selamat ulang tahun mak

Assalamualaikum
Alhamdulilah hari yang di nantikan telah tiba, sebelum itu jom berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. 6 Sept selalu acik nantikan untuk insan yang teramat istimewa dalam hidupku dan dan aku bersyukur kerana aku ada dia yang selalu ada ketika suka dan duka.  
Saat aku menangis dialah tempat untuk aku mencari penawarnya.Ketika aku gembira dialah juga tempat aku kongsikan kegembiraan. Di kala aku hilang arah dialah yang selalu menjadi petunjuk aku kembali ke jalan mu Ya Allah.Ketika aku dalam keadaan tertekan dan semangatku hilang dialah pemberi nafas baru dalam hidupku.Ketika aku buntu dengan tanda tanya yang ada dialah pemikir bersama agar aku dapat menjawab setiap pertanyaan.
selamat ulang tahun mak  
 Mesti ada tertanya siapakah dia insan teristimewa dalam hidup acik ini dan tentulah Dia Mak Acik (Puan Masroha). Hari ini merupakan ulang tahun kelahirnya yang ke 55. Acik tak dapat nak celebrate bersama-sama kerana acik berada di jauh perantauan.Tapi dalam ingatan dan setiap doa acik tak pernah lekang untuk mak yang sangat acik cintai ini. 
Ya Allah panjangkan umurnya dan murahkan rezeki kepada insan yang amat aku sayangi ini. Berikan kebahgiaan dan keredhaanmu kepadanya. Jadikanlah cintaku padanya sehebat cintaku padamu Ya Allah. Ya Allah kuatkan iman ibuku dan mudahkan segalanya urusannya. Dan Ya Allah makbulkan hajatnya yang lama di idamkan untuk menunaikan haji.
Ya Allah biarkan dia ada selalu bersamaku, biarlah aku balas dulu segala jasa yang di taburkan kepadaku . Aku ingin bahagiakan dia seperti mana dia cuba yang sebaik mungkin untuk buat aku bahagia. InsyaAllah acik cuba jadi anak yang baik untuk mak, hahaha kadang terfikir begitu ajaibnya kasih sayang seorang ibu ini. Bila acik ada masalah cukuplah cerita dengan mak dan rasanya lega bila dapat dengar suaranya, rasa masalah itu hilang. Akhir kata dari acik , Mak adalah segalanya dalam hidup ini, terima kasih ya Allah kurniakan seorang ibu yang penyayang dan baik hati.