Ticker

6/recent/ticker-posts

Ya rab, lindungilah aku dari mereka yang berniat jahat padaku




Assalamualaikum

Gerun acik tengok, remaja sekarang terlalu terbuka, bebas. Laman sosial adalah teman utama dan jika tak buka satu hari boleh mengigil, taksud. Boleh tengok sekeliling kamu kalau tak ada line internet mengelupur nak online update status.

Usia tak menghalang untuk seseorang itu untuk mencari teman hidup di laman sosial. Tengok di facebook terdapat banyak group pencari jodoh dan ada juga agen mencari jodoh.

Memang betul ianya sebagai alternatif tetapi kena berhati-hati. Masalahnya adalah orang sekarang terlalu mudah percaya dan terlalu mudah jatuh cinta.



Tak pernah berjumpa, hanya beberapa kali mesej terus jatuh cinta dan akhirnya jadi mangsa penipuan dan kejadian tidak di ingini.

Berhati-hatilah. Nasihat acik jika  mencari di laman sosial ini.

Pertama : Periksa laman sosial dia, adalah mengunakan nama atau gambar samaran dan apa yang pernah dia post kan.Jika rasa mencurigakan maka hati-hati.

Kedua : Walaupun baru kenal mudah tuturkan rasa sayang dan ayat manis. Teringin jadikan kamu bakal zauj (pengantin lelaki) dan zaujah (pengantin perempuan). Jangan termasak sarang sang buaya.



Ketiga : Setelah beberapa bulan berkenalan. Meminta kamu berikan gambar-gambar tidak sepatutnya mahupun mahu video call aksi "caring" untuk melihat kesungguhanmu. Tetapi banyak yang berlaku di jadikan senjatw untuk mengugut.

Keempat : Menceritakan kisah sedih, susahnya cari pasangan zaman sekarang dan ceritakan kesusahannya. Akhirnya minta masukkan sejumlah duit ke akaunnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,205 mangsa adalah wanita manakala bakinya ialah lelaki (545 orang).
"Berdasarkan laporan yang diterima polis, sejumlah 1,095 mangsa pada tahun lepas mencatatkan jumlah kerugian RM35.6 juta manakala setakat Ogos 2014, sejumlah 655 individu menjadi mangsa dengan jumlah kerugian lebih RM32 juta," katanya.



Kelima : Ajak bertemu

Bila dia ajak bertemu pastikan kamu tidak datang sorang diri, ajak kawan untuk berteman. Pastikan tempat itu kamu familiar dan jika di ajak untuk makan atau minum di tempat terbuka dan ramai orang.


Aku risau budak-budak sekarang, lagi-lagi budak wechat, jadi mangsa pedophile dan mangsa sexual.

Aku harap kita bukan salah seorang mangsa penipuan di laman sosial.

Ya rab, lindungilah aku dari mereka yang berniat jahat padaku,ibu bapaku , adik beradikku dan kenalanku.

Semoga kamu semua di lindungi Allah.

Catat Ulasan

6 Ulasan

Airah Syahirah berkata…
aha sekarang ni mcm2 benda nak jadi. kena pandai jaga diri sendiri
dd berkata…
Teknologi ni kadang2 bagus.. tapi tengok cara pengunaannya la.. sekarang macam-macam boleh akses.. dan macam2 cara orang guna untuk dapatkan keuntungan/nafsu
Zaman sekarang macam-macam penyamaran
Nieyla Nadia berkata…
zaman teknologi makin maju..kena extra careful..
Unknown berkata…
moga saya dan keluarga dihindari perkara macam ni. macam-macam boleh jadi sekarang ni
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Zaman serba moden..huhu