Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Tempat Menarik yang Wajib Kamu Kunjungi Di Bandar Penawar & Desaru

Assalamualaikum

Siapa pernah ke Bandar Penawar ataupun Desaru ? 

Mungkin ramai tak tahu di situ terdapat banyak tempat-temapt menarik yang boleh kamu kunjungi dan melalukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Banyak tempat menarik yang jarang di ceritakan tetapi mempunyai nilai bagi pencipta alam sekitar. 

Acik rasa bertuah berada di kawasan yang mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk kamu kunjungi dan suka untuk "reveal" kepada kamu semua. 



Pertama : Desaru Fruit Farm

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri memetik buah dan melihat sendiri lebih dekat jenis-jenis pokok dan merasai kelazatan buah terus dari ladang. Kamu kena ke sini merasa pengalaman yang sangat mengujakan.Kamu  juga boleh membeli buah dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini. Jadi bagi ibu bapa yang kerja di bandar-bandar cuti sekolah ambil masa untuk datang ke sini bawa anak-anak untuk mereka pelajari tentang buah-buahan dan merasai pengalaman berada di ladang. 




Kedua : Bujang Firefly Penawar



Sekarang susah nak tengok kunang-kunang atau kelip-kelip atau api-api. Tapi di bujang firefly kamu boleh rasainya pemadangan cantik menyusuri sungai Lebam bertemankan kecantikan di malam hari. Teruja bila dapat lihat kelip-kelip yang cantik menghiasi di pokok-pokok, orang kata macam lampu semulajadi. Fuh memang cantik bagi mereka yang nak merasai sendiri boleh datang sendiri.harga untuk dewasa RM 20 , Kanak-kanak di bawah 12 tahun RM 15 dan kanak-kanak 1-2 tahun RM 10 .



Ketiga : Taman Buaya Teluk Sengat 

Terdapat lebih daripada 1,000 ekor buaya di ladang ini, termasuk buaya tiada gigi yang berusia 130 tahun yang diwariskan oleh datuknya. Zaman kegemilangannya sudah berlalu, buaya tua ini lebih suka menghabiskan masa lapang berjemur di bawah terik matahari berbanding beraksi di depan pengunjung.

Kebanyakan buaya di sini adalah dari spesis buaya air tawar (Crocodylus Porosus). Apabila anda menjelajah lebih jauh ke dalam ladang ini, anda akan dapat melihat bahawa saiz buaya menjadi semakin besar. En Ng juga membenarkan pengunjung untuk pergi ke tepi air untuk "mengacau" buaya yang akan menjadi satu kenangan gambar yang menarik.

Kamu akan mengetahui banyak fakta menarik mengenai buaya, dan membawa pulang cenderamata. Ladang ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk RM 8 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak(harga tertakluk kepada perubahan). Nak beri makan pada buaya pun boleh, jangan terkejut pula jadi kena ke sini. 




Keempat : Ostrich Farm Desaru 

Mungkin dah pusing-pusing tak tahu nak ke mana boleh Ostrich Farm untuk melihat lebih dekat burung unta . Mereka jinak dan boleh beri makan dan kalau kita bergambar mereka pula sibuk menyelit untuk bergambar. Seronok dapat lebih maklumat tentang burung unta dan boleh tengok telurnya juga. Ok gambar di atas mak acik bergambar dengan burung unta.Untuk masuk ke sana RM 12 untuk dewasa dan Rm 8 untuk kanak-kanak. 




Kelima : Wetland Sedili

Pernah tengok belangkas  ?



Di sinilah tempatnya kamu boleh tengok belangkas di ternak dan melihat hasil seni kreatif penduduk tempat untuk menghasil kraftangan siput. Bagi pencinta alam sekitar, di sini kamu boleh melihat keindahan paya bakau yang merasai suasana segar. Terdapat blogaway untuk kamu merasai pengalaman berada di paya bakau. Paling penting dapat rasa fresh makanan laut. 





Dah terlanjur ke sana boleh menginap di bayu balau beach resort sama ada chalet ataupun hotel. Setelah penat berjalan bolehlah berehat bilik yang selesa dan harga yang berpatutan. Kalau nak buat family day pun boleh di sini dan siap ada pakej untuk pelajar. Boleh rujuk entri ini (klik di sini) 



Sambil-sambil tu boleh rasa keenakan belangkas ( tetapi untuk group) 

Sekarang ini Bayu Balau Beach Resort (Hotel) sedang buat promosi RM 150 sehingga akhir tahun.Untuk maklumat lebih lanjut hubungi En izahar : 013-6536841

Catat Ulasan

7 Ulasan

mrhanafi berkata…
Ya
Sangat cantik la tempat nie..
belum sampai lagi kat sini..
in sya allah
raihanah berkata…
belum pernah sampai, tapi cantik tempatnya
Mummy Audya berkata…
belum pernah pegi lagiii huhuu
mamapp berkata…
Mama jarang ke area Sana. Bolehlah jasikan reference NB bila ke Sana nnti. Tq
IBU SARTIKA berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.