Ticker

6/recent/ticker-posts

6 Sebab Kamu Perlu Pilih Sambung Belajar Di Politeknik



Assalamualaikum

Pagi-pagi dapat mesej dari seseorang :
assalamualaikum abang Acik, betul ke dulu acik lepasan politeknik ? saya nak masuk politeknik tetapi orang kata poli low standard . Betul ke ?

Kepada pengirim, siapa orang bagitahu tu ? Meh acik jerit kat telingga dia. Dah nama pun itu dengar cakap-cakap orang biasalah. Tetapi bila dah politeknik, ya Allah rindunya pada Politeknik dan rasa nak belajar balik di sana.

Acik dulu belajar di Politeknik Merlimau, Melaka. Tidaklah kita harus nyata universiti ini bagus, politeknik ini bagus, kolej ini bagus. Selagi kita mencari ilmu semua tempat bagus dan mempunyai kelebihan masing-masing.

Tetapi ini sekadar pendapat acik, kenapa kamu perlu jadikan pilihan sambung belajar ke Politeknik.

1. Pembelajaran di politeknik lebih kepada praktikal.

Apa jua kos yang kamu ambil, politeknik menawarkan modul-modul yang menarik untuk para mahasiswa dan mahasiswi. Pembelajarannya seimbang dari teori dan praktikal. Di mana kamu di dedahkan tentang realiti sebenar di alam pekerjaan. Jadi bila keluar nanti tidak terkejut belajar lain, kerja lain.

2. Bidang teknikal lebih banyak peluang kerja.

Panduan Buat Duit Blog

Kita menuju wawasan 2020 dan sedang pesat pembangunan sedang di rancang. Malaysia perlukan pakar-pakar dalam bidang teknikal. Kita perlukan tenaga pakar tempatan untuk melaksanakannya. Jadi di politeknik menawarkan kos-kos yang sangat sesuai.

3. Membuka ruang kepada minat berniaga dan dalam bidang pengurusan.

Di politeknik bukan hanya ada kos teknikal tetapi juga ada kos yang menawarkan dalam bidang keusahawanan. Berniaga juga perlu ada ilmu, jadi politeknik menawarkan kos seperti pengajian perniagaan, pemasaran dan akuan. Mahasiswa/siswi akan di dedahkan dengan dunia sebenar dan kena jual barang betul-betul tau. Ingat lagi masa hari keusahawan kami team lelaki jual minuman air kelapa, nasi lemak dan sebagainya dan team paling cepat habis barang jualan.

4. Di Politeknik senang lulus ?

Tidak juga sebenarnya, kerana ianya bergantung kepada mahasiswa/siswi tersebut. Tetapi penilaian dalam sistem semester itu lebih memudahkan. Sebagai contoh Modul Am dan modul-modul yang tidak melibatkan Peperiksaan Akhir akan dinilai secara 100% Penilaian Berterusan. Modul yang melibatkan Peperiksaan Akhir akan dinilai berdasarkan kepada 60% Penilaian Berterusan (PB) dan 40% Peperiksaan Akhir (PA). Masa zaman acik juga pernah 50 % PB dan 50 % PA. Jadi tinggal usaha kamu di perlukan, bila dapat score di PB melibatkan tugasan, kuiz dan ujian dan kehadiran dan lebihan di peperiksaan akhir.

5. Lepasan Politeknik Menjadi Buruan Majikan Di luar.

Rezeki Allah itu luas dan dia jugalah yang pemberi rezeki. Para majikan sukakan pelajar lepasan politeknik mempunyai kemahiran pihak majikan perlukan . Kerana telah di dedahkan kepada kerja-kerja realiti pekerjaan.


6. Lepasan politeknik sukar untuk sambung belajar ?

Sebenarnya ianya tidak terhad setakat itu. Jika result bagus dan pilih kos yang sesuai.InshaAllah ada rezeki sambung belajar. Acik salah seorang pelajar politeknik yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (uitm) dan ramai lagi sebenarnya.

Jangan lupa politeknik juga telah menawarkan sehingga peringkat ijazah di politeknik premier dalam kos tertentu.
Pilihan di tangan kamu, jadilah pilihan yang bijak. Ok ?



Catat Ulasan

4 Ulasan

Ain Athirah berkata…
Mana2 pun sama ja. Kalau rajin dan berusaha berjaya. Kalau tak sebaliknya lah.
Bisnis Borneo berkata…
makasih sudah berkenan untuk berkongsi info ni saya rencana nak sambung belajar juga Bisnis Borneo
Unknown berkata…
assalamualikum , saya nak tanya , politeknik ini elaun atau ptptn iya ?