Assalamualaikum 

kemerdekaan ke 56

MENYAMBUT MERDEKA
Sambutannya berulang lagi
saban tahun ia kembali
Malaysiaku Berdaulat tercipta di sini
menabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megah
sana sini mencipta indah
namun segelintir tiada endah
satukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercinta
pejuang bersusah untuk merdeka
jangan siakan apa yang ada
sayangilah Tanah Tumpahnya Darahku.
 
 
Merdeka !!! Merdeka !!  Semangat Merdeka tak pernah padam dalam diri ini . Walaupun acik lahir selepas kemerdekaan tetapi jasa dan pengorbanan mereka yang telah berjuang demi Tanah Tumpahnya Darahku ini tak akan di lupakan. Terima kepada para perjuang yang sanggup bertarung dan mempertaruhkan nyawa mereka. Sedekahkah al fatihah kepada mereka yang terkorban untuk mempertahankan negara. Kali ini acik sangat suka dengan tema kemerdekaan kali ini.  


" Tema bagi Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56 ialah ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’.Tema kali ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Ianya bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara" .-www.malaysiamerdeka.gov.my.

Tolong perhatikan seorang blogger yang baik hati ini. Ahh dan petang tadi ada kejutan sedikit kerana hadiah dari cik akak sampai di rumah. Wahh seronok dapat majalah ujang, setelah lama tak beli majalah tersebut bila dapat percuma . Dan seronok apabila dapat cenderhati dari Sarawak serta sijil.

hadiah dari cik akak
 
sijil dari cik akak

Ribuan terima kasih kepada pemilik www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com atau cik akak kerana pilih acik sebagai pemenang ke 3 .Datangnya dari sarawak sampai juga ke johor ini. Alhamdulilah.

Jom marakkan semangat kemerdekaan kali ini dengan penuh meriah , Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!