Followers

Sunday, January 8, 2012

Bila Lelaki Benar-Benar Jujur


assalamualaikum

Hai semua apa khabar ?? wow acik kembali lagi dengan senyuman yang manis , Sebenarnya niat di hati nie tak mahu nak buat entry tapi memandangkan ada seorang rakan minta sangat untuk berkongsikan kisah lelaki. So rasa terkilan pula jika tak berkongsi pendapat kepada semua even budak yang request nie pon acik tak pernah kenal . Itu bukan " big issue" so acik teruskan membebel :)

Tentu sekali lelaki yang serious dalam perhubungan adalah lelaki yang ingin menjadikan kamu seseorang yang halal baginya. Tentu dia akan berlaku jujur terhadap kamu. InsyaALLAH 

Okey kepada perempuan di luar sana yang ingin bercinta dan telah bercinta tapi di kecewakan oleh lelaki, sabar yer belum ada jodoh tu. Memang betul pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup kita tapi kalau ada jer pengalaman tapi tak cuba ingat dan aplikasi dalam kehidupan kita ,so akan jadi same jer .berhati-hatilah 

   
Saat Permulaan Perkenalan

Di saat nie la proses perkenalan bermula antara pasangan senang cakap nak kenal hati budi masing-masing.Masa nie la masing-masing akan memperkenalkan diri mereka dan kebiasaannye perempuan yang suka cerita tentang latarbelakang dan sejarah hidup mereka. Tapi bila lelaki pula suka bagi tahu yang basic saja seperti nama,umur dan duk kat mane (itu sajekan adehhh mesti ada agenda tersembunyi).Sebenarnya akan jadi masalah kerana lelaki nie boleh mempermainkan kamu sebab kamu pon tak tahu sangat tentang dia. Lebih baik bila berkenal itu tahu semuanya tentang pasangan.

   
TEST ingatan

Okey untuk test ingatan nie kamu semua boleh uji lelaki sama ada dia nie jenis yang jujur untuk jadikan kamu teman istimewa atau tidak. Wokey saat nie kamu boleh tanyakan tarikh lahir kamu,nama sebenar kamu, tentang family, siapa kawan baik kamu . Kalau dia dapat jawab bermakna dia serius dengan kamu ..kalau tak fikir-fikir la sendiri.

 

Bila Berlaku kecemasan

Bila orang betul sayang dekat kita ,walaupon telefon tengah malam pon sanggup datang (hehehe ada ke orang buat macam tu ). Cubalah test dia bahawa kamu ada masalah transport or sebagainya dan cuba menyusahkan dia sekejap.Kalau betul dia sayang kamu ,dia akan cuba selesaikan masalah kamu.


Bila Tak sehat

Bila dapat khabar bahawa kamu sakit ,dia alah orang yang paling susah hati.. 1 Hari dekat 10 kali call tanye keadaan kamu dan bawak pergi clinik. Berbanding orang yang tak serius dengan kamu akan cakap ooo sakit yer ciannye ,,,jangan lupa makan ubat yer ...tu jer ???


Masa Bergaduh

Setiap perhubungan mesti ada salah faham.. dalam mase nielah nak menguji sejauh mane kejujurannye sama ada dia tahan tak dengan sikap kamu dan mampu tak untuk bersabar.Kalau mane yang boleh di selesaikan akan di selesaikan secara baik-baik.Kalau dia tak jujur lelaki nie akan cari alasan dengan perlbagai jawapan dan jadikan alasan untuk minta putus.
 

Bersabar dengan kamu

Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah dan agak banyak kerenah…contohnya kalau pergi shopping mesti perempuan suka masuk kedai baju,kedai kasut..memilih mesti lama ye dak?..hehehe..kalau si lelaki betol-betol memahami dan jujur dia akan sabar melayan kerenah kamu..kalau dia jujur dan ikhlas,dia akan terima seadanya sikap kamu..kalau kamu dah jumpa lelaki macam ni ,insyaAllah bahagialah…unless, kamu terlalu melebih-lebih kerenahnya.. paham-paham lah kan?

 

kadang kala kita mahukan semua berjalan dengan lancar dan mahukan lelaki jujur . Tapi sebelum tu pastikan kamu juga adalah seorang yang jujur dan setia ..dan acik suka ayat di bawah nie dan fahamilah makne yang tersirat dan tersurat.

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...

Share This!


22 comments:

  1. perbaiki diri jika mahu terbaik utk dri sndri :)

    ReplyDelete
  2. skang nie susuah sgt nak cari lelaki yg jujur...

    ReplyDelete
  3. Betul...lelaki yg jujur d suka berterus-terang. Betul lelaki yg jujur akan terus dtg lawat kita bila kt sakit. Betul lelaki yg jujur dia akan cuba selesaikan masalah. Saya dh penah alami semua situasi nie. Tapi mak ayah saya xsetuju..

    ReplyDelete
  4. ehem tmpang tanye.kalau dy da buat sume y kt atas 2 tapi dy curang cm mane

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm ada 2 persepi pertama dia bukan lelaki yang jujur dan tak bersyukur

      dan persepsi yg mungkin ada kesilapan yg kita buat tak sedar buatkan dia tak selesa..

      tapi apapon jika dia lelaki yang cinta kamu kerana agamamu dan ikhlas dengan kamu maka dia tidak adkan curang.. apapon percaya pada jodoh ALLAH..

      Delete
  5. dah jumpa lelaki macam ni
    semua ciri2 tu ada pada die
    sanggup ssh semata2 untuk sy
    tapi die lbh muda dr sy
    mcm mane ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta tak kenal umur.. kalau setakat beza 2 tahun tak jadi ,masalah ... kalau jauh sgt tu fikir-fikirlah yer ... dan pastikan dia bekerja dan berpendapatan

      Delete
  6. aser nk menangis baca blog nie...
    sy xpnah dpt yg mcm 2..
    tp sy percya ALLAH 2 adil n penyanyang..
    sabar menunggu..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAh ada lelaki yang jujur untuk kamu

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Takde lah perfect mana suami saya. MAnusia biasa je banyak kurangnya tapi saya terima. Time saya sakit, dia memang tak boleh datang sebab kami berjauhan.
    Tapi, sayangnya dia pada isteri dan anak-anak, sanggup dia korbankan semua gaji dia, tinggal kat diri dia RM40 je sebulan. Yang lain, dia bagi saya suruh pakai.

    Takpelah, kalau dia tak teman sy shopping pun. Dia bekerja keras nak bagi kami senang.
    Entry ni buat saya tersedar.. Lelaki itu menyayangi saya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. suka entry ni acik..terbaikkk...

    ReplyDelete
  10. Betul acik .
    Entahlah , kadang kadang lelaki ini tak boleh diduga , macam ego mereka nie tinggi , tapi wallahualam . Suka baca entry acik (:

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Meh Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails