Pengikut

Khamis, 3 April 2014

Jangan Gunakan Kelemahan Orang Lain untuk Kepentingan Diri Kita


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah ini, ucapkan syukur kehadrat ilahi atas limpah dan nikmatnya yang tak terhingga. Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Dalam hidup kita, kita di percayai oleh orang sekeliling kita untuk berkongsi cerita mahupun kisah hidup kerana dia mempercayai kita.

Kadang kala mereka rasa kita adalah kawan baik  mereka dan merupakan sahabat yang terdekat dengan dia untuk berkongsi cerita. Dia memberitahu segala rahsia dan kita mengetahui tentang kelemahannya.

Sahabat yang baik akan menjaga aib dan maruah sahabatnya , tidak mendedahkan rahsia yang di beritahu kepada kita. Sebagai pendengar dan orang yang di percayai itu menjadi tugas kita untuk menjaganya selaginya ianya tidak bertentangan dengan agama kita.

Zaman moden ini, susahnya mahu mencari orang boleh di percayai, kita ceritakan kepadanya habis di canang satu kampung.Menggunakan kemudahan yang di beri untuk membuka aib sendiri mahupun orang lain. Contoh yang mudah dapat di lihat di facebook  segalanya ingin di ceritakan malah keburukannya juga di ceritakan tanya rasa malu begitu juga di laman sosial yang lain.

Jangan gunakan kelemahan orang lain untuk peluang baik dengan kita. Jangan hebahkan kelemahan orang lain untuk orang lain tertarik dengan kita. Jangan menjadikan rahsia itu sebagai senjata dan perisai untuk kita mempergunakan orang lain.

Tahukah kita, selama kita hidup Allah menjaga kita, Allah memelihara kita, Allah menjaga aib kita walaupun sebanyak mana kita buat dosa, Allah tak pernah dedahkan. Jangan kita pula mendedahkan aib kita dan mendedahkan aib orang sekeliling kita. Jangan pula kita mencari-cari aib orang lain untuk bahan jenaka kita.

Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah  menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya.

Pada acik paling penting adalah lebih baik untuk menjaga ain sendiri dan saudara sendiri daripada membukanya. Bila mana rakan yang mempunyai kekurangan hal yang lebih utama di lakukan adalah cukup sekadar kita tahu tak perlu membicarakan kepada orang lain .Jika di mata kita tak lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)
Allah jaga aib ktia, kita jaga hati ,jaga aib sekeliling.Ceritakan yang baik-baik dengar yang baik-baik dan sebarkan yang baik-baik.Sesama kita muhasabah diri, hari ini acik menaip ringkas saje dulu kerana dalam kelas ini, di masa akan datang akan lebih banyak lagi di huraikan. 

Baca Entri Yang Berkaitan 

>>>>>>>> Duit Banyak Tapi Masih Rasa Tak Cukup, Orang Lain Gajinya Kecil Tapi Sentiasa Cukup
>>>>>>>> Ramai Yang Sukar Menerima Kritikan Dan Lebih Mengharapkan Pujian
>>>>>>>>Kesan Buruk Penggunaan Gadget Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak 
>>>>>>>> Dirimu Sebenar Adalah Apa Yang kamu Lakukan Saat Tiada Orang Melihatmu
>>>>>>>> Jangan Sangka Kawan Yang Rapat Tak Ada Muslihat



Share This!


46 ulasan:

  1. betul tu acik, jaga aib diri sendiri dan keluarga, jangan sibuk2 nak buka aib diri sendiri dan keluarga...kadang2 orang ni tak sedar... dan memang suka ambik kesempatan atas kelemahan orang lain...

    BalasPadam
  2. Waa rajinnya dia update. Hihi. Betul tu cakap kau acik. Kadang2 kawan ni tak boleh dipercayai jugak. ---''

    BalasPadam
  3. akak setuju memang kita perlu jaga aib orang lain
    nanti ALLAH jaga aib kita
    moga kita dilindungi dari sifat hasad dengki orang lain

    BalasPadam
  4. Setiap manusia pasti ada kelemahan & aib masing2.. tak perlulah kita membuka aib org sbb klu kita diaibkan pun pasti kita akan marah & sedih... Allah murka kpd org yg membuka aib org lain. Sama2lah kita memperbaiki diri utk beroleh keredhaanNya dlm kehidupan ini.. aamiin...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum acik, in shaa Allah. terima kasih untuk peringatan berguna ni acik. baru lepas vote acik untuk review produk slim tu. hehee semoga berjaya ya ~~~

    BalasPadam
  6. Zaman ni pelik sikit, walaupun Allah sudah menutup aib seseorang manusia itu, tetapi manusia itu sendiri yang membuka aibnya dengan Facebook.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju!!!.. kdg diri sendiri yg buka aib sendiri... hmmm

      Padam
    2. bab buka aib degn media sosial ni bro aku memang setuju..sengaja cari pasal sendiri

      Padam
  7. jaga maruah diri sendiri dan jangan sesekali membuka aib orang lain untuk kepentingan kita sendiri...Moga dijauhkan...

    BalasPadam
  8. jaga diri..hiasi peribadi...

    BalasPadam
  9. betul.. jaga aib diri dan aib org lain... insha Allah Allah pelihara juga aib kita...

    BalasPadam
  10. JAGA BUDI PEKERTI

    menabung di sini

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum...achik,

    terima kasih achik.. doakan mselim3 sentiasa memperbaiki diri.. minta dijauhkan sifat2 mazmumah nie...

    mselim3

    BalasPadam
  12. betol tu acik , aib orang harus dijaga semoga aib kita di akhirat kelak juga terjaga

    BalasPadam
  13. salam singgah. bila kita tutup dan jaga aib orang, Allah akan tutup dan jaga aib kita juga

    BalasPadam
  14. moga Allah sentiasa menutup aib kita inshaAllah :)

    BalasPadam
  15. Jaga hak Allah , Allah jaga hak kita.

    BalasPadam
  16. salam. betul tu cik..sy setuju sangat..

    BalasPadam
  17. Aib orang, memang ramai yang nak tau. Hanya iman yang boleh mengekang kita dari membuka aib orang lain

    BalasPadam
  18. jaga aib orang lain dan jaga aib sendiri..kadang2 kita ni sibuk dok marah orang buka aib kita tapi dalam tak sedar kita sendiri canang aib kita pada orang.bila orang tegur dikatanya kita buka aib dia..
    macam2 perangai manusia..

    BalasPadam
  19. Tutup aib orang lain. Takut aib kita dibuka Allah nanti. Jaga tahap keimanan kita.

    BalasPadam
  20. tambah2 zaman teknologi ni.... fb..twitter.... instagram.....wechat... whatapps..... mudah je oghang nak ambik kesempatan... even best friend pun boleh jadi musuh...... pada awok zaman ni memang zaman oghang ambik kesempatan ateh kelemahan oghang lain...

    BalasPadam
  21. nauzubillahminzalik.. harap di jauh kan dengan org seperti itu dan sentiasa ingatkan diri seniri utk tidak menjadi seperti itu

    BalasPadam
  22. betul tuh...ermmmm tak baik mcm tuh ambil kesempatan dalam kesempitan..

    BalasPadam
  23. Kalau kite jumpa kawan yang suka cakap pasal aib orang, tak mustahil baik manapun die dengan kita, mesti ade gak terrrcerita kat org lain.. huhu

    BalasPadam
  24. seandainya kita menjaga aib orang. Kelak Allah akan menjaga aib kita. Betul tak Acik.

    BalasPadam
  25. Kita tak mampu mengawal orang lain dan tidak boleh menahan orang lain dari mempergunakan kelemahan kita. Apa yg kita boleh buat adalah menjaga diri sendiri dan jangan ambil kesempatan...
    Percaya dan yakin akan janji Allah...pasti kita akan dipeliharaNya.

    BalasPadam
  26. komen saya acik.. jagalah diri.. jangan sampai terbabas.. yg buruk jadikan teladan dan pngajaran.. jgn kita ikut

    BalasPadam
  27. selagi mana kita menjaga aib kita, insya allah Allah akan pelihara... kalau ada yg sampaikan pada kita aib si polan, jangan dihebahkan.. doakan yg terbaik....

    BalasPadam
  28. Biasalah dik kita manusia ni.
    Buat sesuatu tanpa fikir baik buruknya.
    Yang kita tahu kepuasan.

    Semoga kita sentiasa manusia terpelihara hatinya.

    BalasPadam
  29. betul tu acik..jangan kita jadi muflis di akhirat kelak, habis pahala kena beri kat mereka yang kita umpat

    BalasPadam
  30. Jangan cepat percaya dengan orang luar...apa lagi yang baru di kenali...
    Jaga maruah dan aib orang , jangan cepat / suka hebah2kan....InsyaAllah, Allah akan melindungi kita dari di aibkan..

    BalasPadam
  31. slm jumaat acik.. terima kasih atas nasihat yang amat berguna ini.. betapa besar dosa membuka aib orang nie.. mohon dijauhkan..

    BalasPadam
  32. siapa nak hadiah?

    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/saya-nak-join-giveaway-fuza.html

    BalasPadam
  33. Betul tu acik..Kalau kita jaga aib orang pasti Allah akan jaga aib kita. Begitulah sebaliknya...

    BalasPadam
  34. Ermm.. aper yang acik tuliskan tu semuanya benar... jangan la kerana kita nak nampak diri kita lebih baik dari orang lain makanya kita ambil kesempatan diatas kelemahan orang lain...

    BalasPadam
  35. bukan kawan je.. x kira la sapa2 pun, aib orang kena jaga :)

    BalasPadam
  36. berlaku jujur pada diri sendiri jika tak mahu pahala tu pergi kat org lain ...

    BalasPadam
  37. kalau kita jaga aib orang insya-Allah Allah akan menajga aib kita..

    BalasPadam
  38. Betapa buruknya orang yang guna kelemahan orang lain untuk kebaikan diri sendiri. Semoga kita dijauhi daripada orang-orang macam ni...

    BalasPadam
  39. Dengan melakukan begini seolah-olah dia langsung tak ada maruah diri. Sekali kita membuka aib orang berkali-kali Allah SWT membuka aibnya pula.

    BalasPadam
  40. Hai. done follow sini. #3866.

    p/s : suka tulisan entry kat sini. besar2 semuanya. senang mata saya membacanya. almaklumlah, kita ni bermata empat. :)

    BalasPadam
  41. Allah akan menutup aib kita, bila kita menutup aib orang lain.. in shaa Allah

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails