Buffet Ramadhan Casa Ombak


Assalamualaikum


Setiap kali ramadhan tiba pastinya pelbagai restoran mahupun hotel-hotel yang menawarkan pelbagai promosi untuk berbuka puasa. Jika aku bertanya pada rakan-rakan, tempat yang macam mana mereka suka untuk berbuka ? Jawabnya mudah iaitu makan secara buffet ! Kenapa aku bertanya lagi ?

Jawabnya dengan ringkas kerana dapat makan puas-puas.

Kalau bulan puasa ini kebiasaannya kita selalu ingin berkumpul makan bersama.  Yup, bulan puasa juga waktunya kamu buat menjalin silaturahim dengan keluarga dan juga kawan-kawan yang dekat dan jauh yang mungkin sudah sangat jarang kamu temui. Berbuka puasa dengan keluarga dan kawan-kawan merupakan saat yang menyenangkan.Tetapi kena cari tempat yang sesuai untuk kita berbuka dengan tenang dan damai. 

Sejak awal ramadhan lagi ramai rakan blogger bertanya padaku " nanti berbuka kita berbuka di Casa Ombak tau. Ehh kat Casa Ombak ? apa yang istimewanya Casa Ombak jika di bandingkan di tempat-tempat yang lain ?

Pada aku istimewanya Casa Ombak ini kerana ia ia menyediakan Berbagai aneka juadah berbuka puasa yang pasti menyelerakan. Paling aku suka adalah berkonsepkan masakan kampung. Susahnya mendapatkan merasa keenakkan masakan kampung lagi-lagi di bandar seperti di Kuala Lumpur. Tempatnya yang tenang dan damai di kelilingi suasana taman yang santai di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sedikit latar belakang Casa Ombak 

Casa ombak adalah sebuah syarikat yang memberi fokus terhadap bidang perkahwinan ,semuanya tersedia untuk kamu dari segi persediaan tempat, makanan dan persiapan perkahwinan. Hampir 10 tahun syarikat ini telah beroperasi mengendalikan pelbagai majlis dan kini muncul dengan tawaran baru iaitu buffet ramadhan . 






Tak sabar dah nak ke sana  ntuk menikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur oleh Ombak Creatives? Jadi ini ada sedikit maklumat untuk kamu semua. 

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak 
Dewasa : RM 55.00nett


Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )
Pihak Casa Ombak mengambil tempahan individu, group, family dan syarikat. Terlebih dahulu hubungi kami untuk reservation. 
Casa Ombak @OmbakCreative
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417

Call/Whatsapp : 012 662 1062

Facebook page : Ombak Creative page 
Kepada kamu yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak boleh hubungi segera untuk tempahan.



Paling penting  di sana tempat solat juga disediakan. 



Kalau nak kesana boleh rujuk pelan di bawah ini  Casa Ombak. No.22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Buffet Ramadhan Casa Ombak
2,3 kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang ,
2,3 tempat boleh ku cari,
tapi tak sama seperti Casa Ombak yang tenang.

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD