Assalamualaikum
Alhamdulilah hari ini dapat lagi benafas di bumi pinjaman dari Allah ,sambil melihat keindahan ciptaanNy. Maaf sangat hari ini agak sibuk, penat rasanya ada kelas dan macam macam lagi. Tapi tak pelah demi pembaca blog acik, acik sudi luangkan masa. Beberapa hari ini acik dapat banyak soalan dari rakan rakan yang minta pendapat, tapi acik jawab satu satu yer dulu,
Hidup tanpa sakit hati ? tanpa kecewa ? tanpa sedih ? adakah ke pada tahun 2013 ini tak ada orang yang tak pernah rasa ? walaupon sedikit ? ermm itu semua lumrah yang perlu kita terima dan laluinya walaupon tidak kata tak mahu. Itu ada pengalaman paling berharga dalam hidup ini.Boleh acik printscreen pertanyaan wawa.
Lelaki di syaratkan untuk melindungi wanita dan dalam institusi keluarga lelaki adalah ketua keluarga.Tapi tak semuanya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai lelaki dengan baik. Dalam dunia ini ada kebaikan dan keburukan yang perlu di hadapi. Wawa jangan cepat melatah, bukan semua lelaki jahat, adakah ayah atau abang wawa itu jahat ?
Jangan mudah buat kesimpulan di sebabkan individu tertentu abis satu kampung di canang sebagai jahat. Ingat ini semua ujian Allah untuk kita. Ada 2 jenis ujian yang Allah berikan untuk kita melalui Manusia dan melalui kesenangan serta kesusahan.
Yang wawa katakan adalah ujian melalui hati dan perasaan di mana wawa di uji bahagian itu , tapi di sisi lain mungkin wawa kesenangan hidup .Ujian yang Allah berikan kepada wawa adalah melalui lelaki dan bagaimana wawa akan hadapi sesuatu pekara itu Allah mahu melihatnya dan Allah menguji seseseorang itu mengikut kemampuanya.
Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat
melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda
sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar,
barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata,
"Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."
Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah
pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus
redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau
penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut
walaupun dilanda kesusahan.
Ingat bahawa untuk dapatkan lelaki yang baik ,kita kena jadi yang baik dulu dan jangan cepat menuding jari pada orang lain.Mungkin cara kita membawa cinta itu yang salah, adakah cinta kita kerana dia lelaki yang kita impikan? ke hulu hilir bersama ? pegang pegang tangan ? kerana dia handsome ? atau kerana Allah. Allah dah aturkan jalan cerita kita dengan penuh teliti dan terbaik sekali. Mungkin dia nak jumpakan kita dengan orang yang salah agar kita dapat menginsafi diri kita .Dan insyaAllah akan pertemukan dengan orang selayak untuk kamu.
"Wahai wanita solehah, jangan risau akan
jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada
wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang
menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum
sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang
membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita
itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan
hadir untuk melengkapkan dirimu."
Maaflah panjang lebar pulak menaip ini .Sesungguhnya Allah Lebih
Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu.
Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.
kesakitan yang kita alami akan menjadikan kita
orang yg lebih kuat. Syukurlah sebab pernah sakit kerana cinta sebab
lepas tu kita dapat banyak pengajaran.
40 ulasan:
Nice entry acik :)
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik utk lelaki yang baik...in shaa Allah...
nice :)
ya betul tu..kesabaran yang sebenar adalah redha saat ditimpa ujian pada drinya..
kna bersabar, , ,
apabila malaikat jibrail tanya pada umat muhammad kenapa kau ciptakan derita pada umatmu muhammad lalu ia menjawab ini kerana aku rindu akan rintihannya :(
insyaAllah :)mudah mudahan
tepat sekali !
betul tu :)
suka ayat di atas nie
betul tu acik...di sebalik kekecewaan itu pasti Allah janjikan sesuatu...
sedih+kecewa+bahagia mmg lumrah dlm perhubungan...huhuhu~~ mungkin kenal y belum tepat sblm y tepat..ehhehee
Semuanya ada hikmah tersembunyi..
Entry yg sgt baik acik. Semoga sama2 beroleh manfaat. Bukan semua laki2 mcm tuh dan bukan semua jugak wanita dikecewakan. Ada juga laki2 yg setia dan ada juga wanita yg pandai memainkan perasaan laki2. Cuma masing-masing blum jumpa dgn org yg benar2 ngam dgn kita. Itu jerk. Yg selebihnya, sama2 pikirkan...
Setuju bro. Untuk dapat kan pasangan yang baik, kita pun kena jadi baik Insyaallah bertemu dengan jodoh yang baik juga untuk kita :)
nice and good entry bro acik ..
no komen :0 ..[tpi comment gak kat sini...hihihi]
memang terbaik jawapan acik.. tak semua lelaki jahat.. sama juga dengan perempuan, tak semua perempuan baik.. bagi pendapat akak, usah berikan 100% cinta kita kepada lelaki yang kita cintai.. bahagikan juga cinta itu untuk diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, sahabat baik dan semestinya kepada Allah swt..
dlm melalui perjalanan hidup ini , kita mmg x dpt elak dr merasai semua tuh . cuma klu nak hidup tenang , jgn kacau org lain ... tapi klu kita x kacau org , tapi tetiba org kacau kita , itu ujian Allah .
Allah memang sengaja uji cinta dan sayang kita kalau kita lupa akan cinta kepada DIA....
Tida cinta yang peling indah melain cinta kepada ALLAh S.W.T
isnyaAllah :)
betul tu.. kadang itu jlnnye
amin.. semoga di berikan hikmah tersebut
amin.. semoga kita dapat manfaat bersama
thanks sudi membaca
betul kak dan jgn lupa cinta kepada Allah dan family yg utama
betul tu, setuju
jangan kerana seorang...semua kena tempiasnya...bukan semua lelaki jahat...bukan semua lelaki macam tu. Kena ingat...semua itu ketentuan dari Allah, mungkin ada yang lebih baik Allah nak beri tu, sebagai hambaNya kta kena redha dan banyak bersabar. Banyakkan berdoa
tak pasti wawa ni baru sekali ditinggalkan atau sudah banyak kali..kalau dah banyak kali patut lebih arif tentang perhubungan ini..Lebih elok jangan difikirkan dahulu cinta, apabila anda sudah bersedia, cinta yang betul akan hadir nanti.
betul tu kak cik
mungkin Allah ingin menguji sejauh mana ketabahan kita, lalu DIA temukan kita dengan orang2 yang salah, agar kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik, kerana kita tahu kebaikkanakan bertemu kabaikkan kan?
bukan tak ada lelaki baik...byk yg ada diluar sana... cuma kita kena cari..... cermin diri...... dan sebaik manakah yg kita mahukan.......insyaAllah...pasti bertemu nanti..... kita berserah padaNya... Dia sebaik baik merancang dan tentukan jodoh kita....
penerangan yg bernas acik..bkan xde llki baik..cuma xramai kot..mgkin Allah nk mguji dia..bykkn bersbar..in.shaa.Allah jmpa yg baik 1hr nnti..
Salam,
Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri. Lihat kembali keadaan diri dan bermuhasabah...
Jawapannya hanya anda sendiri yg mampu menjawabnya. Semua yang disini hanya dapat membantu utk memberi petunjuk dan arah...
wah terbaik jawapan dalam entri ni...hehe harap wawa boleh ambek semangat dari kata2 acik tu...nak kasi nasi tambah rasanya tak perlu lagi....
suka dgn kata2 achik nie..semoga mendapat jodoh yg baik2. aminnn :)
tajuk saje penuh persoalan..haha!!
lelaki baik utk perempuan yg baik..
kalau xjmpa yg baik tu faham2 lah!!hehe
suka sangat dengan ayat yang last sekali.. belajar dari kesilapan :)
paham, saya paham..
terbaik la entry ni acik.. suka baca.. semoga acik cepat dpt jodoh yg baik baik dan sempurna di sisi Allah dan suami.. amin....
terima kasih. pengubat dan pembakar semangat saya.
Catat Ulasan