kurus
ehsan google


Assalamualaikum


 Alhamdulilah masih lagi bernafas lagi di muka bumi Allah yang sementara ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw.Setiap manusia di muka bumi ini mengimpikan badan yang ideal , si wanita mahukan badan yang kurus dan ramping dan si lelaki mahukan badan yang sasa mahupun ideal untuk dirinya. Seringkali cantik itu selalu di kaitkan dengan yang kurus, realitinya kurus dan cantik adalah 2 hal yang berbeza sekali. 

Wanita yang berbadan besar dikatakan kurang cantik dan gemuk, pada dasarnya semua orang mahu memiliki badan yang ramping dan badan yang ideal.Ada yang sanggup melaburkan duit beribu-ribu ringgit semata-mata hanya ingin kelihatan cantik dan di puji oleh setiap mata yang memandang. Tanpa mereka sedari sebenarnya keinginan yang melampai itu boleh memudaratkan diri kita sendiri. Tak semestinya kurus itu sehat gemuk itu tak sehat. Sebenarnya persepsi itu salah kerana sekarang ini ramai yang berbadan kurus tetapi mempunyai pelbagai penyakit seperti kolestrol dalam badan yang tinggi, darah tinggi ,sakit jantung dan sebagainya. Begitu juga yang bersaiz besar perlu menjaga kesihatan untuk terus kekal badan yang sehat.

Kadang acik sedih melihat manusia ini selalu membuat "judment"  terhadap mereka berbadan besar ini. Sehinggakan mereka yang berbadan besar ini kurang keyakinan, menyendiri sendiri sekali gus menjadi seorang yang pasif serta kurang dalam pergaulan, sama ada sesama jantina ataupun berlawanan jantina. Kurus, gemuk dan cantik biasanya menghantui wanita berbanding lelaki.Begitu juga mereka yang mempunyai rupa paras yang biasa-biasa sering di cerca dan di hina. 

Diet yang melampau, pil kurus mahupun ke pusat-pusat kecantikan menjadi pilihan mereka yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal dan rupa paras yang cantik.Mereka sanggup berbelanja besar membeli pil-pil tersebut tanpa menghiraukan kemudaratan menanti di kemudian hari. Sudah ramai yang menjadi mangsa, terpedaya, namun sehingga kini tiada orang serik menggunakan bahan-bahan terlarang untuk mendapatkan bentuk tubuh badan ramping.
 

 
Jumlahnya tidak pernah berkurangan malah lambakan produk-produk dan pil-pil tersebut menunjukkan bahawa ia mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat.Sebenarnya ramai yang silap, kita seharusnya menjaga pemakanan kita agar mempunyai tubuh badan yang sihat. 

Ramai yang berbadan "chubby" tetapi mereka dalam keadaan sihat  dan ramai yang kurus tetapi mereka tidak sehat. Sebenarnya kita banyak di permainkan dan di momok dengan pengiklanan yang kadang kala mendesak kita untuk jadi sesempurna yang mungkin.

Pada acik,sebenarnya kita perlu utamakan kesihatan dan mempunyai tubuh badan yang sihat. Dietlah dengan seimbang, jangan terlalu tahan makan sehingga boleh bahaya kesihatan kita. Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya dari bentuk badan yang cantik. Pernah acik lihat seorang gadis sanggup 2 bulan tak makan nasi secara mengejut tetapi bukan beratnya semakin menurun tetapi kesihatannya terjejas dan badannya lemah. Di tanya kenapa diet begitu, teman lelaki minta untuk kurus.Jika kita yang berbadan besar ini tidak boleh terus behenti stop berdiet tetapi boleh perlahan-lahan bermula dengan mengambil dalam hidangan yang kecil dan gantikan nasi itu kepada yang lain.

Kita sering mengatakan kita harus menerima dia seadanya, tetapi hakikatnya cakap tak serupa bikin. Kita menilai sesorang itu mengikut kecantikan dan kekacakannya. Terima dia seadanya kerana Allah itu adalah sebaik-baik  kerana siapa pun dia , dialah orang yang selalu ada untuk kita. Tak kita saiznya, S,M,L,XL,XXL dan sebagainya. 

Tapi setiap orang mempunyai pandang mereka tentang kecantikan seorang wanita dan kekacakan seorang lelaki. Tetapi pilihlah yang baik akhlaknya dan jika dapat yang cantik dan handsome itu bonus untuk kamu. 

Hadith: 
Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”