Assalamualaikum

Masih ramai senasib dengan acik, Diploma masih tidak ujrah masih lagi interest 3 %. Masalah tunggakan PTPTN, Ijazah dah mula kena bayar. Pening bila ada tunggakan perlu di selesaikan. 

Yelah kalau tak buat, tunggakan makin banyak dan nilai pinjaman kita makin tinggi.

Tunggakan Diploma dan Ijazah hampir 5000. Jika ingin di tukarkan yang diploma dan selaras pembayaran dengan ijazah perlu tukar ujrah dan bayar tunggakan.

Untuk pengetahuan semua kwsp dan epf itu benda yang sama.

Cara terbaik :

Jika ada duit lebih boleh selesaikan dengan harga rudingan dengan pegawai PTPTN.

Ataupun 

Gunakan duit akaun 2 KWSP 

Akaun 2 bagi KWSP boleh di gunakan untuk pembelajaran, sakit yang teruk dan pembelian rumah ataupun di keluarkan semasa umur 50 tahun nanti.

Apakah syarat-syarat untuk membuat bayaran balik melalui pengeluaran KWSP?
Jawapan :
Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
  1. Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
    • Bagi pengajian Ijazah dan Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001ke atas. Kalau dah hilangkan dokumen perjanjian (macam saya), boleh mintak salinan dari PTPTN. Tapi mula-mula kena download dulu borang 20. Lepas tu pergilah ke PTPTN bersama cash RM90 di tangan. Bila dah bayar duit, urusan akan diselesaikan dalam 14 hari bekerja, kalau tak silap. Takpun 21 hari. Mereka cakap mereka boleh tolong poskan. 
  2. Permohonan pengeluaran oleh Ibu/ Bapa penerima biaya:
    • Bagi Ijazah, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
    • Bagi Diploma, perjanjian pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas.


Soalan 2 :
Bagaimanakah cara/kaedah pengeluaran KWSP bagi tujuan pembayaran?
Jawapan :
Kaedah memohon pengeluaran KWSP adalah seperti berikut:
Langkah 1:
  • Pelajar perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pembiayaan (terdapat dalam Portal Rasmi PTPTN)/ di kaunter Ibu Pejabat PTPTN dan Pejabat PTPTN Negeri diseluruh negara (Surat Pengesahan Baki Pinjaman akan diposkan kepada penerima biaya).Penyata ni mesti dikeluarkan oleh PTPTN dan bukannya yang kita print sendiri. Jadi sila dapatkan borang 14. Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu) Online dari list borang ni

Langkah 2:
  • Penerima biaya perlu membawa Surat Pengesahan Baki Pinjaman tersebut beserta dokumen berikut:
    1. Perjanjian Asal Pembiayaan Pendidikan PTPTN; atau
    2. Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN; dan
    3. Skroll dan transkrip beserta salinan; dan
    4. Kad pengenalan dan salinan.
    5. Semua salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
    6. Lain-lain syarat dan perkara perlulah dirujuk terus kepada KWSP
Bila dah siap ke-empat-empat dokumen, maka bolehlah ke KWSP berdekatan untuk urusan pengeluaran duit. Eh tak. Anda tak dapat duit tu. Duit tu nanti akan terus dimasukkan dalam akaun PTPTN. Urusan tu mengambil masa 21 hari. 

SEMOGA MEMBANTU SEMUA, alhamdulilah urusan acik dah selesai