Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Memujuk Apabila Perempuan Merajuk

merajuk

Asalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucapkan syukur kehadratnya.  Hari ini acik menaip berkenaan"Bila Perempuan Merajuk" tulis tentang nie kerana penat dah nak menjawab soalan kawan-kawan.Kepada  yang lelaki tu sila ambil perhatian dan yang wanita itu boleh boleh ambil sebagai tauladan.

Pertama : Mintak Maaf Kepadanya

Kepada Lelaki semua perempuan nie berjiwa lembut, mintalah maaf mengunakan nada yang perlahan dan zahirkan apa salah kamu ,terus terang dan cewah hehe mintak la maaf cakap apa salah kamu,terus terang. Cakap hal sebenarnya,perempuan suka lelaki yang jujur..

Kedua :Belikan Hadiah

Kalau mintak maaf juga tak jadi juga, apa kata belikan si dia hadiah yang  dia suka seperti coklat, bunga, teady bear dan sebagainya.Sebenarnya ketika ini dia mungkin menguji untuk melihat kamu peka tak apa yang si dia tu suka.

Ketiga :Buatlah Kejutan

Kejutan tu mean berilah sesuatu yang akan di ingat sampai bila-bila,contoh bawa tepi pantai pasang lilin banyak-banyak bentuk love (untuk mereka yang sudah berkahwin dah berkahwin)

Keempat :Buat Lawak 

Perempuan suka lelaki yang pandai berjenaka ,aah mase nie la tujukkan bakat yang terpendam buat lawak dengan dia cuba hiburkan hati si dia. Kurangkan ego biarlah orang tengok pelik  asalkan dapat hiburkan hati dia

Kelima :Gunakan Lagu ..

Ahh zaman sekarang semuakan mesti ada kaitan dengan lagu-lagu .Masa bertemu lagu lain,mase bercinta lagu itu la inilah .Masa putus lagu lain. Cuba memujuknyan dengan memainkan lagu yang dia suka.Kalau suara sedap bolehlah nyanyikan untuk si dia.

Keenam: Berdoa kepada Allah

Jangan lupa berdoa kepada Allah agar di lembutkan hatinya dan mestilah seiring dengan usaha.

Ketujuh : Buat  Tak tahu 

Cara nie adalah paling banyak lelaki gunakan buat tak tahu bila perempuan merajuk.Tak ada jiwa betul dengan alasan nanti elok la dia.Sebenarnya elok juga memberikan masa kepadanya untuk tenangkan fikiran ,bila dia dah berasa lebih baik ,boleh datang minta maaf.


Kelapan: Merajuk Balik 

Kalau semua cara tak menjadi cara yang paling berkesan.aah buat muka kesian lepas tu buat-buat la merajuk balik. Pandai-pandailah nak idup labu .

pada acik perempuan nie berjiwa lembut & halus,,senang bertolak ansur jika kena dengan caranya.Biasanya merajuk tak lama, perempuan mana yang tak merajuk??? kadang-kadang tu mereka saja merajuk supaya anda berikan perhatian pada mereka.Sudah dapat sedikit infomasi, gunakan cara yang sesuai dengan kamu.

Catat Ulasan

61 Ulasan

amboiiii, terbaik adik akak yang sorang ni...ihikss...memang pandai memujuklah ek...tapi kalau jenis cam akak ni payah nak pujuk... ko pujuklah macam mana gaya sekali pun, selagi tak dapat apa yang akak nak, selagi tulah tak ada maknanya nak ok.... hua hua hua, kejam tak??? over tak???
Unknown berkata…
Rasa nak gelak pun ada lah dik.
Hahaha serius mana de lelaki yang suka nak pujuk kekasih nie.
Sebab bagi mereka ppuan akan mengalah pula nanti.
Kecuali si lelaki itu memang sayangkan si ppuan tu sangat2..hihi
paridah berkata…
YA Betul..setuju dgn pendapat Nao Mei...lelaki hanya akan memujuk r berbuat apa saja kpd pasangannya jikalau dia benar2 cinta kpd kekasihnya tu...kalau x jgn cari pasal...dibuatnya dikata nak merajuk sgt...pergilah...penat jer nak pujuk2...lantak kaulah...kan menangis sendiri.
Unknown berkata…
hmm.. bergantung kesalahan.. kalau kesalahan kecik je mmg menjadi apa yg Acik senaraikan.. tp kalau kesalahan besar... rasanya tips no.6 je jalan.. hehehehe
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. tak acilah merajuk balik. hehe siapa nak mengalah pastu? hiewhiew... tapi serius, tips ni sedikit sebanyak membantu.. hahahhaaa singgah dan menabung~~~
Cik Itah berkata…
salam acik..ketujuh dan kelapan tuu..aduhaiii~~btw nice tips cik ^_^
Unknown berkata…
waaaa..
tips terbaek ni acik..
nom 1 hingga 3 tu biasa buat dulu2..
hehehe.
Cik Nor berkata…
wah..terbaekklah acik..:)
Khir Khalid berkata…
Wahh.. terbaiklah tips ni Acik... boleh juga utk memujuk isteri bila merajuk kan hehee.. Nice sharing.. :D
Syira Lokman berkata…
hahaa....perempuan ni mcm2..kne memahami n jangan gedik lebih :P
Maria Firdz berkata…
hehe... mmg terbaik pujukkan tu... klu sy, suami pujuk ajak g jenjalan shopping atau buat keje rumah hilang trus merajuknya... hehe
shahrilhakime berkata…
ahakkkk..... tips yang bagoih..... tapi lain oghang lain caghe tackle nye..... macam pompuan... ada kata deme macam kerak nasi.. kena air ...lembik le jadinye.... dulu mungkin..... pompuan sekaghanggggg.... Masyalllah... tak terhandle kita acik oiiiiii
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

senyum mselim3 baca entry nie... yg nyata 'senjata' di atas nie memang ampuh utk cairkan hati wanita.

mselim3

Tanpa Nama berkata…
kalau akak,belikan novel dah tersenyum dah..hehehe..
Nurul berkata…
Perempuan ni biasanya merajuk tak lama... tapi mestilah kena gaya pujuknya... lain orang lain hatinya... kena betul2 faham... ^__^
Areyna berkata…
hehehhe... suka lelaki yang pandai pujuk... tapi yang perempuan pula, jgn smpai benda kecik pun nak merajuk kan.... boleh naik sawan si lelaki tu nk memujuk sokmo... hehehe. suka..suka...
Hariz berkata…
Takde awek. Mohon tips pujuk ibu. Hihihi

Ikhlas,
profhariz.com
Asha Lya berkata…
suka lelaki yang part pandai buat lawak..terus hilang merajuk :D
Unknown berkata…
Hahaha...terbaik entry ni.
Wan mmg jenis yg suka pujuk wife wan. Teknik yg wan guna hanya buat sikit lawak...tapi tgk pada keadaan jugak la macam mana dia majuk. Selalunya tak pernah mengecewakan. Hehehehe...
randomlyally berkata…
kalau akak pulak janji hubby minta maaf n sedar kesilapan..akak dah ok. kalau rasa2 nak mengada2 (suami sendirikan..) minta le dibelikan hadiah..hihi
Aku pengembara berkata…
I like buat kejutan.. Huhu :D
Shahrul Yusof berkata…
Merajuk sikit-sikit boleh lagi nak pujuk. Kalau mengada-ngada nak lebih-lebih, boleh buat derk jer. Haha
Unknown berkata…
berguna bagi lelaki tapi tak semudah itu bagi perempuan ...
dear anies berkata…
sy penah dpt yg ketiga tu...sure pastu sengih smpi ke telinga
CD berkata…
ketujuh dan kelapan tu tak sesuai... nanti jadi lagi panas :D
Hafizul berkata…
Yang ke lapan tu selalu gak buat..hahaha..
Blog Santai berkata…
Pandai acik..mesti banyak experience ni...
Azwar Syuhada berkata…
Ada ke lelaki yang suka memujuk? rasa kelakar plak..hahahah
ANIM berkata…
suami kak anim lak..kalau angin kak tak baik, ajak keluar makan..huhu..
Mizz Aiza berkata…
bagus perkongsian ini acik.. wanita merajuk kerana ingin dipujuk.. mungkin ada orang mengatakan wanita mengada-ngada, nak buat macam mana kera itulah sifat semulajadi wanita..
Unknown berkata…
acik, banyak pengalaman nampak? hehehehe..
bicara mak dara berkata…
hehehe rasanya pd yg baru bercinta atau yg baru berkahwin kompom akan pujuk pujuk balik pasangan.. kalau yg dah lama kawin mcm akk ni selalunya pasangan akan gunakan kaedah yg no 7 tu je hahahaha
Affy Afiqah berkata…
7 and lapan tu macam lg cari pasal je acik ahahahaha
Azhafizah MN berkata…
yang penting mintak maaf dan memujuk tu :)
BinMuhammad berkata…
No komen... masing2 tahu caranya :)
Niesa berkata…
terbaikkkk entry ni!hahaha...dh mmg betul pmpuan ni suka merajuk..kdg2 salah sikit pn nk merajuk..saja je nk mengada2 kan...eh tu niesa kot..mihahaha..tp paling xsuka kalau lelaki merajuk balik..xkn layan punya la.. :P
cik lisa berkata…
tak pandai pujuk, melayang awek mu wahai sayang, haha, lepas kahwin kene tunjuk kat suami ni, kikiki
Unknown berkata…
sebenarnya ppuan nie bukan la mengada sangat nak itu ini... cuma inginkan perhatian jer... apa cara perhatian tu pun tak kisah laa...
Tetamu Istimewa berkata…
Terima kasih atas perkongsian ini Acik. Memang setiap pasangan ada caranya kan untuk memujuk pasangan yang merajuk. Ada juga yang tak buat apa-apapun tapi, esoknya dah baik.
Fiza Aizzawa berkata…
yg last tu rasenye mmg selalu jadi kot.. haha.. mengade sgt nak merajuk kan.. jom merajuk sama-sama...
Unknown berkata…
susah juga kalau nk pujuk pempuan nie, pengalaman, ajak shopping..lelaju dia setuju..
MUHD ASIB berkata…
betol 2, info ni menarik.. mohon untuk share yer..
Unknown berkata…
Setiap orang ada cara tersendiri untuk memujuk...dan setiap orang ada cara sendiri untuk di pujuk...bagi akak kalau seseorang itu minta maaf dengan ikhlas dan tak mengulanginya lagi itu pun dah cukup, tapi kalu dapat yang no. 2 tu pun ok gak..hihi
Unknown berkata…
Sakit jiwa menahan marah kalau time merajuk suami buat tak tahu ja, hampeh tol
Unknown berkata…
Klau pjok x jlan gak cmne ye...puas dh ni crik tip...hihi....mohon pencerahan....hihi
Unknown berkata…
Klau pjok x jlan gak cmne ye...puas dh ni crik tip...hihi....mohon pencerahan....hihi
Izzati Amira berkata…
hmmmm macam berkesan je.. hahaa.. boleh pakai tips ni.. hikhik
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nik Ainaa berkata…
kalau aina, mrajuk dgn abg ainaa... dia pun tiru gaya aina merajuk. terus xjadi sbb serius lawak! hahahaha 😂😂
Unknown berkata…
Terima kasih bang...sy akan cube lakukan...
Unknown berkata…
Terima kasih bang...sy akan cube lakukan...
Amelia berkata…
buat x tahu. hahahahaha betullah tu. kadang2 dia marah dia memang xnak orang kacau dia... biar dia elok dl
Unknown berkata…
Betul tu sis..sy ada mslh dgn awek sy..dia mntak smpai putus. Sy antr msj dia xbls cume bca je..
Unknown berkata…
Nak tanya saya ada seorang kawan yg menjauhkan diri dan dah menanggap saya macam sampah....walaupon saya x tahu apa salah saya...dah banyak kali saya tanya tp dia cakap saya x ada buat salah dengan dia....dah puas saya mintak maaf...x kira mintak maaf cara hantar masage dan cakap terus tp dia x layan....cuba bagi tahu apa cara untuk pujuk dia

Syahmi berkata…
Assalamualaikum akak klau gf kta yg susah dipujuk nak buat macam mna semua xjln
Syahmi berkata…
Betul 2,lgi nk buat ap ek? Boleh tak tolong ckit?
Emmy Afila berkata…
kalau lelaki pulak yang merajuk acane tu acik? tapi tak mengaku merajuk, tak suka kena pujuk pulak tu. bila tak pujuk makin teruk huhuhu tolong acikkk :(
Unknown berkata…
Assalamualaikum...saye nk tanye...saye ade sorg kwn pompuan ni...kitorg mmg rapat...satu hari tu die terperasan yg saye ade save gmbar ig die kt gallery fon saye...die tanyela knape save gmba die...saye cubela jujur kt die last2 die merajuk...mcm mane care yg sesuai utk pujuk die? Saye dh xtau ape nk buat dh...harap bole reply dgn segera
Unknown berkata…
Assalamualaikum...saye nk tanye...saye ade sorg kwn pompuan ni...kitorg mmg rapat...satu hari tu die terperasan yg saye ade save gmbar ig die kt gallery fon saye...die tanyela knape save gmba die...saye cubela jujur kt die last2 die merajuk...mcm mane care yg sesuai utk pujuk die? Saye dh xtau ape nk buat dh...harap bole reply dgn segera
Chivas berkata…
The site really is great! Is this the story of the two boys that went for their dream and became diesel mechanics?