Pengikut

Khamis, 11 April 2013

5 Langkah Yang Paling Cepat Dan Mudah Untuk Mendapat Idea Untuk Menghasilkan Entry Di Blog



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat melihat keindahan alam ciptaan ALLAH yang maha esa dan dapat lagi berbakti kepadanya. Sebenarnya bertalu talu acik dapatkan  dari email mahupon di facebook yang bertanyakan bagaimana acik boleh dapat idea untuk menaip setiap hari ?

Baiklah meh acik kongsikan sedikit tips untuk kamu semua, acik harap berguna untuk kamu ambil sedikit ilmu ini.  Kalau rasa sesuai dengan citarasa kamu ambil lah ,jika tidak pejam saje mata.

Pertama Sekali, bila dapat idea terus taip dan simpan dalam draft.

Idea itu datang tiba tiba , kadang kala secara mengejut. Bila idea itu datang mencurah nak bincangkan isu apa ,acik akan taip dulu di blog. Segala idea itu akan di curahkan dan akan di "polish" bila akan lakukan sesi post entry tersebut. Kadang bila di kelas idea datang, acik tulis di buku note untuk tentang idea tu kadang kala tulis di handphone. Yelah handphone sekarang dah canggih ada internet semuakan so manfaatkan. Dan kadang lupa apa yang hendak di "share" so bila lihat di draft ada entry tak post lagi. Maka baca dan hayati dan perbaiki ayat tersebut dan post .


Kedua : Baca blog orang lain dulu

Bila betul betul tak ada idea ,acik akan jalan jalan ke blog rakan rakan blogger. Kadang ilham datang bila kita bace entry orang lain.Bukan nak ciplak entry orang tersebut tapi idea tu penting.Maksud di sini , kita baca entry orang lain, kita faham dan rasa apa yang hendak di sampaikan . Maka dengan "feel" tersebut kita mampu buat entry yang bagus menggunakan "feel" tersebut. Dan secara tak langsung penulisan kita juga akan kita jaga dan jadi lebih baik.

Ketiga : Berdasarkan pemerhatian dari orang sekeliling

Memerhatikan ornag sekeliling itu kebiasaan, tapi bukanlah kita mencari silap orang lain untuk kita jadikan bahan cerita. Tapi mana rasa kita patut di kongsikan kongsikanlah tapi janganlah sampai mention nama dia apa yang dibuat dan teperinci tentang orang tersebut sampai bila orang tu membaca dia tahu itu dia. Kalis kalis la sikit yer. 

Keempat : Berdasarkan soal jawab 

Setiap hari acik di ajukan dengan pelbagai soalan dari rakan rakan sama ada di laman sosial ataupon rakan nyata. Acik nie pon hanyalah manusia biasa yang sudi menjadi pendengar yang baik kepada setiap kisah kamu semua. InsyaALLAH. Setiap kali perbualan kami acik akan record untuk acik dengar balik untuk acik taip, takut ada pekara yang terlepas pandang. Dan paling penting sekali acik meminta kebenaran dari mereka ataupon mereka yang memintanya sendiri. Selain itu, mereka selalu minta pandagan acik tentang sesuatu isu. So dari situ acik utarakan pendapat acik.

Kelima : Cerita tentang diri sendri 

Bila betul betul tak idea, keempat empat langkah di atas acik dah buat tapi idea masih tak datang . Maka caranya acik akan "share" tentang kehidupan acik, tentang kisah cinta diri ini dan semuanya tentang diri ini.Cewah bukan nak cari publisiti murahan tapi hanyalah ingin berkongsi tahu tentang diri ini kepada pembaca blog aku penghibur.

Ok dapat tak sedikit maklumat  tak cara untuk dapatkan idea ?? aah mudahkan tak susahkan . Bila kita ikhlas dari setiap penulisan kita, pastinnya akan ada orang nak baca entri kita walaupon seringkas macam mane pon. Keikhalsan itu penting ,bukan popurity yang di cari tapi keredhaan ALLAH serta sebarkan ilmu ALLAH itu adalah hal yang paling terpenting. 

Ramai kata acik nie sombong, tak kenal maka tak mahu, dah kenal jangan nak bercinta pulak..ehhh terlebih pulak hahaha. ooklah boleh buat andaian tapi janganlah sampai persepi yang buruk pada rakan sesama blogger. Kita hidup umpama air ,biarkan mengikut arusnya bukan menongkah arus . Kita blogger bukan penghukum tapi pemcentus idea.

Share This!


44 ulasan:

  1. kunjungan perdana gan..
    salam kenal dan sukses terus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah ... terima kasih mampir ke sini

      Padam
  2. wahh bagus langkah ni .. slalunya sya buat yg langkah pertama tu. thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke..alhamdulilah :) teruskan berblog

      Padam
  3. wah bagus...kalau alyn , dari pemerhatian dan pembacaan, tapi kebanyakannya tentang personel life..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. is okey .. hopefully teruskan berblog

      Padam
  4. waahh terus ada idea nak tulis entry.hehehe..thnks acik for the info :)

    BalasPadam
  5. yg 5 la paling bnyak idea dapat, hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh yeke.. blog paly best.. more to ur personal... so can know about urself

      Padam
  6. langkah2 yg menarik. Sbb slalu takda idea nak update apa, nanti boleh lah guna cara ni. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah .. mane tahu lepas nie dapat idea mencurah2

      Padam
  7. AJ tak rasa pun Acik sombong.....
    Mungkin belum kenal kot... =D
    Thanks Acik, kadang takde idea jugak nak menulis..... =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. AJ thanks .. aah kan ..acik pon mcm tu jgk :) kadang tak idea

      Padam
  8. Salam Acik,
    Tip yang berguna agar tidak kekeringan idea, Tqvm.
    Blog yang terikat dgn pengkhususan atau tema paling sukar untuk mengekalkan entri kerana ada masanya seakan kehabisan sumber dan idea hingga terpaksa lari seketika dari tema.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm .. hehehe takpe BM..whatever pon BM.. acik support

      Padam
  9. Thanks acik atas tips ni. InsyaAllah leh jadik guide utk wan sendiri time kebuntuan idea. :)

    BalasPadam
  10. betul tu acik...pemerhatian kita pada sekeliling boleh mencetus idea buat entri yang baik..tq acik,berkongsi tips di sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah semoga ada sedikit ilham :)

      Padam
  11. assalamualaikum ... saya memang amalkan / buat semua yang ada kat atas tuh ...

    BalasPadam
  12. betul kan..zaza pun kadang2 tulis kat buku atau simpan kat draf..senang..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan acik pon mcm tu jgk.. kadang tak idea tgk balik kat draft

      Padam
  13. hihi...cik akak dapat idea bila hati cik akak tenang..walaupun entri cik akak lebih banyak kuah dari isinya..hahaha...makseh share ilmu yang berguna nie...:)..acik sombong ke..hihi...setahu cik akak mula-mula memang cik akak ade rasa kekaok sikit..tapi bila tengok acik nie orang santai cik akak lebih selesa lah pula..hihihi...tak beleh menilai orang dari sudut pandangan mata sahaja...nilailah dengan pandangan mata hati..InsyaAllah..bila kita baik dengan seseorang, orang pasti balas kebaikkan dengan berlipat ganda...betol kan acik

    BalasPadam
    Balasan
    1. AMIN kak cik mudah mudahan :) semoga kita sama2 mendapat keredhaan ALLAH

      Padam
  14. bagus tips ni.. selalu buat no.5 tu kalau betul2 takde idea..

    BalasPadam
  15. Baguslah tips ni..memang ada juga buat. Baca blog orang lain dulu. Betul-betul..tak kenal maka tak kenal..dah kenal belum tentu tak kenal.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum acik :D setuju sgt entry acik ni, n sangat2 membantu ^____^ Really nice tips for bloggers out there...hee

    BalasPadam
  17. tu dah sampai satu juta dear...tahniah...siapakah yang bertuah..hahaha

    BalasPadam
  18. tq bro langkah yg patut diikuti dlm mencari idea

    BalasPadam
  19. betul tu acik. byk point yg kita dpt dr entri acik ni. terima kasih acik

    BalasPadam
  20. terbaik bro...boleh la diguna pakai time takde idea nanti....

    PS: sombong tu subjektif...ada org kata org yg diam itu sombong...dan ada jugak org kata org yg terlalu byk cakap pon sombong...haha...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails