Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita ditakdirkan Menjaga Jodoh Orang Lain ?

Assalamualaikum

 Mungkin kita hidup aku tidaklah seindah seperti di filem dan sinetron yang ada. Tetapi siapa yang mengikuti aku pasti akan tahu bagaimana perjuangan aku untuk berada di tahap yang sekarang.

Dalam hidup kita ini ada 3 hal terbesar di uji.

Pertama : Duit

Kedua : Jodoh 

Ketiga : Kesihatan 

Waktu fasa awal kehidupan memang duit adalah isu paling sakit untuk dirasakan dan difikirkan. Aku dah pernah lalui, sampai satu tahap nak makan pun tak tak ada duit langsung. Motor rosak, kerja tak dapat-dapat dan aku pernah menganggur kerna selama 8 bulan. Kau tak usaha ? Lebih dari usaha sehingga aku sanggup kerja di pasaraya lama yang katanya kerja marketing tetapi habis kerja lebih masa sebagai security guard, jadi tukang basuh tandas dan sewaktu denganya. Sehinggalah aku dapat kerja yang sekarang, itu semua proses.

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh


Kegagalan terbesar dalam hidup aku ada tentang jodoh.

Terlalu banyak menjaga jodoh orang lain.

Kita di tanya , sebenarnya penat untuk memulakan sesebuah proses perhubungan yang baru. Tetapi harus bagaimana lagi harus setkan semua.

Aku di curangkan, ditipu, diduakan dengan sahabat baik aku sendiri, cinta tiga segi (rupanya dia dah ada suami), dan dipishkan dengan kematian.

Aku dah rasa semuanya, umur kian lanjut, mulut-mulut orang sebenarnya yang menjadi beban fikiran. Ada juga dari saudara yang sering membanding-bandingkan. Mungkin mereka tidak di tempat kita. 

 Sakit, pilu hanya tuhan yang tahu.

Siapa tak nak menikah ?

 semua orang nak, tapi kerna trauma dengan kegagalan dulu dan trauma dengan apa yang pernah ada dalam keluarga sendiri untuk aku benar-benar buat keputusan untuk berkahwin dengan seseorang yang benar-benar boleh terima aku dan keluarga aku.

Apapun aku merayu kepada semua yang membaca ini, tolonglah bantu dan fahami kami. Belum kawin bukan sebab memilih dan tak nak kawin tapi kerna belum sampai jodohnya.Bantulah kami kalau ada itu kenal-kenalkan.

Soal menjaga jodoh orang ini, kadang aku anggap ianya hanya proses berkenal dan akhirnya kita biarkan takdir menuntukan.

Jodoh atau tidak itu urusan ALLAH.

 Cuma Soal jodoh ini, ketentuan Allah s.w.t.Sekuat mana pun kita memikirkannya, kita mungkin tidak akan menemui jawapannya kerana hanya Allah s.w.t sahaja yg mengetahuinya. 

Prinsip utama jodoh itu mudah masing-masing perlu ada kemahuan serta keinginan untuk melakukan yang terbaik dalam hubungan berkenaan masing-masing juga perlu bergerak pada haluan dan jalan yang sama,langkah demi langkah perlulah pada rentak yang sama, beriringan sentiasa...tidak seorang ke depan, tidak seorang ketinggalan masing-nampak nampak tujuan dan matlamat perhubungan.

Jodoh Dan Pertemuan Itu Ketentuannya ,Adakah aku hanya menjaga jodoh orang lain ?

Tentu jawapannya tidak.

Persinggahan itu hadir sebagai hadiah dari Allah untuk kembali kepadaNya.Ianya adalah proses pengenalan sama ada dia mendapat lebih baik dan untuk aku memperbaiki diri aku.

Jangan ada sangsi dengan Allah. Jauhi prasangka buruk tersebut.

Semakin kau mencintai seseorang sebenar lautan, maka di hampar ujian untuk kembali kepada maha pencipta.

Andai dia memang hak kita, walau seisi menghalang pasti bersatu.Andai kita gengam erat-erat sekalipun andai ianya bukan milik kita maka terlerai jua.

Jangan memaksa,
Jangan mendesak,
Jangan ada dendam,
Jangan ikut amarah.

Kerana ianya membinasakan hati kita. Jangan pernah putus untuk berdoa dan memohon padaNya.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)

Hakikatnya kita cepat rasa terkilan, rasa memberontak dan mempersoalkan.

Bilamana kita sudah bersedia padaNya. InshaAllah pasti di satukan pada ikatan yang sah..

InshaAllah..Jangan ragu dengan Allah.

 

 

Catat Ulasan

4 Ulasan

paridah berkata…
setiap kita ada jodoh yg tersurat berdoa n usaha insyaAllah
timduniamasak berkata…
"Sakit, pilu hanya tuhan yang tahu."

want to cry :(
Abam Kie berkata…
Kalau dah jodoh tak ke mana. Sabar ye achik...
Khamsi Abdullah berkata…
Lama tak singgah sini. Semoga semuanya baik2 saja ya Achik