Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat jugak terus menaip dengan hati tenang dan menyempurnakan setiap perkata yang lahir dari hati dan terus menaip untuk kamu semua. Acik tahu setiap apa yang kita buat bukan dapat puaskan hati mereka ,mereka dan mereka dan semua orang . Apa yang boleh kita lakukan adalah jadi diri sendiri dan terus berusaha jadi yang terbaik..


Memang benar bukan apa yang kita buat semua betul dan acik juga x mahu jadi Mr Right.Sebab terkadang bila kita rasa diri betul akan ada sebuah perasaan yang di benci oleh ALLAH iaitu bangga diri,itulah yang sedaya upaya akan di jauhkan.Sepanjang apa yang acik lalui mungkin tidak sehebat kamu semua dan mungkin kamu semua lagi lalui kesukaran hidup dan dapat atasinya..

Kita hidup diatas muka bumi nie hanya bagaikan dalam sebuah drama dan kita adalah pelakon utama dan kita juga yang mencorakkan segalanya.Dan menjadi tanda tanya bagaimanakah akhir sebuah cerita ???

Berserah bukanlah salah satu jalan untuk hidup.Berserah diri adalah satu-satunya cara untuk hidup. Seseorang yang hidup berserah ertinya sedang mengakui keterbatasan dirinya dan mengakui kekuasaan Allah. Semakin kita berserah, semakin kita memiliki kebesaran kuasa kerendahan hati untuk berkata kepada Tuhan, “Ya, aku mahu ikut caraMu Tuhan,ikut waktuMu, mengikuti semua yang Engkau ingin aku lakukan”.Dan maafkan diri ini yang tak sempurna..


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):

“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”

1. Maafkan Jika Ada Buat hati yang terluka

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar. Mungkin ayat nie begitu sinonim dengan kita dan rasa ayat ini untuk legakan hati yang kecewa. Acik tahu sepanjang acik bertemu dengan kamu semua ada apa yang acik buat tidak di senangi dan acik minta maaf sangat kerana menghukum hati kerana dek fobia cinta.Sebenarnya acik perlu bagi ruang untuk acik cuba tapi malangnya kerana perasaan itu acik terlepas orang yang acik sayang.


2. Maaf jika Bukan sahabat yang baik

Acik dah jumpe dengan bermacam-macam jenis peragai kawan tapi bukan la acik bagus manapon just mana yang baik kita jadikan pedoman mana yang tak baik kita tegur jadikan panduan.Kepada siapa yang kenal acik ,acik minta maaf sangat jika buatkan kamu tak suka untuk berkawan dengan acik dan maafkan jika setiap perkataan keluar dari mulut yang buatkan hati terasa acik minta maaf sangat.


3. Maaf Jika Bukan Anak yang baik

Dalam kehidupan acik mak adalah segalanya .Dialah kekuatan dan kehidupan acik tanpa dia ermmmm tak tahu jadi apa maaf abah acik bukan anak yang baik walaupun apa yang berlaku acik ikhlaskan tapi acik perlukan kasih sayang seorang abah yang acik dambakan dari kecil lagi ermm 

4. Maaf Duhai hati

Hati nie mungkin faham apa yang acik rasa selami nie maaf sangat hati kerana buatkan kamu sakit dengan apa yang acik lalui selami nie acik tahu kamu terlalu menahan sehingga kamu sakit dan akhirnya pendamkan perasaan tu acik akan cubakan atasinya  terima kasih duhai hati kerana berikan semua perasaan itu.


5. Maaf kalau kamu rasa blog acik tak layak untuk menang

Acik pun tak sangka blog acik menang untuk kategori best lifestyle blog. Memang benar banyak yang perlu acik baiki, berilah ruang dan waktu untuk membaiki. Bacalah blog acik keseluruhannya maka kamu akan faham kenapa acik menang. Ada yang kata blog acik tak layak menang ? rezeki Allah siapa tahu, siapa kita untuk menidakkannya ? Acik serahkan padaMu ya Allah

6. Maaf kerana tak sempat nak blogwalking

Kerana sekarang ini telah masuk sem baru maka terlalu banyak pekara yang perlu di uruskan. Jadi Acik minta maaf kerana tak sempat pergi ke semua blog. Acik lepas menang atau tidak tetap orang yang sama. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa datang ke blog acik dan membaca blog acik ini. 
Sedangkan aku,
bagai menunggu awan menyembah bumi kali ini,
masa semakin suntuk untuk aku mengikat kata-kata
Mungkin bukanlah kuasa kita menentukan hidup ini
aku berserah,
tawakkal akan ketentuan ini
perasaan ini akan ku tanam di lubuk hati yang paling dalam
supaya ia tenggelam didalam bara yang menyala