Ticker

6/recent/ticker-posts

Maafkan Aku Yang Tak Sempurna




Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat jugak terus menaip dengan hati tenang dan menyempurnakan setiap perkata yang lahir dari hati dan terus menaip untuk kamu semua. Acik tahu setiap apa yang kita buat bukan dapat puaskan hati mereka ,mereka dan mereka dan semua orang . Apa yang boleh kita lakukan adalah jadi diri sendiri dan terus berusaha jadi yang terbaik..


Memang benar bukan apa yang kita buat semua betul dan acik juga x mahu jadi Mr Right.Sebab terkadang bila kita rasa diri betul akan ada sebuah perasaan yang di benci oleh ALLAH iaitu bangga diri,itulah yang sedaya upaya akan di jauhkan.Sepanjang apa yang acik lalui mungkin tidak sehebat kamu semua dan mungkin kamu semua lagi lalui kesukaran hidup dan dapat atasinya..

Kita hidup diatas muka bumi nie hanya bagaikan dalam sebuah drama dan kita adalah pelakon utama dan kita juga yang mencorakkan segalanya.Dan menjadi tanda tanya bagaimanakah akhir sebuah cerita ???

Berserah bukanlah salah satu jalan untuk hidup.Berserah diri adalah satu-satunya cara untuk hidup. Seseorang yang hidup berserah ertinya sedang mengakui keterbatasan dirinya dan mengakui kekuasaan Allah. Semakin kita berserah, semakin kita memiliki kebesaran kuasa kerendahan hati untuk berkata kepada Tuhan, “Ya, aku mahu ikut caraMu Tuhan,ikut waktuMu, mengikuti semua yang Engkau ingin aku lakukan”.Dan maafkan diri ini yang tak sempurna..


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):

“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”

1. Maafkan Jika Ada Buat hati yang terluka

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar. Mungkin ayat nie begitu sinonim dengan kita dan rasa ayat ini untuk legakan hati yang kecewa. Acik tahu sepanjang acik bertemu dengan kamu semua ada apa yang acik buat tidak di senangi dan acik minta maaf sangat kerana menghukum hati kerana dek fobia cinta.Sebenarnya acik perlu bagi ruang untuk acik cuba tapi malangnya kerana perasaan itu acik terlepas orang yang acik sayang.


2. Maaf jika Bukan sahabat yang baik

Acik dah jumpe dengan bermacam-macam jenis peragai kawan tapi bukan la acik bagus manapon just mana yang baik kita jadikan pedoman mana yang tak baik kita tegur jadikan panduan.Kepada siapa yang kenal acik ,acik minta maaf sangat jika buatkan kamu tak suka untuk berkawan dengan acik dan maafkan jika setiap perkataan keluar dari mulut yang buatkan hati terasa acik minta maaf sangat.


3. Maaf Jika Bukan Anak yang baik

Dalam kehidupan acik mak adalah segalanya .Dialah kekuatan dan kehidupan acik tanpa dia ermmmm tak tahu jadi apa maaf abah acik bukan anak yang baik walaupun apa yang berlaku acik ikhlaskan tapi acik perlukan kasih sayang seorang abah yang acik dambakan dari kecil lagi ermm 

4. Maaf Duhai hati

Hati nie mungkin faham apa yang acik rasa selami nie maaf sangat hati kerana buatkan kamu sakit dengan apa yang acik lalui selami nie acik tahu kamu terlalu menahan sehingga kamu sakit dan akhirnya pendamkan perasaan tu acik akan cubakan atasinya  terima kasih duhai hati kerana berikan semua perasaan itu.


5. Maaf kalau kamu rasa blog acik tak layak untuk menang

Acik pun tak sangka blog acik menang untuk kategori best lifestyle blog. Memang benar banyak yang perlu acik baiki, berilah ruang dan waktu untuk membaiki. Bacalah blog acik keseluruhannya maka kamu akan faham kenapa acik menang. Ada yang kata blog acik tak layak menang ? rezeki Allah siapa tahu, siapa kita untuk menidakkannya ? Acik serahkan padaMu ya Allah

6. Maaf kerana tak sempat nak blogwalking

Kerana sekarang ini telah masuk sem baru maka terlalu banyak pekara yang perlu di uruskan. Jadi Acik minta maaf kerana tak sempat pergi ke semua blog. Acik lepas menang atau tidak tetap orang yang sama. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa datang ke blog acik dan membaca blog acik ini. 
Sedangkan aku,
bagai menunggu awan menyembah bumi kali ini,
masa semakin suntuk untuk aku mengikat kata-kata
Mungkin bukanlah kuasa kita menentukan hidup ini
aku berserah,
tawakkal akan ketentuan ini
perasaan ini akan ku tanam di lubuk hati yang paling dalam
supaya ia tenggelam didalam bara yang menyala

Catat Ulasan

40 Ulasan

Asha Lya berkata…
kita manusia tak ada yang sempurna di mata..ada kekurangan dan kelebihan memasing kan..
Unknown berkata…
muhasabah diri padi ni acik..:)
sitirohaida berkata…
manusia tidak ada yang sempurna acik..tetapi manusia akan saling melengkapi ketidaksempurnaan itu...thanks acik
Unknown berkata…
Kata orang kuah kari kalau terlebih garam masin rasanya.
Terlebih guna manis pula jadinya.
Terlebih asam jaya maka masam lah ia.
Realiti hidup dik.
Nak puaskan hati manusia memang kita tak boleh.
Ada ada je yang tak kena.
Sedar tak sedar apa yang berlaku itu adalah satu kekurangan dan kelebihan yang kita patut banggakan.
Kerana ALLAH meminjamkan sesuatu nikmat untuk kita.

Peria pahit kerana ada alasannya.
Unknown berkata…
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
Unknown berkata…
Maaf juga jika ada tersalah kata.. terbaekk Acikk..
shazillahsani.com berkata…
tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini, sering kilaf dan melalukan kesalahan..yang penting kita sedar akan kesilapan dan tidak mengulanginya lagi..
Bunda_nora berkata…
assalam,

tiada manusia yang sempurna ....muhasabah diri kita..
AwekTrader berkata…
syabas and all the best bro
Cik Nor berkata…
good entry..
Khir Khalid berkata…
Kemaafan boleh mengukuhkan lagi keikhlasan dlm hati & diri kita.. selagi hayat dikandung badan, jngn diputuskan silaturrahim yg terbina. Walau tak bersua, doa & ingatan ttp bersama.. Manusia sememangnya tiada yg sempurna, tp apa yg penting ialah usaha utk menjadi yg lebih baik kpdNya..in shaa Allah..
All the best buat bro Acik.. tak smpt bw tu biasalah kdg2 bila urusan luaran tu lebih penting kan.. biasalah tu kita dlm berblogging ni kan.. Semoga segala urusan Acik berjln lancar & terus berjaya.. aamiin.. :)
Unknown berkata…
tiada manusia yang sempurna selain nabi muhammad saw. :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

mselim3 pun sama andai ada tersalah kata minta maaf.. kami kekawan nie sentiasa menyokong achik. Achik biasalah achik adat berkawan dan tegur menegur.. kekawan juga adalah manusia juga yang tidak "sunyi melakukan kesalahan" . Begitu juga mselim3 ada buat silap gak.. Itulah kerana kawan dengan sahabat berbeza,
kawan hanya mengiya sesuatu kawan nyer yang buat salah... tetapi SAHABAT menegur kawan nyer yg berbuat silap.
Ini kerana kami2 disini adalah SAHABAT achik yang sentiasa menyokong perjuangan achik dalam berblog.. teruskan SAHABAT.. jangan berputus asa dan kecewa doa mselim3 achik lebih berjaya.

mselim3

pls: bagi mselim3 adalah blogger yg merendah diri..achik memang layak anugerah blogger tu... ACHIK TERBAIK.
Kita saling bermaafan antara satu sama lain.
Unknown berkata…
saling memaafkan.. manusia tiada yg smpurna :)
PeRdU cINta berkata…
Hanya Allah yang sempurna..kita tidak mungkin mampu untuk menjadi yang sempurna namun kita boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik..insyaAllah..
lynmunir berkata…
Maafkan juga jika ada komen dari saya yang tidak sedap dibaca. Maklum, kadangkala jari bukan setakat tidak berakal malah juga tak punya brek bila menaip.
Blog Santai berkata…
Bermaafan itu tak bermakna ada salahkan..kita tak sempurna dan kemaafan itu yang menutupi kekurangan yang ada...good luck for your new sem...
Mizz Aiza berkata…
bersama kita bermaaf-maafan antara satu sama lain.. tiada manusia yang sempurna di dunia ini acik.. rezeki kita semua pun tidak sama, jadi mengapa harus mempertikaikan kemenangan acik.. acik memang layak untuk mendapatnya..
Wafi Remli berkata…
Biar apa pun pandangan manusia dekat kita, biar Allah sentiasa sayang pada kita...
Cik Tieka berkata…
teda manusia yg sempurna kecuali Nabi kita..Muhammad.. perbaiki kelemahan dah pertingkatkan kelebihan..tu yg terbaik buat kita .. semoga Acik suksek selalu :)))
Aku pengembara berkata…
Alahai... sedih plak perkataan maaf nie... xpe Acik. Utamakan yg utama... Keep smile :)
randomlyally berkata…
Memang susah nak puaskan hati semua orang..dlm apa jua perkara pun. Takpelah acik..dalam al-Quran sendiri sebut yg dunia ini hanya 'mainan'..kita layankan je lah, ye.. :)
fragmenbiru berkata…
In Shaa Allah...sama-sama berusaha melakukan yang terbaik..
CheguZam berkata…
Maaf memang baik diucap, ia mengelak sifat sombong, riak dan takbur
Fatin Wawa berkata…
kalau tidak layak, masakan org undi.. ye tak? hehe.. semoga terus sukses acik.. :)
adarain berkata…
ya, saya maafkan. hahaha. biasalah tu lumrah hidup. Nak tak nak kena hadap juga. Ada salah silap merupakan suatu pengajaran buat kita untuk teruskan cabaran kehidupan ni.
Mia Liana berkata…
thanks ya acik... muhasabah diri... alhamdulillah..
Karen Monica berkata…
kita semua tak sempurna, yang penting kita sentiasa muhasabah diri dan terima kelebihan dan kekurangan diri dan insan-insan yang lain
Unknown berkata…
Assalamualaikum... Maafkn nasuha acik jika komen2 dari nasuha sebelum ini kurang disenangi... btw, terima kasih untuk entri ini..
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum, alhamdullilah. taniah atas kemenangan acik. itu dah bahagian rezeki kamu. kami doakan yang terbaik.. hehee ~~~
Unknown berkata…
InsyaAllah..hati baik ramai sayang..mudah orang memaafkan..
Azlan Strider berkata…
tiada manusia yang sempurna dalam hidup nie achik..di kesempatan ini aku pun nak memohon maaf andai ada silap, terkasar bahasa sepanjang kunjungan aku ke sini...

Regards,
-Strider-
Tanpa Nama berkata…
xde sapa yg perfect kan... x smpt bW xpe, faham take yr time yer
Lieya Von Jay berkata…
sama-sama lah kita cuba perbaiki diri walaupon tak mungkin sesempurna yg di harap kan oleh org lain .. at least kita try , kan
ANIM berkata…
kita tak dapat menutup mulut orang, acik. ini asam garam kehidupan. tabahlah. ramai yang menyokong acik, yang sentiasa berada bersama acik.
Maria Firdz berkata…
Mmg tiada mnusia sempurna...
Tetamu Istimewa berkata…
Kita ini bukanlah sesempurna ciptaan-Nya. Namun sedaya upayalah kita menjadi sempurna.
Unknown berkata…
Sama2 pbaiki diri selagi masih ada masa yg Allah swt pinjmkn ni.. =)