assalamualikum 
 
Innalillahi wainnailaihiraji'un , Puan Azean Irdawaty sudah diJemput ALLAH pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di University Hospital disamping ahli Keluarga yang dikasehi dan sahabat - sahabat terdekat.
Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. sumber



Mari kita semua Mendoakan Kesejahteraan Allahyarhamah dialam Barzakh. Amin Ya ALLAH…Semoga Tenang disana.

Al-fatihah...