Pengikut

Isnin, 5 Ogos 2013

Cara Mudah Perempuan Untuk Mendapat Pahala



Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bersama-sama di hari yang gembira. Excited nak sambut beraya tinggal beberapa hari je lagi. Sedihnya nak tinggalkan bulan ramadhan yang penuh berkah ini. Seonok bila adik beradik ada di rumah berkumpul ramai-ramai dan buat kerja sama-sama. Paling seronok berbuka ramai-ramai. Saat begini sukar untuk dapatkan ,tak perlu berbuka di tempat yang mewah dan di hotel cukuplah di rumah makan masakan ibu yang tercinta.

Tadi di facebook ada yang memberikan penyataan seperti ini 

" susahnya jadi perempuan nie, semuanya kena kawal ,semuanya kena jadi baik .. kena bercakap dengan sopan, ketawa tak boleh kuat-kuat dan macam-macam lagi.. face up ler ..

Sebelum tu pernah dengar tak lagu wanita nyanyian de hearty ? 

ini liriknya 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Maksudnya yang mendalamkan ?

Allah menciptaan sesuatu pastinya ada hikmah yang tersembunyi yang kadang kita sendiri tak tahu dan tak ingin cari tahu. Wanita itu pelengkap kepada kaum adam dan yang menghiasi hari-hari sepi seorang lelaki adalah wanita.

Jadi acik tanya pada kakak acik  dan minta pendapatnya tentang seronokya jadi wanita ? 

Jawapan kakak acik " Seronok tau jadi wanita / perempuan ,nak dapat pahala senang je.Duduk dalam rumah pun boleh dapat pahala sama macam lelaki.

Sapu sampah dalam rumah dapat pahala,
basuh baju dapat pahala,
kemas rumah dapat pahala,
basuh pinggan dapat pahala,
mop lantai dapat pahala,
potong bawang dapat pahala,
memasak dapat pahala,
lipat baju dapat pahala,
jaga makan minum suami dapat pahala,
jaga kebajikan anak dapat pahala.
bertutur pekara baik dapat pahala,
menutup aurat dapat pahala,
melahirkan anak mendapat pahala yang besar,
menjaga kehormatan dapat pahala
dan banyak lagi

Banyaknya pahala wanita boleh dapat. SubhanAllah. 
 
Senangkan ? lelaki pon sama macam tu ,setiap apa yang di lakukan ganjarannya pahala . Oklah acik ada di dalam kereta nie, pening kepada nak taip panjang-panjang. Lain kali kita bercerita lagi :) Wasalam. 


Share This!


26 ulasan:

  1. hak r..betol 2 achik..prpmpuan la pling sng nk dpat phala..beruntung perempuan ni..kdg2 ambe rsa cmburu sgt2..lelaki ni besar tggjwb..beruntung la wahai perempuan =) anda mmg istimewa disisi Allah

    BalasPadam
  2. betul tuh ..banyak cara boleh kita dapat pahala..nice sharing acik

    BalasPadam
  3. banyakkn pahala untuk kaum wanita ni, bersyukur kepada Allah... :)

    BalasPadam
  4. Betul tu...jadi wanita ni senang dapat pahala......tapi senang juga dapat dosa.....huhu..seram...

    BalasPadam
  5. Beruntung jadi perempuan ni :). Btul juga kata pepatah "for every succesful man, there's a woman behind".. Perempuan yg baik mnjadi inspirasi lelaki utk jadi lebih baik, in shaa Allah.

    BalasPadam
  6. Indeed, senang je, buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang, hormat ibu bapa dan suami. Itu saja :)

    BalasPadam
  7. jiwa berontak jer yg rasa islam itu menyusahkannya ... sesungguhnya Islam itu mudah . hanya manusia itu sendiri yang menyusahkan dirinya ...

    BalasPadam
  8. betul tu.
    mereka yang tak mendalami dan menghayati alasan sebenar jadi perempuan memang akan berasa tidak bersyukurdan merasa tak bebas..
    yaya pun suka lagu ni..
    lagu ni selalu jd pembakar semangat yaya

    BalasPadam
  9. betul tu acik.

    Kekadang benda senang nak dapat pahala ni jugalah orang taknak buat. Orang lebih cenderong membuat dosa.. ermmm ..

    BalasPadam
  10. betul tu,, bukan tu je..siap Allah bagi cuti sembahyang lagi..itu pun still ada yg merungut..

    BalasPadam
  11. cara buat pahala senang tapi susah gak nak buat kan.

    BalasPadam
  12. betul tu bro...kalau nak fikir susah mmg sampai bila pon tak habis....baik fikirkan perkara yg baik dan hikmahnya sesuatu itu...

    utk yg cakap jadi perempuan ni kena kawal itu dan ini, ada betulnya jugak tu...mungkin dia rasa susah utk berpura2 padahal hati penuh perasaan yg meluap2 utk buat perkara yg dimaksudkan di atas....kalau dah tak tahan sgt, elok takyah pura2...silakan gelak je terbahak2....cuma satu je, dia kena terima lah kalau tetiba ada pulak org yg sekeh kepala dia sebab taknak berpura2 tahan menengok kelakuan dia yg "manis sgt" tu... :P

    PS: tak pasti lah ada yg paham ataupun tidak dgn ayat berbelit2 di atas....haha

    BalasPadam
  13. snangnya nak dpt..ta[i byk org xsdr..hehe..

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah.. Mudahnya perempuan masuk syurga

    BalasPadam
  15. alhamdulillah hehe
    semua niat kerana Allah :)

    BalasPadam
  16. hendak seribu daya , tak suka seribu helah ...

    BalasPadam
  17. betul tu acik.. mudah nak dapat pahala.

    BalasPadam
  18. betul tu ..syukur sgt2..Allah itu maha pemurah..=)

    BalasPadam
  19. so true :)
    kita kena bersyukur apa adanya ..
    selamat hari raya :)

    BalasPadam
  20. seronok pe jadi perempuan kan ? Perempuan ni martabat dia tinggi di sisi Islam . Perempuan ni sangat berharga . Jadi perempuan tak rugi sikit pun . Pahala pon boleh dapat banyak :D :D

    BalasPadam
  21. Sebenarnya senang je nak dapat pahala, Sama ada sedar atau tidak. lirik lagu ni selalu dengar kat blog ni dulu2x. :)

    BalasPadam
  22. betapa tingginya wanita diangkat dalam Islam...

    #seronok Acik nak beraya... mohon maaf dan salam aidilfitri kalau ada kata atau komen yang menyinggung perasaan..selamat hari raya#

    BalasPadam
  23. taat pada suami adalah satu perkara yang sangat terpuji pada seorang wanita. dan besar balasannya :)

    BalasPadam
  24. bersyukur di lahirkan sebagai wanita muslimah..

    BalasPadam
  25. bersyukur menjadi seorang perempuan.. =)

    BalasPadam
  26. nak buat pahala bukan susah..dimana ade kemahuan,di situ ade jalan :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails