Ticker

6/recent/ticker-posts

Temubual Ekslusif : Kehidupan Sebenar Mereka Yang Kawin Muda

kawin muda

Assalamualaikum

Selamat tahun baru semua, sebelum itu acik minta maaf kepada semua kerana beberapa hari sangat sibuk dengan "exam" dan beberapa pekara yang tak dapat di elakkan. Tapi hari ini acik ingin berkongsikan kepada kamu semua tentang kawin muda. Sudah beberapa kali sebenarnya acik ingin interview seorang kawan acik yang kawin muda pada berusia 21 tahun. Pasangan ini sangat serasi dan comel dan di kurniakan seorang anak lelaki yang comel. Jom baca temual acik bersamanya.

Azhar : Assalamualikum acik, akhirnya kita dapat jumpa juga , ya Allah begitu banyak halangan untuk bertemu acik nie.
Acik: walaikumusalam,alhamdulilah akhirnya dapat jugak berjumpa dengan sahabat lama , apa khabar sekarang ? 
Azhar : alhamdulilah acik khabar baik, ahh ini nak perkenalkan isteri aku Khatijah dan ini anak aku muhamamad amirul irfan. 
Acik : Wahh comelnya anak kau azhar,
Azhar: kau bila lagi ? 

Acik : Ishh in sha ALLAH jika ada jodoh nanti, kalau boleh nak kawin hujung minggu ini jugak, tapi belum ada jodoh. Ahh berkaitan dengan jodoh ini, apa perasaan kawin muda seronok tak ? 

Azhar : Kawin ini memang seronok acik, ada orang jaga makan minum, ada orang selalu mengingatikan kita dan ada orang selalu menemani kita apa jua keadaan. Tapi kawin tak semudah yang aku sangka rupanya.  Kawin ia banyak tanggungjawab yang perlu di pikul. Sebelum aku nak berceloteh panjang aku nak bagitahu acik, aku berkawin pada usia aku 21 tahun dan begitu juga usia isteri aku, alhamdulilah dah 3 tahun kami berkahwin.  Pada aku kalau nak kawin muda ini biarlah umur kita lepas 18 tahun kerana di situ dia lebih dapat memikir segala hal dengan rasional. Yelah sekarang umur 13,14,15  dah kawin. Pada itu aku itu bukan kawin muda tetapi kawin kanak-kanak. Sebabnya kawin ini bukanlah pekara main-main bukan seperti main kawin-kawin.

Acik : ada betul jugak, abis macam mane pembelanjaan harian dan anak ? 

Secaca jujur kami juga masih mengambil pinjaman pendidikan, pada waktu malam dan cuti sem aku bekerja part-time di pasaraya untuk menampung kos sara hidup kini yang semakin tinggi. Tapi alhamdulilah sehingga hari ini rezeki itu ada, kami anak beranak tak pernah terputus makan, Allah selalu ada bantu kami. 

Acik :Jadi bagaimana nak seimbangkan pelajaran dengan rumahtangga ? 

Azhar:  pekara yang penting adalah tolak ansur dan saling memahami, aku dengan isteri berbincang banyak pekara setiap keputusan yang di laksanakan. Kalau buat assignment tu kadang kala berganti-ganti kalau aku ada assignment isteri akan jaga anak, dan kalau isteri ada assignment aku pula yang jaga. Nasiblah kakak aku dekat sahaja dengan rumah kami dapatlah jaga anak kami sewaktu kami pergi kelas. Memang mula-mula kawin aku rasa agak memberontak sebab buat itu ini semua tak boleh ,kena berjimat dan banyak pekara perlu di pertimbangkan. Bila fikirkan kembali ini apa yang aku mahukan dan aku redha, tetapi untuk mengharungi 20 bulan yang pertama memang agak sakit , sebabnya pelbagai pancaroba yang mendatang, kalau tak kuat iman dan sabar memang boleh runtuh rumah tangga.Isteri selalu bagi dorangan dan semangat pada aku. Tahun ini tahun akhir kami jadi pelajar dan tak sabar rasanya nak habis belajar. 

Acik : ermm begitu ye rupanya, nak tanya juga ,biasanya apakah permasalah yang selalu timbul ?

Azhar : permasalah yer, biasalah kita jiwa muda, jiwa remaja itu membuak-buak. Bila tengok kawan-kawan yang lain enjoy dan lepak sana sini. Hati ini teringin juga, tapi kita perlu jadi matang la, tak boleh macam anak muda yang lain yang boleh seronok. Aku lebih memikirkan tanggungjawab dan fikir tentang perasaan isteri aku. Mungkin dia juga kadang kala mahukan kebebasan.

Acik : bagaimana pula masa dapat saat tahu khatijah mengandung ? dan bagaimana masa dapat anak yang pertama tu ? 

Azhar : biarlah isteri aku yang bercerita.
Khatijah: Pada mulanya kami rungsing juga, mampu ke kami membela anak kami nanti ? dengan kewangan yang tak stabil . Kami minta pandangan mak ayah kami, dan alhamdulilah mak ayah kami memberi sokongan yang penuh. Kami terpaksa tangguh pengajian kami selama saya melahirkan anak kami ini. Tapi rezeki anak ini yang Allah berikan, rezeki itu datang pelbagai cara.

Azhar : memang betul apa yang dikatakan, mula-mula dapat anak aku rasa kekok dan banyak pekara yang aku belajar itu sendiri dan tunjuk ajar dari mak aku. Aku sangat terharu apabila kawan-kawan buat kutipan derma untuk kami semperna anak kami ini. 

Acik : apa nasihat azhar dan khatijah untuk mereka yang ingin kawin muda ?

Azhar : memang benar sekali kawin muda mampu mengelakkan zina. Tentang kawin ini juga perlukan ilmu pengetahuan dan kewangan yang kukuh. Lagi-lagi harga barang sekarang dah naik. Buat persiapan mental dan fizikal  untuk diri kamu dan bakal isteri kamu. Tuntutlah ilmu dan carilah ilmu itu sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia,dan jangan takut untuk kawin muda janji bersedia apa jua cabaran yang mendatang.

Khatijah : apa yang penting adalah sebab apa kamu berkahwin ? adakah kerana keseronokan ? ataupun tanggungjawab ? fikir-fikirkanlah kerana kawin ini bukan pekara yang mudah. Kalau boleh tak mahulah baru kawin setahun dan bercerai, itu yang kita tak mahu. Paling penting seperti abang cakap carilah ilmu agama dahulu dan siapkan diri kamu . Jika kamu lakukan sesuatu kerana Allah maka Dia akan selalu ada untuk kamu hingga ke akhir hayat. 

Inilah dia sedikit temubual yang acik lakukan terhadap mereka berdua, sebelum acik terbitkan entri ini acik sudahpun mendapatkan persetujuan dari pihak mereka untuk di siarkan dan mereka sudah membaca entri ini. Semoga kamu yang mahu kawin muda dapat sedikit ilmu berguna.

Catat Ulasan

37 Ulasan

sitirohaida berkata…
banyak aspek yang kita kena ambil tahu bila bab kawen nie acik...memang perkataan kawen tu mudah.Tapi tanggungjawab tu amatlah berat...yang penting cara bagaimana untuk kita sama-sama berganding bahu suami isteri dalam rumahtangga...
Akak mmg tak syorkan kawen muda @ kawen kanak2 ni...Takat umur belasan tahun..tak payahlah berfikir utk berkahwin..dengan keadaan dunia sekarang nie..bukan zaman ayah ibu kita dulu-dulu...
Gee Lion berkata…
Hanya orang yg tough mampu mengharungi perkahwinan di usia muda.. Utk orang macam saya ni, banyak perkara perlu dipertimbangkan..
Aku pengembara berkata…
Menarik temubual nie.. Perkhawinan tidak semudah dan seindah yg kita fikirkan.. Bg lelaki, apabila lafaz je "aku terima nikahnya..." maka tergalaslah tanggungjawab besar di bahu kita...
Cik Nor berkata…
good sharing...

selamat tahn baru..:)
Banyak tanggungjawab dan perlu matang......selamat tahun baru.
Jejari Menaip berkata…
wah22...perkogsian yg baik acik..leka pula membacanya...sebab kawin ni bukan untuk sehari tapi untuk selamanya...:D
Zaza Iman berkata…
btl..byk kena fikir jgk.. mcm zaza ni lanjut usia xkhwin2 lagi. haha. :) tp kahwin muda ini ada byk kebaikan jgk.. aslkan btangungjawab dan pandai uruskan dgn baik.. :)
Unknown berkata…
ada pro dan kontra nya jugak hal ni. yang penting diri sendiri.. bersedia ke tak.. kan? :)
paridah berkata…
perkahwinan adalah permulaan kehidupan sebenar...lambat berkahwin lambatlah kehidupan sebenar bermula...gitulah halnya acik...
Mizz Aiza berkata…
sungguh ,enarik temu bual ini acik.. membuka minda kita untuk berfikir pro dan kontra kahwin muda.. sesungguhnya pelbagai cabaran serta ujian untuk mereka ya.. ternyata kesabaran amat penting di dalam menempuhi alam rumah tangga di usia muda begitu..
Dzureen Darwis berkata…
Saya pernah berangan nak kahwin masa tengah belajar ni tapi lama-lama plan nak kahwin tu dari nak kahwin umur 20 saya tunda ke 23 dan latest ni 26 pulak. Silap-silap tunda punya tunda sampai umur 30 haha wallahualam. Sebagai anak sulung, rasanya tak sedap pula nak kahwin awal-awal.
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..bagus untuk dijadikan contoh bagi yang nak mendirikan rumahtangga di usia muda..teras utamanya niat kita..bila berada pada landasan yang betul maka apa pun dugaan yang datang..insyaAllah boleh di atasi sebaiknya..yang utama suami isteri mesti menjadi sahabat terbaik satu sama lain kerana berada dalam satu pasukan..
Ainim Rashihah berkata…
Berkahwin muda memang dianjurkan di dalam Islam. Betul, memang kena ada asas agama yang kukuh sebelum berkahwin. Perkongsian yang menarik Acik
Niesa berkata…
perkongsian yg menarik acik..kawin ni nampak je senang dan seronok..tp bila dah di alam rumah tangga baru la dtg dugaan lain pula..kalau x ada tolak ansur antra 1 sama lain mmg ssh la kan...
Azwar Syuhada berkata…
Nice entry acik!! Ada baik dan ada juga kelemahan dalam isu kawin muda. hehehe..Tapi azwar tak pernah terfikir lagi nak kawin di usia yang muda.. :)
Syamimi Saad berkata…
alhamdulillah.. syukur kwan acik berjaya harungi kehidupan baru tu dengan sabar..
memang kawin muda ni bnyk dgaan nya.. yang pnting hati juga kena kukuh,,,
PCL berkata…
Acik , seperkara yg sangat perlu iaitu belajar jadi seorang suami yang matang dengan bergaul bersama masyarakat yang lebih berumur dari kita namun harus diingat hati kawan-kawan tetap dijaga...penting tu, biar pendirian kita dihormati bukan dikeji di mata rakan sebaya. Elakkan jadi seperti kera sumbang lepas kawin...nanti kawan yg tak berapa cerdik akan 'cop' kita takukan bini pulak walhal kita sebenarnya ada tanggunjawab. Sebenarnya kawin muda adalah seronok, iada istilah terbeban kepada mereka yang bijak menguruskannya. wallahualam.
Tanpa Nama berkata…
seorg lelaki sudah dianggap matang dan sesuai kahwin ialah pada usia 25 tahun . pd usia itulah rasulullah mengahwini khadijah . Lelaki perlu matang sbb dia adalah pembimbing , ketua juga imam kepada sebuah keluarga . Sekiranya tiada sumber kewangan yg kukuh , belum cukup bersedia dgn commitment rumahtanggan dari segi masa , persediaan mental dan fizikal , maka makruh untuknya berkahwin ... wallahu'alam .
Karen Monica berkata…
kahwin muda atau kahwin di usia yang lanjut..masing masing ada pro dan kontranya yang penting dah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan matang berfikir untuk membina sebuah keluarga :)
Khir Khalid berkata…
Kawin diusia muda klu tahu tanggungjawab & cukup kefahaman ttg agama & kekeluargaan, in shaa Allah sejahtera. T kasih diatas perkongsian Acik.. Selamat tahun baru & salam ukhwah 2014.. :)
Kenari Putih berkata…
Yela u ur 21 kawin memang banyak dugaan. Tak ramai yang survive kalau berkahwin pada usia tu.. Tapi this one really survivor. Tu pon ada kata tadi kan 20 bulan pertama sangat2 mencabar, saya percaya di pihak isteri lebih2 lagi dugaannya. Tanpa iman yang kuat dan fikiran yang matang dan pengorbanan suami isteri, rumahtangga memang agknya banyak pahit dari manisnya.
BinMuhammad berkata…
Insyaallah...jika betul niat dan nawaitunya, pasti Allah permudahkan. Pada masa yg sama...pertingkatkan ilmu dunia dan akhirat. Usaha perlu ada...dan Allah akan buka segala pintu kebahagiaan.
Maria Firdz berkata…
kena sedia ilmu, fizikal dan mental.. tak kira khwin muda atau tua... sbb segalanya berubah lepas khwin..
Alhamdulillah..sb tu berguna kalau awal2 lagi kita lengkapkan diri dan sentiasa study apa tanggjwb dlm rumahtangga.perkahwinan bkn sekadar happy-happy je.kawen muda atau kawen lambat ataupun kawen average, semua kena persiapkan mental dan fizikal.umur tak memberikan impak sgt, minda dan sikap yg memainkan peranan.kalau umur 30 thun tapi hidup nk enjoy je, pun tak kena jugak.hehe..
apa-apa pun, perkongsian yang baik dan moga menjadi eyes-opener utk semua bakal-bakal zauj dan zaujah.
Nina Zee berkata…
Salaam.. menarik entry kali ni, kebetulan saya baru je sambut anniversary perkahwinan kami yg ke-3... Alhamdulillah, anak dah dua skrg saya dah 25 tahun..
Kami nikah masa umur saya 22 tahun.. consider muda la kan? tp suami umur 27 & masa tu kami still student mmg xde pape saving or duit sendiri. kiranya lepas nikah kami mmg start from zero... Masha Allah bukan senang acik.. susah, susah sangat... plus suami bukan local lagi la susah nk dpt keje... Bila suami dpt keje saya disahkan hamil 4 weeks...
kami happy, tapi sayangnye family x supportive.. Dorg tanye knp x plan knp awal sangat...
tp dorg lupa anak tu rezeki Allah bagi... eventhough kami susah sbb suami baru start keje.. nak pegi check up bulanan pun kami terpaksa simpan & ikat perut...
sampai anak lahir kami guna semua simpanan, until suami pergi keje xmkn...balik rumah baru makan...
Honestly it is not easy... kawen mmg best tapi tanggungjawab besar...
klau pada yg xsedia nak tinggal zaman enjoy single freedom tu maka jangan lah nikah dulu..
sbb nanti takut dah kawen menyesal...

now anak dah dua financial pun still not stable, tapi Allah tu maha mengetahui.. dia bagi rezeki macam2 kat kami... Alhamdulillah..
walaupun saya & suami xdpt sambung degree tapi kami bangga dengan achievement kami skrg... Dinah Nur Ibrahim & Salahhuddeen Ibrahim.. Permata hati kami. Saya berpeluang rasa 9 bulan mengandung & sakitnye bersalin.. Alhamdulillah anugerah Allah bagi yg x semua org dpt...

my advice: klau nk kawen muda juga kena banyak sabar kena selalu yakin pada Allah.. In Shaa ALLAH all will fall into its place..
Cik Itah berkata…
alhamdulillah kawan acik masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami walaupun mungkin sedikit berat untuk memikulnya..
thanks share ye acik..semoga kawan acik dan isterinya kuat untuk menghadapi apa jua rintangan dan cubaan dalam rumahtangga mereka..amin
adarain berkata…
kawan aku ada juga yang kahwin umur 21 tahun sampai sekarang bahagia bersama isterrinya..makin tembam dah kawan aku. Anak barus sorang.
Tanpa Nama berkata…
Kawin@jodoh ni mcm maut juga..kalau dh sampai seru tu,akan terikat jua ikatan..dh tertulis di luth mahfuz...akak dpti,budak yg lahir tahun 92 n 93 ramai yg berkahwin...mau lelaki ataupun perempuan...moga mereka dpt melayari bahtera hidup dgn keimanan yg teguh....
Affy Afiqah berkata…
semuanya berbalik pada diri kita juga, kalau Allah dah aturkan, siapa kita untuk menidakkannya betul tak? kahwin ni banyak kebaikkannya...kalau boleh tak usah dilarang...bila larang tu yang jadi masalah sosial lain...kalau sudah bersedia just go with it...hidup situasi apa pun tetap ada dugaannya :)

itu norma kehidupan..
Tanpa Nama berkata…
banyak tanggungjawab selepas akad AKU TERIMA NIKAHNYA.bukan sekadar omong kosong untuk melengkapkan sebuah pernikahan..terima ketentuan dan jodoh yang Allah beri..
Fiza Aizzawa berkata…
kahwin di usia muda atau tua tak penting, yang penting masing-masing dah matang dan tahu tanggungjawab masing-masing..
Tengkubutang berkata…
kawen muda pun untung jugak.. bila anak dah beso.. maka ayah masih kuat bekerja..=)
Fatin Wawa berkata…
memang belum sedia langsung lagi utk berkahwin.. hihi.. apa2 pun mereka yg kahwin muda mmg perlu lebih matang drpd usia, tahu tanggungjawab masing2 dan yg penting menjaga agama dan hubungan dgn Allah SWT. Jika berpegang pada tali Agama insyaAllah bahtera perkahwinan akan berkekalan hingga syurga hakiki.. :)
Unknown berkata…
ade ilmu ,ade kekuatan di hati.. bijak.. baru lah bole kawin.. orang sekarang ni ilmu rumah tangga tonggang langgang.. orang tua dulu walaupun takde ilmu rumah tangga tapi adap mereka tinggi.. itulah ilmu yang menjadi prinsip kehidupan.. orang sekarang bijak bijak.. tapi tak ramai yang berjaya dibentuk.. sebab tulah perlunye ilmu rumah tangga.. saikologi.. tu semua persediaan.. untuk kebaikan bersama..
Nadia Johari berkata…
pandangan dari mereka yang berkahwin muda..kita boleh nampak kan..kawin memang bukan mudah..kawin banyak tanggungjawabnyer..tak kira la kawin muda atau lewat, kalau nak kawin tak pikir tanggungjawab memang semua tak jalan..kalau pikir positif alhamdulillah..beranak pinak la nanti bahagia samapi ke syurga.
Unknown berkata…
Kawen muda memang dah jadi trend sekarang nie dik.
Alasan takut mendatangkan zina. Biasa darah muda kan buat perkara tak ingat ALLAH.
Insyallah andai nawaitu itu ikhlas kerana ALLAH, pasti DIA membantu kita.
Menjaga perhubungan ikatan perkawenan kita.