Assalamualikum

Hari ini terlalu banyak kejuatan yang mendatang. Kadang buat diri acik sendiri termenung dengan apa yang terjadi. Manusia ini suka mengambil kesempatan dan mencuri kesenangan orang lain. Orang lain kemain lagi bertungkus lumus berkerja untuk mendapatkan rezeki tetapi manusia tak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan di kala kesempitan. Dah 3 orang kes orang yang berada di sekeliling acik duit dalam bank hilang. 

Kes yang pertama sekali, duit itu hilang secara berperingkat dan sekali check duit tinggal sikit. Bila di tanyakan pada bank duit mereka  kenapa jadi macam seperti itu. Mereka hanya kata akan di siasat. Adakah itu akan dapat lagi ?

Kes 2 terjadi pada akak acik sendiri,kes ini terjadi beberapa tahun yang lepas apabila dia lihat duit di bank dan lihat jumlah juga berkurang. Bila telefon perkidmatan pelanggan bank mereka katakan ada transaksi pengeluaran di buat .Sedangkan kad ada pada akak. Duit hilang secara tiba-tiba.Laporan polis di buat dan siasatan demi siasatan ,alhamdulilah duit dapat di kembalikan .Rupanya orang dalam punye kerja.

Kes 3 dan paling terbaru  adalah apabila account bank telah di "hack" oleh pihak tidak bertanggungjawab sehinggakan semua duit yang ada dalam banknya hilang. 

Sekarang kes seperti ini banyak yang berlaku terutama kes di luar bandar kerana serangan utama mereka adalah akaun orang tua. Sebabnya mereka tidak akan perasan jika duit itu hilang. Kalau mahu simpan dalam bank pun tak selamat nak simpan di mana lagi ? Bawah bantal ??? 

Secara jujurnya acik dah tak percaya lagi untuk menyimpan si sebuah bank terkemuka di malaysia ini lagi kerana kes ini pernah terjadi pada keluarga. Sejak dari itu kami tak menggunakan perkhidmatannya dan kadang perkhidmatannya mengelirukan pelanggan. 

Acik harap sangat ,pihak-pihak yang bertanggungjawab laksanakan tugas anda. Kami tinggalkan duit untuk di jaga bukan untuk di kebas. Risau sangat kerana sekarang acik menjadi bendahari untuk program erat di sabah nanti dan jumlah wang yang terkumpul juga banyak .Ishh risau selagi duit itu tak di gunakan lagi.

Oklah acik harap sangat kes-kes seperti ini tidak berlaku , tadi pun kawan acik ada telefon acik untuk ingatkan berjaga-jaga kalau boleh keluarkan duit yang ada .Kalau dah jadi mangsa menangis tak berlagulah jawabnya.