Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Allah Ingin Seseorang Itu Menjadi Baik, Nescaya Allah Menampakkan Baginya Akan Kekurangan Dirinya Sendiri.



Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat menaip lagi untuk hilangkan rindu pada blog acik ini, minggu ini penuh dengan pelbagai pekara yang perlu di selesaikan. Sesungguh bila terfikir rasa susah nak hadapi semua ini tapi hati kuat menyakinkan bahawa aku mampu hadapi dengan pertolonganNya. Sebenarnya hari ini acik dengar terlalu banyak keluhan dari mereka yang kadang kala rasa tak puas hati pada diri sendiri mahupon orang lain.

Yup kita manusia biasa yang banyak kelemahan. Seperti diri ini juga, acik akui banyak kelemahan yang perlu di perbaiki. Untuk menerima perubahan dalam hidup itu tentu sekali amat sukar. Contoh dalam diri acik sendiri, dulu acik aktif dalam sukan olahraga dan pernah wakil malaysia d Acik pernah berada di atas dan suatu ketika Allah tarik nikmat di berinya dan jadikan acik tak seperti dulu. Acik tak dapat berlari sepantas dulu. Segala jasa yang kita lakukan itu umpama luput bila kita tidak lagi sehebat dulu. Satu persatu orang mula tinggalkan kita kerana kita dah tak ada apa apa. Tapi adakah kita harus mengalah ?

Tentukan tidak , hehe dulu lepas abis SPM berat badan 48kg dan bila behenti suka berat badan dah menaik mendadak. Sehinggalah sekarang, segalanya berubah dalam sekelip mata. Dulu acik bercita cita nak jadi ahli physiotherapy. Tapi semua itu hanyalah angan angan dan acik teruskan perjuangan hidup ini untuk ambil bidang yang lain , pupuk dan pujuk hati ini untuk berubah.

Acik penah di kutuk dan di hina kerana rupa paras, kerana gemuk dan kerana bukan siapa siapa.  Memang rasanya down yang teramat tapi acik tetap bersyukur dengan apa yang acik ada saat ini kerana inilah yang buatkan acik kenal siapa Maha Pencipta dan Siapa kawan dan lawan. Sehingga  perubahan yang acik lakukan dalam hidup untuk baiki kesilapan dahulu dan jadikan acik lebih semangat .Alhamdulilah berjaya dengang pertolongannya, acik mampu jadi Pengacara majlis. Dan blog ini saksi  untuk acik hidup ini.

Niat acik bagitahu serba sedikit perjalanan hidup ini untuk khbarkan kepada kamu semua. Setiap apa yang Allah hantarkan ujian kepada kita untuk kita lebih kenal siapa kita. Dan Dia mahu melihat apa dan bagaimana kita lakukan untuk membaiki diri. Jangan asyik salahkan orang lain dan salahkan Allah sedangkan diri sendiri yang sebenarnya tak betul. 

Keluh resah yang kita keluar itu seumpamanya kita merungut dengan apa yang Allah turunkan pada kita . Sedangkan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kitalah jangan mudah menghukum orang lain kerana rupa parasnya kerana tubuh badan dan sebagainya. 

Tak pelik jika satu hari nanti kita rasa apa yang mereka rasa saat kita kenakan mereka. Allah itu maha adil dan maha bijaksana. Bila Allah ingin seseorang itu menjadi baik, nescaya Allah menampakkan baginya akan kekurangan dirinya sendiri.

Bacelah doa untuk mudahkan segala urusan

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
 
(Al-Baqarah : 286)

Catat Ulasan

10 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
rupa paras bukan ukuran sikap manusia acik..apa guna berparas kacak dan ayu jika sikap buruk dan negatif. bersyukurlah apa yang ada.
Unknown berkata…
Tatkala kita inginkan sesuatu....tapi Allah sentiasa uji kita...sentiasa duga kita...hinggakan kita lupa...mengapa Allah uji dan duga kita....Tanya iman....sejauh mana kita sayangkan DIA...Sejauh mana kita melangkah dengan agama DIA....hanya DIA yang maha mengetahui...tiada yang baik kalau bukan dari kekurangan kita...kerana kekurangan membuat kita sentiasa beringat kepada NYA...Tapi sungguh jangan jadikan kekurangan untuk kita mudah mengalah...sambut kekurangan itu dengan lafaz syukur....:)

Buat apa cantik & hensen kalau hati penuh dengan sombong....lupa dengan Allah,....
Unknown berkata…
Allah dah beri segalanya... akal dan fikiran..... cuma hati kita saja yg memilih mana yg baik mana yg buruk.... lawanlah nafsu...disitu letaknya keimanan kita.....
bersyukur dlm apa juga keadaan....
yg penting bukan rupa jadi ukuran...tapi hati yg bersih jadi sandaran.....
Unknown berkata…
wah hebat bro pernah wakil malaysia....walaupun sekarang kau dah tak aktif, aku tetap respek sebab bukan senang nak wakil malaysia ni...apa2 pun semoga berjaya dalam mana2 bidang yg diceburi....apa bidang pon tak penting asalkan ianya tak salah di sisi agama...yg penting dapat capai apa target yg kita nak....
Mazni Azmi berkata…
HOW YOU DO ANYTHING IS HOW YOU DO EVERYTHING

Apa yang membezakan orang berjaya dan gagal ialah orang berjaya buat semua benda sepenuh hati. Tak kira kecil atau besar. Rasulullah SAW ada diriwayatkan Siapa tak bersyukur dengan sikit takkan bersyukur dengan banyak

Pemikir barat Napolean hill pula seingat saya ada berkata sedemikian.
Unknown berkata…
amin...

mulut orang kita tak boleh tutup bro.. sentiasa akan berbunyi untuk menghina segala kelemahan dan kekurangan kita.. jadi, abaikan sahaja bunyi-bunyi tersebut.. dan terus melangkah ke hadapan :)
Nory Zoulkefle berkata…
sabar lah Acik...mulut orang kite takleh nak tutup..kadang2 kita buat baik pon orang mengata, inikan pulak kalau buat silap sikit, mau kecoh sekampung...huhuhu
Tanpa Nama berkata…
kak Vee tak kisah apa orang nak cakap . Perjalanan hidup kita tuh Allah yg tentukan . susah dan senang kita yg rasa ... bila org tanya , jwp mdh jer , " itu kehendak Allah , saya hanya melaluinya saja . " bila kita terjah jer , x de yg susah pun . cuma perlu redha , tabah , berusaha dan tawakal . ramai lagi org yg hidup susah , derita , sakit , sengsara kat luar sana . alhamdulillah , kita masih boleh hidup gembira dgn dan bahagia tanpa susahkan org lain ...
Unknown berkata…
Semua tu untuk mematangkan kita.. utk kita berusaha jadi yang terbaik.. sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yg terbaik.. pasti ada hikmah atas sesuatu.. terharu dengan kisah hidup Acikk.. do the best friend!! chayok chayok!
Ayue Rejaluddin berkata…
Kuatkan hati Acik...
Moga dipermudahkan segalanya...