Pengikut

Ahad, 19 Oktober 2014

Jangan Biarkan Orang Yang Kamu Sayang Menangis Kerana Perilakumu

Gambar Hiasan hasil carian di google

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari minggu yang seharusnya aku habiskan masa untuk keluarga, tetapi sayangnya mereka jauh di mata dekat hati. Duduk keseorang di temani damainya tasik tempat reakasi di Bukit Jalil ini untuk muhasabah diri yang banyak kelemahan ini. Ketika sedang kyusuk di bawa lamunan sendiri. Tiba-tiba bahuku di tepuk oleh seorang pak cik yang datangnya tak tahu dari mana.

Pak Cik Din : Termenung jauh nak, apa yang fikirkan tu ?
Acik : Eh tidaklah tak ada apa-apa.
Pak Cik Din : Dari tadi pak cik duk perhati kamu macam ada masalah ?
Acik : Setiap manusia pasti ada masalah tersendiri, tapi alhamdulilah Dia permudahkan urusan saya.
Pak Cik Din: Alhamdulilah kalau macam tu, maaflah ye pak cik menggangu, pak cik duk di apartment depan tu. 
Acik : Ehh tak adalah pak cik tak ganggu pun.. oo apartment yang cantik tu.
Pak Cik Din : Hidup kita memang tak lari dari dugaan dan ujian yang tersendirikan, saya sekarang 60 tahun tetapi ada pekara yang saya sesalkan dalam hidup saya.
Acik : Pekara yang pak cik sesalkan dalam hidup ?

Pak Cik Din: Itulah kejar harta dunia, pak cik dulu seorang yang "workaholic" pada saya dengan kerja keras dan ada duit yang banyak itu mampu bahagiakan semua orang yang ada di sisi kita. Tapi saya silap, kerana terlalu mementingkan hal dunia ini saya kehilangan orang yang sangat berharga dalam hidup saya. Seorang insan yang menjaga saya dari kecil. Saya abaikan dia, dulu saya fikir kalau hantar duit cukuplah buat dia bahagia. Sebenarnya saya silap. 

Acik : Ermm siapa yang pak cik maksudkan ?

Pak cik : Dialah mak saya, dia dah tua, saya anak tunggal dia. Aku terlalu obses untuk jadi kaya seperti orang lain. Saya abaikan tanggungjawab saya sebagai anak. Kamu masih ada mak ?

Acik : Ada pak cik, dialah penguat hidup saya, tanpa semangat dia saya tak ada tempat yang saya berada dan semuanya dengan izinNya.

Pak Cik Din : Alhamdulilah, hargailah, jagalah dia, sayangilah, hormatilah, luangkan masa dengannya, hiburkan hati dia, jika tak nanti kamu kesal seperti saya. Begitu juga ayah kamu, sayangilah sebagaimana kamu sayangi ibu kamu. Adalah lebih sedih apabila pak cik tak dapat jumpa dia sewaktu saat terakhir hidupnya. 

Inilah balasan untuk pak cik , ada anak-anak mereka semua menjauh dengan pak cik, anak-anak tak pernah tanya khabar mahupun telefon. Mungkin ini balasan Allah untuk pakcik, isteri dah tiada , anak kedua pak cik cadangkan untuk letakkan pak cik di rumah orang-orang tua. Hanya Allah yang tahu perasaan pak cik, agaknya macam inilah perasaan mak pak cik dulu.

Acik : Emm sabar ye pak cik,segala yang berlaku ada sebab yang tersendiri pakcik, Marilah sedekahkan al fatihah untuk mak pak cik.

Begitulah sedikit pembualan kami , terungkai tangisan seorang anak. Ianya pengajaran yang berguna untuk diri ini. Masih teriang-iang lagi nasihat yang pak cik itu berikan pada acik. Insha ALLAH akanku ingat nasihat tersebut. Terima kasih ya Allah kerana Dirimu hadirkan orang-orang yang baik untuk memuhasabah diri ini yang banyak kekurangan melalui cerita dan kisah hidup mereka. 

Ya Allah ya tuhanku jagalah aku untuk tidak jauh dari dariMu. Agar aku tidak menzalami orang yang berada di sekeliling aku terutama terhadap ibu bapa aku. Ya Allah jangan biarkan mereka tersakiti dengan perbuatanku, perkataanku dan segala tindak tandukkan.


Share This!


16 ulasan:

Asha Lya berkata...

Harta Wang ringgit bukanla segalanya. Sesal dulu pndptn sesal kemudian tak da brguna..moga crita ni mnjdi pgajaran buat kita smua

kucha lana berkata...

tiba-tiba mata masuk habuk..semoa jadi pengajaran kisah ini

ANIM berkata...

kak anim yang tinggal berjauhan ni....rasa jealous dengan mereka yang tinggal berdekatan dan boleh selalu jengok ibu bapa mereka..hanya suara saja jadi penggantu

Khir Khalid berkata...

Aamiin... sama2lah kita jadikan kisah ini sbg peringatan & tauladan buat diri kita. T kasih atas perkongsian ini Acik.

Invisible Me berkata...

Kisah yang patut diambil pengajaran. Besar pengorbanan mak dgn ayah. Semalam IM ada tengok satu video ada ustaz cerita kisah anak yang tak tenang hidupnya dalam masa 17 tahun sebab pernah buat hati ibunya terguris. Lepas minta maaf seikhlasnya dengan si ibu terus dia rasa tenang. :)
Moga kita sentiasa ingat mak dan ayah sentiasa, insyaAllah.

Anizz Annisa berkata...

aminn.. sedihnyee cerita nie.. :( bila hati mak ayah terguris dengan perbuatan kita, kita takkan tenang.. mesti ade je tak kena selagi kita tak mintak maaf.. :( cerita yg byk pengajaran..

Belog Santai berkata...

Pengajaran yang sangat berguna untuk kita semua Acik..Sayangi dan hormati kedua ibu bapa kita ketika mereka masih hidup..Supaya tak menyesal dikemudian hari..

paridah berkata...

assalam...n3 yg sgt bagus utk renungan bersama....

Lisa Nurulain berkata...

kadang terfikir juga mcam tu .. hurm, sedih tkleh jaga parents sebab keje dan kena dok berjauhan

unsecretostory berkata...

Betul laa. Harta kekayaan tak jamin kebahagiaan selamanya. Hmm :')

Apk Baru berkata...

setuju :D

Maria Firdz berkata...

Nice entry..

Nadia Johari berkata...

takkan lupe pada mak ayah yang banyak jasa mereka..bnyak keluarkan duit untuk kita..

Ismi Ana berkata...

Kesian pak cik tu. Semoga anak dia tanya kabar ayahnya. Rindu agaknye pacik tu dgn anaknye. Hmm..

Noriza MiracleVitamins berkata...

Sedihnya baca coretan ni. Teringat arwah mama saya

azmi mohd berkata...

tersentuh hati membacanya... hargailah ibubapa ketika mereka masih ada.Walaupun sesibuk mana pun kita , luangkan masa bersama mereka....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails