Ticker

6/recent/ticker-posts

Aid For Syria : Dengan Bantuan RM 10 Kamu Dapat Selamat Nyawa Seseorang



Rakyat Syria diperangi saat ini.

Rumah mereka hancur.

Tiada makanan yang boleh dimakan hingga ada yang terpaksa merebus kucing berempah kayu-kayan.

Allahurabbi, kita di Malaysia makan kadang terbuang-buang. Mereka menderita di sana.

Justeru, RM10 daripada kita pada waktu ini, amat besar nilainya buat mereka di sana.

Saban tahun, Musim Sejuk merupakan di antara masa yang paling kritikal untuk menempuh kehidupan buat rakyat Syria, penuh dengan kepayahan dan kesukaran yang akan mereka tempuhi bermula Oktober hingga Mac. Ketika itu, kesejukan yang mencengkam, cuaca akan menjadi basah dan lembab serta hanya mengalami 7 jam waktu siang. Suhu akan jatuh mendadak mencecah 0 sehinga negatif darjah celsius.    

Keadaan tempat tinggal yang terlalu daif, bekalan makanan dan perubatan yang tidak mencukupi mengakibatkan mereka berdepan dengan risiko penyakit musim sejuk. Antara penyakit yang mereka akan hadapi ialah, demam berjangkit, selsema, hipotermia (suhu badan menurun), frostbite(radang kedinginan), chilblains (penyakit bengkak khususnya melibatkan jari kaki dan tangan).

Justeru, Aman Palestin mengambil inisiatif untuk memenuhi keperluan rakyat Syria dengan memberikan bantuan secara konsiten dan sistematik. Kempen ini merupakan projek berterusan daripada Aman Palestin dalam menghulurkan bantuan khususnya semasa musim sejuk. Antara bantuan yang akan diberikan ialah:

* Makanan dan Minuman: Semasa atau selepas musim sejuk
* Bantuan Perubatan
* Selimut, Baju Sejuk, Pemanas 
* Telaga Air



Bagi bahan keperluan seperti yang dinyatakan di atas, terdapat dua pakej utama meliputi bantuan tersebut:
Bantuan Musim Sejuk | RM150
Ten4Syria | RM10

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon bantuan dan sokongan daripada orang ramai dalam menjayakan kempen ini agar saudara-saudara kita di Syria mampu bersiap sedia dalam menempuhi musim sejuk, walaupun bantuan yang dihulur tidak seberapa akan tetapi mampu mengubati dan meringankan bebanan mereka yang tidak tertanggung. Sokongan ini merupakan solidariti kita kepada rakyat Syria yang sentiasa menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk kelangsungan hidup serta ketabahn hati mereka biarpun sentiasa berdepan dengan cabaran yang sukar.

Cara untuk menyumbang ? 

1. Masukkan wang ke salah satu akaun berikut:

Aman Palestin Berhad

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

2. Kemudian, hantar gambar resit/ transaksi, nama penuh, alamat, telefon dan no kad pengenalan ke nombor ini: 

+60182903013 (WhatsApp)

3. Maklumat di atas amat diperlukan agar pihak kami mengetahui tujuan sumbangan dan untuk pengeluaran resit rasmi Aman Palestin yang layak mendapat pelepasan cukai.

4. Tuan/ Puan boleh semak dan cetak resit rasmi di  https://www.amanpalestin.net/salam.php?kategori=resit selepas tiga hari bekerja dari tarikh pemakluman sumbangan.

Moga usaha kecil ini menjadi saham akhirat nanti.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Along Misuari berkata…
sama2 kita membantu saudara seisalam kita disana..

Semoga pemberian kita yang tak seberapa ini dapat membantu saudara kita disana.. Amiin

Posting terbaru AM
Rumah Idaman : Pemasangan Wayar Servis TNB


Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Bonde Zaidalifah berkata…
Moga dipermudahkan hari-hari mereka, dan diberikan kesihatan yang baik...