Ticker

6/recent/ticker-posts

Halalkan hati yang kau curi


Assalamualaikum

Darah muda mengalir dalam darahmu,
Bukan untuk kau binasakan,
Membiarkan diri tanpa haluan,
Tanpa pedoman,
Mengikut kata hati yang berleluasa,
Membiarkan nafsu mengusai,
Hingga kau melakukan noda tanpa segan silu,
Kemana peganganmu ?
Di mana agamamu ?
Carilah andai tersasar terlalu jauh.

Aku berjuang bukan untuk mendapatkan perhatian masyarakat.Tetapi aku berjuang untuk membantu remaja, anak muda yang mengikut kata hati dalam fasa membesar menjadi dewasa.

Mereka mengikut apa sahaja yang dia rasa betul. Mereka mengikut sahaja apa "telunjuk" kawan baiknya yang padanya memahami dia.

Tanpa segan silu memaparkan hubungan seperti suami isteri padahal tiada ikatan yang sah. Bigo, facebook dan wechat menguasai dengan aksi-aksi mereka. Terlalu terbuka, terlalu bergaul tanpa memikirkan batas agama. 

Halalkan hati yang kau curi ! Bukan maksudnya halalkan tanpa ikatan yang sah. Boleh buat apa sahaja yang mereka suka katanya kerana cinta mereka suci. Ada katanya kerana Allah.

Tetapi tingkah laku tidak seperti itu. Andai mahu sesuatu perhubungan yang halal itu mestilah berlandaskan tuntutan agama.

Pertama : Letakan segalanya kerana Allah.

Bila kau letakkan perhubungan itu kerana Allah. Maka Allah akan jaga kau dan dia. Bila kau letakkan Allah no 1 pastinya setiap apa yang kau buat itu mesti kau akan fikir 100 kali. Allah sedang lihat apa aku buat!

Secara tidak langsung pasti kau menjaganya. 

Lelaki yang baik tidak akan membiarkan kau terjerumus kemaksiatan.

Perempuan yang baik akan sentiasa mendekatka  dirimu kepada penciptamu.



Kedua : Menjaga ihtilat (perhubungan) antara lelaki dan perempuan.

Seharusnya kita menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. 

Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.
Riwayat Muslim (1341)

Ada yang menentang dan rasa pekara ini kolot. Tapi ingatlah bahawa 
Maksudnya: Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan.
Riwayat Al-Tirmizi (2165)
Aku tahu usia remaja ini ingin "couple" itu satu kepastian. Tetapi jangan kau biarkan dia boleh buat sesuka hati pada kau.

Ketiga : Menjaga maruahmu

Bila dia boleh pegang kamu sesuka hatimu ! Sedarlah wahai perempuan dia sedang "mempersendakan" kamu.

Jangan biarlah lelaki boleh buat sesuka hati, tak apa biar rupa paras kita tidak cantik di mata manusia tetapi akhlak kita ,kita jaga. Sesungguhnya mereka yang menjaga maruah diri adalah mereka yang memiliki sifat insan yang dikasihi Allah seperti sabda Rasulullah S.A.W, "Sikap yang baik, menjaga diri dan hidup berhemat adalah satu bahagian daripada dua puluh empat bahagian daripada kenabian." (Hadis riwayat Tarmizi)


Tapi kamu perlu tahu bahawa sifat kita manusia cepat jemu dan bosan, ianya menyebabkan bila ada sesuatu yang "segar" itu hadir pasti kita buatkan kita memilih.

Jika ekonomi sudah kukuh, sudah cukup persiapi diri maka segerakanlah untuk perhubungan yang lebih serious. 

Sebab itu ada pertunangan, pertunangan adalah tempoh untuk kamu buat keputusan untuk meneruskan pemilihan untuk kekal bersama atau berhenti setakat di situ sahaja. Di situ juga terletak banyak ujiannnya.

Jangan biarkan lama-lama menanti, jika kita lambat akan ada kumbang atau bunga yang terus memagar. 

Taaruflah ketahui latarbelakangnnya, keluarganya, akhlaknya dan statusnya. 

Jika berkenanan di hati segerakanlah ke tahap seterusnya. Andai ada hajat tetapi kewangan membatasi. Maka berbincanglah sesama keluarga dan sama-sama kamu dan dia kumpul duit untuk kawin.






Catat Ulasan

3 Ulasan

sempat jugak follow drama baru ni
Mar Mansor berkata…
alhamdulillah..peringatan bersama.
Janji Kita
Mohaz Sue berkata…
Bagus entry ni