Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana Cinta Aku Sanggup Tinggalkan Keluarga Ikut Lelaki Yang Aku Cintai


Assalamualaikum

Alhamdulilah kita masih bernafas dan dapat beribadah kepada Allah hari ini dan moga hari seterusnya. Pagi Tadi pukul 4 pagi acik dapat email dari seorang akak ini yang mahu berkongi cerita dan sudi ceritanya di siarkan. Sebenarnnya acik dapat banyak pertanyaan dan perkongsian cerita tapi ada juga pihak yang tak mahu di siarkan. Tak pe acik faham situasi ini, kepada anak muda di luar sana bace kisah ini , jadikan tauladan sebelum melakukan tindakan.

Assalamualaikum acik, akhirnya dapat jua akak chat dengan acik.. Maaf gangu pagi pagi ini. Sebenarnya akak dah lama pendam pekara ini. Panggil je akak fiqah, sekarang usia akak 34 tahun. Sebenarnya malu nak cerita pada acik tapi kalau tak cerita akak akan rasa terbeban.

Acik :Walaikumusalam, tak pelah kak acik pon tak tidur lagi sebab packing barang esok nak balik ke kampung. Jangan di pendam lama lama kak nanti sakit terasa. Kita kongsi bersama acik sedia jadi pendengar kepada masalah akak. Kenapa kak apa yang berlaku ?

Fiqah : Macam gini dik, 10 tahun yang lepas akan pernah buat kesilapan dalam hidup yang sekarang yang akak kesali. Dulu masa umur 19 tahun akak lari dari rumah dan ikut lelaki yang akak suka. Masa itu memang tak fikir apa dik. Sebab cintalah katakan sanggup buang keluarga dan kawan kawan. Saat itu dik, apa yang akak fikir hanya untuk hidup dengannya. Ayah akak dah tak de, jadi maklah yang jaga akak. Akak ikut lelaki itu yang kononnye cinta sejati. Kemana saje dik , kami merempat dan datang ke ibu kota kononnye mahu mulakan hidup baru dan dia janji akan jaga akak dik. Akak hanya tinggalkan surat yang beritahu kepada mak bahawa akak pergi untuk selamanya.

Acik : ermm jadi ,macam mane keadaan masa tu ? akak yakin apa yang akak buat itu yang terbaik ?

Fiqah : Akak terlalu ikut perasaan dik, setelah 2 bulan duduk merempat dengan dia dik. Akak dapat tahu yang dia penagih dadah dik. Berbulan hidup kami bergelumang dengan dosa, kami buat pekara yang tak sepatutnya dan satu hari akak dapat tahu yang akak mengandung dik. Akak malu nak balik ke kampung, akak tak sanggup. Akak terpaksa cari kerja di bandar ini untuk menampung hidup ini. Kerja pertama yang akak dapat sebagai tukang cuci tandas. Akak kerja untuk sara hidup. Lelaki itu tinggalkan akak dalam keadaan akak sarat mengandung. Akak dapat tahu sekarang dia dah tiada kerana mengidap sakit HIV dan AIDS. nasib akak sebab Allah masih selamatkan akak. 

Akak jalani hidup ini dengan penuh penderitaan , umur 19 tahun akak dah anak satu. Nasib baik duduk di flat orang tak amik kisah tentang kita. Jadi akak hidup di situ, Akak malu pada diri sendiri.Akak malu pada mak akak dan akak malu pada Allah dik. Masa itu akak memberontak dan katakan aku masih muda tapi kenapa aku perlu hadapi ini semua ??? Kenapalah aku ikut sangat perasaan aku dulu untuk ikut lelaki tak guna tu.

Acik : ermm sabar kak, benda dah berlaku. Jadi apa yang akak buat masa tu ? anak tu macam mane ?

Fiqah : ermm itulah dik, nak menyesal pon tak guna,maaf akak teremosi sikit, anak akak , akak bawa ke mana saje, naseblah majikan akak faham situasi akak. Akak tekad untuk besarkan anak akak nie . Walaupon di sudut hati yang dalam akak rindu pada mak. Akak pernah telefon dia tanya dia keadaan dia. Tapi untuk bersemuka denganya memang tak akan. Akak malu dik, akak lari darinya dan setelah semua ini berlaku .ermmmmm hidup akak memang sengsara. Paling sakit bila orang tanya anak ini siapa bapanya ?

Akak tak tahu nak jawab apa, akak puas kena maki mahun dengan orang, kena keji kata akak perempuan kotor, perempuan murahan. Saat tu dik ,hanya Allah yang tahu. Lama dik akak besarkan anak akak berseorang, Tapi nasib baik kerana ada seorang lelaki mahu menolong akak dik. Akhirnya akak jumpa dengan seorang lelaki yang mampu terima akak seadanya. Nama dia Idris, dia kerja kerani di akak kerja. Dia tahu status akak dan dia tak kisah . Dia jaga akak sampai hari ini dik.

Sekarang anak akak dah besar dik,  dia dah boleh pergi sekolah sebab semuanya abang idris yang uruskan. Akak kawin pon minta ehsan dari pakcik akak untuk jadi wali kerana adik beradik akak semuanya perempuan.  Paling sakit bila dapat tahu mak dah meninggal, akak tak sempat nak minta maaf dan berjumpa dengan dia dik .Akak kesal, kerana terlalu ego akak nie dik. Akak sekarang ini mak juga., akak rasa bila anak akak buat akak sakit hati.

Tahu dik, pernah satu hari tu, akak tegur anak akak kenapa balik lambat ? dia jawab dia pergi jumpa kawan ,dan akak nasihat dia dan dia jawab ? mak tak payah nak membebel sangat ,dulu pon mak bukan baik sangat ,pandai nak nasihat orang. Luntuh hati ini dik , baru akak tahu bagaimana kecewanya seorang ibu. 

Acik : serious kak acik hiba sungguh, takpelah semua dah berlaku. Apa yang penting sebagai seorang anak doakanlah yang terbaik untuk arwah ibu akan dan doakanlah anak akak supaya di lembutkan hatinya. Akak dengan abang idris tak ada anak yang lain ? akak kalau boleh berikanlah sedikit nasihat kepada remaja sekarang.

Fiqah : Hasil perkahwianan akak dengan abang idris , kami ada 2 orang anak. Itulah dik sesal dalam hati ni hanya Allah yang tahu, Akak rindu sangat pada mak, aku rindu nak peluk dia. Akak menyesal dik. Kepada remaja di luar sana, jangan terlalu ikut emosi dan perasaan. Jangan jadi macam akak. Dah terkena baru nak teradah. Jangan ulangi kesilapan akak. Jangan buta kerana cinta, jangan sanggup tinggalkan family kerana cinta. Akibatnya teruk, akak dah rasa. 

Acik : Terima kak fiqah atas sudi berkongsi cerita ini. Kepada adik adik di luar sana. Kalau ada niat seperti itu silalah fikir kembali. Lelaki yang baik akan bawa kita ke jalan yang baik bukan menghancurkan. Jangan jadi ikut hati nanti mati . Fikir fikirlah yer..

Catat Ulasan

14 Ulasan

fragmenbiru berkata…
Allahu Akhbar..
Alhamdulillah satu perkongsian yang amat bermanfaat kepada kita semua terutama yang sering mengalami krisis identiti...
Terima Kasih Kak Fiqah dan Acik..
Tidak dapat saya bayangkan bagaimana tabahnya Kak Fiqah untuk hadapi cabaran yang besar sebegini..Mudah-mudahan menjadi contoh kepada anak-anak muda yang telah terlanjur dan bukkanya mencari jalan paling mudah dengan membuang bayi-bayi yang tidak berdoa...Nauzubillahi minzalik..
sitirohaida berkata…
alhamdulillah...acik sbgi penasihat yang baik...moga menjadi iktibar para remaja di luar sana..
Unknown berkata…
Sedihnya..semoga akak tu tabah hadapi pusingan hidup ni..tu semua nak sedarkan kita dan jadikan kita org yg lebih baik..
kak gojes berkata…
perkongsian yg menyentuh hati wanita sy..skrg pun masih ada yg buat gtu cuma tak mampu nak nasihatkan sbb sudah tentu xmau dengar...paling indah la bg mereka masa bercinta..baik buruk si lelaki tdk d peduli...
antynid berkata…
sedihnya... thanx acik sbb share cerita ni... pgajran utk diri nida jgk...
Unknown berkata…
Semoga kisah akak fiqah nie menjadi pengajaran buat kita muda-mudi sekarang...bercinta lah biar dengan niat ingin mengahwini...kerana segalanya halal di sisi Allah...

Melukakan hati ibu bapa adalah perkara yang sangat dimurkai oleh Allah....

Allah bagi ujian kat kak fiqah tu...semoga yang apa yang berlaku dijadikan pengajaran hidup kak fiqah dan keluarga...makseh kak fiqah sudi kongsi sejarah lampau kak fiqah untuk kami semua....

Ingatlah wahai anak muda termasuk kak cik,,,,,,,,bercinta tu berpada2...jangan ikut kerseronakan duniawi sahaja.....bira cinta kita diazalikan dengan cara yang betol...tanpa terselit sebarang nafsu semata-mata...semoga kita terpelihara dari semua.....

untuk kak fiqah sayang....bersabarlah akak...mohon petunjuk Allah....InsyaAllah....
Tanpa Nama berkata…
ada iktibar dari kisah yang acik kongsi ini. di harap para wanita mencintai ibu bapa terlebih dahulu.berikan yang terbaik untuk ibu bapa kita sebelum membuat keputusan begitu. memenag penyesalan terjadi setelah perkara itu berlaku.ingat,perkahwinan yang kekal dan bahagia selalu disertai dan diiringi dengan restu ibu bapa..
hasil perkongsian cerita ini insyaAllah akn mmber sdikit pngajaran kepada anak2 muda, ,
Unknown berkata…
Allahu Rabbi.

itulah ujian untuk akak tu. kita semua ada ujian masing-masing. tia sendiri pernah diuji. mujur Allah tunjukkan jalan pulang.

remaja sekarang tak boleh dididik dengan kekerasan. kerana kekerasan takkan selamanya kekal. tapi kelembutan mampu mengubah seseorang. itu pendapat peribadi tia.

syukran berkongsi. semoga menjadi iktibar pada remaja di luar sana. insyaAllah ..

semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas acik sekeluarga dan dekat akak yang bercerita sekeluarga.
miss yatie berkata…
banyak kalau kita lihat remaja sekarang kalau buat sesuautu tanpa fikir panjang dan mengikut nafsu kan? satu kisah yg memang harus dijadikan pengajaran
Liling berkata…
perkongsian yg menarik.

sedih. ;(

http://lovelynemo.blogspot.com/
Mizz Aiza berkata…
alhamdulillah, akhirnya akak tu sedar kesilapan dia walaupun dah terlambat.. tapi yang rasa sedihnya sebab dia tak sempat nak minta maaf pada insan yang telah melahir dan membesarkan dia (ibu).. semoga Allah swt mengampunkan dosanya..
Unknown berkata…
semoga kisah ni dijadikan pengajaran utk remaja2 di luar sana....
iha berkata…
Semoga kak Fiqah terus tabah mengharungi ujian hidup. Lelaki yg baik akan sentiasa menyuruh kita utamakan keluarga.. moga beri kesedaran buat gadis2 yg lain..