Assalamualaikum
SubhanaAllah perancangan Allah itu memang terbaik dalam 
hidup kita nie.Acik tak meragui kerana semuanya pasti. Allah merancang
 sesuatu dengan tidak ada sedikit pun cacat celanya. Acik dapat belajar 
dari hikmah setiap apa yang berlaku. Terima kasih ya Allah.
Ada
 yang mengatakan seperti ini 
" aku berjaya atas usaha aku sendiri , aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku. Dan ada juga yang mengatakan " aku dah selesa dengan hidup aku dan kerjaya aku, aku tak perlukan lelaki dalam hidupku, hadirnya mereka itu hanya untuk menyakitkan saje.
" aku berjaya atas usaha aku sendiri , aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku. Dan ada juga yang mengatakan " aku dah selesa dengan hidup aku dan kerjaya aku, aku tak perlukan lelaki dalam hidupku, hadirnya mereka itu hanya untuk menyakitkan saje.
Dalam
 hidup kita ini saling memerlukan antara sesama jantina untuk menghasil 
keharmonian alam dan siapa kita untuk melawan fitrah manusia yang hidup 
berpasang-pasangan. Sejak azali lagi hawa tercipta untuk adam. Tanpa 
hawa pastinya adam akan kesepian dan tanpa adam pastinya hidup hawa tak 
sempurna.Itulah hidup kita. Siapa pon kita ,mesti kita mahukan seseorang
 yang mampu terima kita seadanya dan membahagiakan kita.
Kita
 tak perlu sombong setiap kejayaan dan kemenangan yang kita dapatkan. Pastinya kejayaan kita hari ini dan hari seterusnya bukan hanya kerana 
diri kita tetapi ada yang bersama kita yang selalu ada untuk kita dan 
mendoakan kita. Mungkin kamu boleh katakan bahawa kamu tak perlukan 
lelaki atau perempuan dalam hidup kamu tapi sebenarnya kamu ego dan 
terlupa bahawa orang yang ada di sekeliling kamu adalah bahagian dari mereka yang kamu nafikan.
Yelah
 mana tidaknya, kejayaan kamu hari ini adalah hasil doa ibu bapa, adik 
beradik , keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah berhenti mendoakan 
kamu. Adakah kamu lupa ? 
Wahai
 Manusia  Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari 
seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah 
memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah 
kepada Allah yang dengan mempergunakan namanya  kamu saling meminta 
antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. 
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.(Surah An-Nissa’: 
1) 
kejayaan
 seorang lelaki adalah kerana ada wanita dibelakangnya yang menjadi 
kekuatannya. Tentulah kepada yang bujang ,ibumu ,kakak dan bakal menjadi 
penamping hidupmu yang selalu berdoa dan membantumu ketika susah dan 
senang. Kepada lelaki yang sudah berumah tangga, pastinya isterimu yang 
selalu ada bersamamu di kala suka dan duka.
Duhai
 kaum adam , tanpa hawa hidup kamu tak sempurna, tanpa hawa hidup kamu 
tak keruan dan tanpa hawa kamu tak kenal erti kasih sayang. Hawa mampu 
mengoncang dunia, dia mampu menjadi penawar dan dia mampu menjadi tuba 
untuk adam. Dan di situlah tugasmu untuk memimpin hawa sama arah 
kebaikan atau lembah durjana.  
Duhai
 kaum hawa, jangan dirimu terlena kerana keasyikan duniamu tersendiri, 
Tanpa adam dirimu tidak tahu apa itu erti cinta, benci, rindu dan semua 
ada pelbagai perasaan di dunia.Mungkin adam itu kadang kala 
menyakitkanmu tetapi dia juga yang membahagianmu.
Allah jadi lelaki dan 
perempuan mempunyai tugas yang tersendiri. Tanpa lelaki bagaimana 
sesuatu kaum itu mahu berkembang ? dan tanpa perempuan bagaimana nak 
lahirkan zuriat dan memperkembangkan umat ? 
Kita
 saling memerlukan satu sama lain, kita tak mampu hidup keseorangan, 
Jodoh itu memang rahsia Allah , kepada yang belum di anugerahkan 
seseorang dalam hidupnya itu sabarlah.Allah tahu yang terbaik untuk 
kamu dan akan tibanya pasti kamu dapatkan selayaknya untuk kamu.






27 Ulasan
sheila singgah klik tabung acik...
apa yang perlu jaga hubungan halal baik-baik sebab tujuan nak ikut sunah Nabi dan rangkul pahala dariNYA
Disebalik kejayaan lelaki itu ada seorang wanita yang menyokong kejayaan nya..
mselim3
the woman is the reflection of her man.
If you love her to the point of madness, she will become it.