Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Gunakan Kelemahan Orang Lain untuk Kepentingan Diri Kita


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah ini, ucapkan syukur kehadrat ilahi atas limpah dan nikmatnya yang tak terhingga. Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Dalam hidup kita, kita di percayai oleh orang sekeliling kita untuk berkongsi cerita mahupun kisah hidup kerana dia mempercayai kita.

Kadang kala mereka rasa kita adalah kawan baik  mereka dan merupakan sahabat yang terdekat dengan dia untuk berkongsi cerita. Dia memberitahu segala rahsia dan kita mengetahui tentang kelemahannya.

Sahabat yang baik akan menjaga aib dan maruah sahabatnya , tidak mendedahkan rahsia yang di beritahu kepada kita. Sebagai pendengar dan orang yang di percayai itu menjadi tugas kita untuk menjaganya selaginya ianya tidak bertentangan dengan agama kita.

Zaman moden ini, susahnya mahu mencari orang boleh di percayai, kita ceritakan kepadanya habis di canang satu kampung.Menggunakan kemudahan yang di beri untuk membuka aib sendiri mahupun orang lain. Contoh yang mudah dapat di lihat di facebook  segalanya ingin di ceritakan malah keburukannya juga di ceritakan tanya rasa malu begitu juga di laman sosial yang lain.

Jangan gunakan kelemahan orang lain untuk peluang baik dengan kita. Jangan hebahkan kelemahan orang lain untuk orang lain tertarik dengan kita. Jangan menjadikan rahsia itu sebagai senjata dan perisai untuk kita mempergunakan orang lain.

Tahukah kita, selama kita hidup Allah menjaga kita, Allah memelihara kita, Allah menjaga aib kita walaupun sebanyak mana kita buat dosa, Allah tak pernah dedahkan. Jangan kita pula mendedahkan aib kita dan mendedahkan aib orang sekeliling kita. Jangan pula kita mencari-cari aib orang lain untuk bahan jenaka kita.

Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah  menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya.

Pada acik paling penting adalah lebih baik untuk menjaga ain sendiri dan saudara sendiri daripada membukanya. Bila mana rakan yang mempunyai kekurangan hal yang lebih utama di lakukan adalah cukup sekadar kita tahu tak perlu membicarakan kepada orang lain .Jika di mata kita tak lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)
Allah jaga aib ktia, kita jaga hati ,jaga aib sekeliling.Ceritakan yang baik-baik dengar yang baik-baik dan sebarkan yang baik-baik.Sesama kita muhasabah diri, hari ini acik menaip ringkas saje dulu kerana dalam kelas ini, di masa akan datang akan lebih banyak lagi di huraikan. 

Baca Entri Yang Berkaitan 

>>>>>>>> Duit Banyak Tapi Masih Rasa Tak Cukup, Orang Lain Gajinya Kecil Tapi Sentiasa Cukup
>>>>>>>> Ramai Yang Sukar Menerima Kritikan Dan Lebih Mengharapkan Pujian
>>>>>>>>Kesan Buruk Penggunaan Gadget Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak 
>>>>>>>> Dirimu Sebenar Adalah Apa Yang kamu Lakukan Saat Tiada Orang Melihatmu
>>>>>>>> Jangan Sangka Kawan Yang Rapat Tak Ada Muslihat



Catat Ulasan

46 Ulasan

betul tu acik, jaga aib diri sendiri dan keluarga, jangan sibuk2 nak buka aib diri sendiri dan keluarga...kadang2 orang ni tak sedar... dan memang suka ambik kesempatan atas kelemahan orang lain...
Fieza Inlurve berkata…
Waa rajinnya dia update. Hihi. Betul tu cakap kau acik. Kadang2 kawan ni tak boleh dipercayai jugak. ---''
Yana Yani berkata…
akak setuju memang kita perlu jaga aib orang lain
nanti ALLAH jaga aib kita
moga kita dilindungi dari sifat hasad dengki orang lain
Khir Khalid berkata…
Setiap manusia pasti ada kelemahan & aib masing2.. tak perlulah kita membuka aib org sbb klu kita diaibkan pun pasti kita akan marah & sedih... Allah murka kpd org yg membuka aib org lain. Sama2lah kita memperbaiki diri utk beroleh keredhaanNya dlm kehidupan ini.. aamiin...
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik, in shaa Allah. terima kasih untuk peringatan berguna ni acik. baru lepas vote acik untuk review produk slim tu. hehee semoga berjaya ya ~~~
Shahrul Yusof berkata…
Zaman ni pelik sikit, walaupun Allah sudah menutup aib seseorang manusia itu, tetapi manusia itu sendiri yang membuka aibnya dengan Facebook.
sitirohaida berkata…
jaga maruah diri sendiri dan jangan sesekali membuka aib orang lain untuk kepentingan kita sendiri...Moga dijauhkan...
Cik Nor berkata…
jaga diri..hiasi peribadi...
Maria Firdz berkata…
setuju!!!.. kdg diri sendiri yg buka aib sendiri... hmmm
Maria Firdz berkata…
betul.. jaga aib diri dan aib org lain... insha Allah Allah pelihara juga aib kita...
Unknown berkata…
JAGA BUDI PEKERTI

menabung di sini
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

terima kasih achik.. doakan mselim3 sentiasa memperbaiki diri.. minta dijauhkan sifat2 mazmumah nie...

mselim3
cikmudahimawary berkata…
betol tu acik , aib orang harus dijaga semoga aib kita di akhirat kelak juga terjaga
Umi Nazrah berkata…
salam singgah. bila kita tutup dan jaga aib orang, Allah akan tutup dan jaga aib kita juga
Unknown berkata…
moga Allah sentiasa menutup aib kita inshaAllah :)
cikpinz berkata…
Jaga hak Allah , Allah jaga hak kita.
Cik Itah berkata…
salam. betul tu cik..sy setuju sangat..
Unknown berkata…
Aib orang, memang ramai yang nak tau. Hanya iman yang boleh mengekang kita dari membuka aib orang lain
Unknown berkata…
jaga aib orang lain dan jaga aib sendiri..kadang2 kita ni sibuk dok marah orang buka aib kita tapi dalam tak sedar kita sendiri canang aib kita pada orang.bila orang tegur dikatanya kita buka aib dia..
macam2 perangai manusia..
Tutup aib orang lain. Takut aib kita dibuka Allah nanti. Jaga tahap keimanan kita.
shahrilhakime berkata…
tambah2 zaman teknologi ni.... fb..twitter.... instagram.....wechat... whatapps..... mudah je oghang nak ambik kesempatan... even best friend pun boleh jadi musuh...... pada awok zaman ni memang zaman oghang ambik kesempatan ateh kelemahan oghang lain...
Lieya Von Jay berkata…
nauzubillahminzalik.. harap di jauh kan dengan org seperti itu dan sentiasa ingatkan diri seniri utk tidak menjadi seperti itu
Unknown berkata…
betul tuh...ermmmm tak baik mcm tuh ambil kesempatan dalam kesempitan..
Nurulhidayah berkata…
Kalau kite jumpa kawan yang suka cakap pasal aib orang, tak mustahil baik manapun die dengan kita, mesti ade gak terrrcerita kat org lain.. huhu
Shazila Salman berkata…
seandainya kita menjaga aib orang. Kelak Allah akan menjaga aib kita. Betul tak Acik.
BinMuhammad berkata…
Kita tak mampu mengawal orang lain dan tidak boleh menahan orang lain dari mempergunakan kelemahan kita. Apa yg kita boleh buat adalah menjaga diri sendiri dan jangan ambil kesempatan...
Percaya dan yakin akan janji Allah...pasti kita akan dipeliharaNya.
sobri yaacob berkata…
bab buka aib degn media sosial ni bro aku memang setuju..sengaja cari pasal sendiri
sobri yaacob berkata…
komen saya acik.. jagalah diri.. jangan sampai terbabas.. yg buruk jadikan teladan dan pngajaran.. jgn kita ikut
Unknown berkata…
selagi mana kita menjaga aib kita, insya allah Allah akan pelihara... kalau ada yg sampaikan pada kita aib si polan, jangan dihebahkan.. doakan yg terbaik....
Unknown berkata…
Biasalah dik kita manusia ni.
Buat sesuatu tanpa fikir baik buruknya.
Yang kita tahu kepuasan.

Semoga kita sentiasa manusia terpelihara hatinya.
ANIM berkata…
betul tu acik..jangan kita jadi muflis di akhirat kelak, habis pahala kena beri kat mereka yang kita umpat
Bunda_nora berkata…
Jangan cepat percaya dengan orang luar...apa lagi yang baru di kenali...
Jaga maruah dan aib orang , jangan cepat / suka hebah2kan....InsyaAllah, Allah akan melindungi kita dari di aibkan..
Fiza Aizzawa berkata…
slm jumaat acik.. terima kasih atas nasihat yang amat berguna ini.. betapa besar dosa membuka aib orang nie.. mohon dijauhkan..
AwekTrader berkata…
siapa nak hadiah?

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/saya-nak-join-giveaway-fuza.html
Engku Muzahadin berkata…
Betol, Muz setuju...
Blog Santai berkata…
Betul tu acik..Kalau kita jaga aib orang pasti Allah akan jaga aib kita. Begitulah sebaliknya...
Unknown berkata…
Ermm.. aper yang acik tuliskan tu semuanya benar... jangan la kerana kita nak nampak diri kita lebih baik dari orang lain makanya kita ambil kesempatan diatas kelemahan orang lain...
Pha Is berkata…
bukan kawan je.. x kira la sapa2 pun, aib orang kena jaga :)
Tanpa Nama berkata…
muhasabah diri ...
Unknown berkata…
berlaku jujur pada diri sendiri jika tak mahu pahala tu pergi kat org lain ...
Mizz Aiza berkata…
kalau kita jaga aib orang insya-Allah Allah akan menajga aib kita..
Wafi Remli berkata…
Betapa buruknya orang yang guna kelemahan orang lain untuk kebaikan diri sendiri. Semoga kita dijauhi daripada orang-orang macam ni...
Tetamu Istimewa berkata…
Dengan melakukan begini seolah-olah dia langsung tak ada maruah diri. Sekali kita membuka aib orang berkali-kali Allah SWT membuka aibnya pula.
Siti Munirah berkata…
Hai. done follow sini. #3866.

p/s : suka tulisan entry kat sini. besar2 semuanya. senang mata saya membacanya. almaklumlah, kita ni bermata empat. :)
Nurulhidayah berkata…
Allah akan menutup aib kita, bila kita menutup aib orang lain.. in shaa Allah