Gadisku,sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu dapat menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang.Tapi awas,duri yang melingkari dirinya dapat membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Gadisku,
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup.Sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah.
Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi 'title' gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.
Gadisku
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.
Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaumku, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang dapat menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku,
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta.Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud "Sesungguhnya cinta itu buta".
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T.
Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T.
Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.
Gadisku,
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai.Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali.Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama.
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa.
Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri..."
Baca Entri Yang Berkaitan
>>>>>Perempuan Yang Banyak Cakap Dan Banyak Gelak Adalah Perempuan Yang Pendiam Bila Ada Masalah.
>>>>Aku Ikhlas Terima Kekurangan Dan Kelebihan Dia Kerana Allah
>>>> Bahana Terlalu Taksub Cerita Cinta Yang Di Paparkan Televisyen
>>>>Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai ?
Baca Entri Yang Berkaitan
>>>>>Perempuan Yang Banyak Cakap Dan Banyak Gelak Adalah Perempuan Yang Pendiam Bila Ada Masalah.
>>>>Aku Ikhlas Terima Kekurangan Dan Kelebihan Dia Kerana Allah
>>>> Bahana Terlalu Taksub Cerita Cinta Yang Di Paparkan Televisyen
>>>>Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai ?
36 ulasan:
Nasihat yang sungguh berguna untuk mereka acik...Nice sharing...
Assalamualaikum acik. Allahurabbi. suka sheila baca entri ni. nasihat yang cukup mendalam maknanya...
Jadilah gadis yang sejuk mata memandang dan menjadi dambaan para mujahidin. Semoga diredhai Allah
Dasat achik so matured
Dasat achik so matured
Berbunga ayat pujangga.
Lantaran hati bermadah sendu.
Gadis umpama bunga
Wangian indah bila di hidu.
Hihi
Jadi lah bunga yang indah.
Walaupun tak cantik tapi mampu melindungi diri.
Kerana bunga yang cantik bukan jadi tontonan
yang tertutup lbh indah dri yang terdedah.. nice that sentecs. tapi acik zaman skrg.. dyorg biasa guna ayt mcm ni " ala rilex la, nnt2 aku berubh la. ok pe aku mcm ni, xd kaco org, xnyusahkan ko."
Moga wanita solehan lebih banyak bercambah bak cendawan lepas hujan..syurga sentiasa dahagakan ahlinya..Mahal wanita kerana nilai akhlaknya jadi peliharalah ia sebaiknya..
nice sharing
Jadilah seorang gadis persis bunga mawar berduri. Thanks u for sharing acik !
Syabas Acik! Madah penuh puitis. Semoga ianya membawa banyak manfaat especially kaum Hawa. ^___^
Yg tertutup dan terlindung itu mmg lbih berharga drpd yg terdedah dan terbuka acik ;)
Adakah ini untuk gadis yg bakal menjadi suri Acik? Ramai wanita yg masuk syurga tapi lebih ramai juga yg menjadi penghuni neraka... pilihan ditangan anda.
gadis-gadis perlu baca entry ni...
mak gadis pun ada idea nak nasihat anak gadis:-))
p/s acik, dah bc entry kak tentang cerita marta belum? tahniah, acik teka dengan tepat. jangan lupa e-mel address acik tau
mencintai manusia menjadikan jiwa sentiasa bergelora . mencintai Allah menjadikan kita lebih tenang ...
Halus lembut tetapi tajam menusuk mesejnya.. peringatan, renungan & nasihat yg baik.. subhanallah...
berhati-hati dengan cara , kelakuan seorang wanita,,,..
boleh share kat fb classmate perempuan ni.
sangat berguna nasihat ini kepada para gadis..
Nasihat yg sgguh berguna.. Jadilh spt mawar berduri... Cntik tpi ada duri tajam utk disentuh...
Bagaimana dengan gadis yang tidak tercipta dari tulang rusuk Adam?
wahhh peringatan yg sgt berguna utk para gadis..menabung cne kfc
salam. tersentuh sy membaca setiap bait kata-kata acik :) thanks share cik :)
btw, libresse for you :)
siapa gadisku yg sgt dituntut kesempurnaannya tu acik..mesti sdg memilih ni..
Peh, ni macam pesanan untuk bakal isteri je. Hehe. Semoga Acik dipermudahkan urusan bertemu jodoh.
indahnya kata-kata ni acik
acik yang buat ye, menyentuh kalbulah!
Perkongsian menarik dan berguna...(^_^)
tidak juga, kepada semua gadis di luar sana ^_^
tidak kak paridah.. acik tak terlalu memilih, ini hanya sekadar nasihat
Banyak makna yang tersirat jika pandai kita baca dari sudut yang berbeza.. aku suka baca entri blog ko ni acik.. dan selama ni aku memang jadi silent reader je.. haha nak komen macam segan.. Tetapi aku nak komen gak..
Perkongsian macam ni memang sepatutnya di viralkan atau dikembangkan.. boleh dibaca segenap lapisan umur.. terutamanya yang Acik highlightkan dalam entri ni.. Harapnya dapat memberikan kesedaran bagi wanita di luar sana..
Saya setuju, beberapa kali juga dulu pernah menasihati.. apa yang menambah dukacita lagi dia maki dan berkata " kubur masing-masing" hmm..
Betul tu sis.. Apa yang lebih hakiki cinta kepada yang Maha Esa.. Tetapi inilah lumrah kita hidup di dunia, perasaan suka terhadap seseorang, mencari teman pasangan hidup.. semua itu sememangnya sudah direncanakan buat kita sejak azali lagi.. Dan siap kita mampu menolaknya.. Kita hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang itu adalah Allah S.W.T.. :)
tak tau nak komen apa... saya hanya tersenyum membaca setiap baris dan ayat....
bak kata orang, barang 'murah' mmg ramai orang suka. tapi barang mahal yg paling dihargai.. :)
menabung sini..
jagalah mahkota mu wahai gadis di luar sana...
Mawar tanpa duri ibarat kucing tak ada gigi. Peliharalah makhota diri kerana ia bukan pusaka untuk diwarisi tetapi perlu dijaga.
Catat Ulasan