Ticker

6/recent/ticker-posts

Kau beruntung, Allah sayang kau. Dia hantarkan kau untuk saling kenal mengenali dan hanya belum bertemu seseorang yang tepat.


Assalamualaikum

Kisah cinta bagaikan adam dan hawa menjadi bisikan anak muda, memperjuangkan cinta yang bertahta di hati. Maka wujudlah drama-drama adaptasi di dalam dunia nyata mahupun rekaan manusia.

Acik , dia pernah janji kita akan bersama, hingga until jannah. Jerit kawanku.

Reaksi terkejut, kau kenapa Yasmin ? .balasku.

kau tahukan aku dengan dia dah 5 tahun bercinta tetapi kami putus kerana salah faham. Aku dapat tahu dia dah kawin acik ! Dia dah janji dengan aku untuk bina keluarga bahagia.Aku tak sanggup kehilangan dia lagi. Setiap hari aku doa dia jadi milik aku ! Apa patut aku buat ? 



aku akan pastikan dia dengan aku, apa jua caranya.

Nauzubillah, Min. Jangan kau ikut ego marah dan ego kau. Lebih baik kau doakan dia bahagia bersama pasangan dia.Balasku.

Tapi dia milik aku ! dengan nada marah dia membalas.

Dia milik Allah ! bukan milik kau, dia milik keluarga dia. Kau sedang menentang takdir Allah ? , balasku.

Dia hanya terdiam..

Tapi aku sayang dia acik, kami putus hanya kerana salah faham.Balasnya.

Tapi sayang itu bukan bermakna kita harus memiliki. Jawabku.

Aku kena perjuangkan cinta aku, aku nak dapatkan dia kembali. Balasnya.

Kau sanggup tengok rumahtangga di bercerai berai, kau sanggup biarkan hati lain yang merana. Kau perempuan, sepatutnya kau lebih faham perasaan perempuan. Takkan kau sampai hati biarkan hati orang lain lebih terluka demi rasa amarah kau. Balasku.

Tapi aku... jawabnya

Jangan kau menentang takdir Allah. Kita manusia hanya merancang setinggi gunung. Kita merancang untuk bahagia, tetapi Allah mentakdirkan sesuatu itu lebih jauh dari pengetahuan dan lebih baik untuk kita.

Kau doalah dia bahagia, doakan hubungan di berkekalan dan doakan moga Allah kurniakan kelembutan hati kau untuk menerima takdir ini.

Kau tahu, kau beruntung, ada kerjaya,ada mak ayah ayah yang sangat supportive, kau ada segalanya. Belajar untuk bersyukur atas nikmatnya. Bila pada Allah kau dah bersedia, pasti Allah temukan dengan seseorang yang lebih selayaknya untuk kau.

Pertama sekali, kau maafkan dia. Sebab dia pernah berjanji dengan kau.

Kedua, doakan dia dan doakan semoga kau di kurniakan jodoh yang selayaknya untuk kau.

Ketiga, doakan semoga kita di matikan dalam islam dan sempat mengucap 2 kalimah syahadah.

Takut sebelum jodoh menjemput, ajal yang berkunjung. 

Kau beruntung, Allah sayang kau. Dia hantarkan kau untuk saling kenal mengenali dan hanya belum bertemu seseorang yang tepat.

Allah sayang kau, dia uji kau.Allah mahu kau kembali kepadanya,mengadu denganNya.

Dia hanya terdiam, doakan kawan aku sorang di permudahkan urusannya. 






Catat Ulasan

6 Ulasan

dd berkata…
Walau genggamannya kuat
Tapi bukan milik kita
Akan terlepas jua

Tak ada yang lebih baik
Tak ada yang lebih cantik
Beroleh keredhaannya

Kau karuniakan rasa
Cinta sesama manusia
Hadapi segala dugaan

Bila jiwa rasa lelah
Ambil nafas dan senyumlah
Kerna langit masih cerah

Ku bersyukur, Alhamdulillah
nini berkata…
Betulll sayang tak semestinya memiliki...adakala sayang itu maksudnya melepaskan...=)
paridah berkata…
Allah pertemukan n pisahkan pasti berhikmah n sebab
Lisa Nurulain berkata…
semua tu dah dituliskan dlam takdir. setiap perkenalan mesti ada hikmahnya
usryabdullah berkata…
Tuhan menciptakan kita berpasang-pasangan. Dia sudah tentukan siapa jodoh kita sejak roh ditiupkan ke dalam tubuh semasa di dalam rahim ibu. Jadi tak perlu kita kecewa bila tiba-tiba si dia yang kita sayang menjauhkan diri dan berkahwin dengan orang lain.

Saya pun pernah hadapi situasi ini. Dan mungkin rakan-rakan pun pernah mengalaminya. Memang perit. Memang penat. Seumpama hilang semangat untuk hidup. hari- hari kita berbicara berdua, keluar berdua. Tak cukup dengan itu, sebelum tidur, sempat lagi telefon walaupun petang tadi dah jumpa. Jadi bila tiba-tiba kita dapati dia pergi meninggalkan kita, mau tak meroyan. 2-3 hari juga tak lalu makan. Hidup tak keruan. tapi alah bisa tegal biasa. Luka akan sembuh bila berlalunya hari. Seminggu... Dua minggu... Sebulan... akhirnya sikit demi sedikit saya berjaya melupainya.

Alhamdulillah, rupanya Allah menguji saya. Dia datangkan seorang insan yang lebih istimewa dalam hidup saya. Dan sehingga kini kami dah 20 tahun melayari bahtera rumah tangga dan dikurniakan 3 cahaya mata. Si kakak dah masuk U pun. Hihi.

Moral of the story, jangan ikut perasaan kecewa. Allah lebih tahu siapa yang sesuai untuk kita dan siapa yang tak sesuai untuk hidup bersama kita.