak kan bagi HambaNya dugaan yang HambaNya tak dapat lalui :)
memang ada manusia yang tak leh tengok orang senang.
yang penting, niat acik betul.
btw, jangan putus asa. ramai yang sokong acik :)
Bow.. Much more respect
'Kita merancang,Allah juga merancang'..
Perancang Allah pastinya jauh lebih baik,Dia Sebaik-baik perancang..
InsyaAllah...