Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Yang Berkesan Memujuk Apabila Lelaki Merajuk

cara memujuk lelaki

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur kehadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Selepas kejayaan entri berkaitan apabila perempuan merajuk dan atas pemintaan ramai acik akan berikan sedikit tips bila lelaki pula merajuk. Secara jujurnya memang susah nak tengok lelaki merajuk, tapi sekali dah merajuk ,amik kau lama tu .

Kalau perempuan merajuk kita rasa comel sahaja, tetapi kalau lelaki merajuk ? Fikir-fikirlah sendiri, tips ini acik dapatkan dari hasil membuat pantauan dan bertanyakan kepada yang pakar untuk memujuk lelaki merajuk. 

Pertama : Berikan masa dan ruang 

Apabila konflik tercetus, jangan terus datang pada dia dan untuk memberitahu segalanya. Malah nanti akan jadi lebih teruk dan bila beremosi mungkin perkataan-perkataan yang tak di ingin akan keluar. Maka berikan dia ruang dan masa untuk dia fikirkan permasalahannya.

Kedua : Masakkan Makanan Kegemarannya

Ada sesetengah lelaki memang suka pada makanan , macam acik ehh. Ketika inilah kamu boleh masakan makanan kegemaran dia dan menunjukkan rasa prihatin kamu dan kesungguhan kamu dalam memujuk dia. Kalau dia menolak makanan itu , maka pandai-pandailah buat ayat, contohnya " yelah penat saya masak untuk awak, awak tak nak rasa ke ? sedap nie " 

Ketiga : Hantar surat kepadanya

Hantar surat ? mesti ramai yang tak faham , ketika ini mungkin segala mesej kamu, segala telefon kamu tidak akan di jawab. Maka gunakan cara alternatif dengan menulis surat kepadanya, tulislah yang kamu minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku. Sekurangnya kamu sudah ada usaha. 

Keempat : Buatkan Kejutan untuknya

Kejutan ini bermaksud pekara-pekara yang dia suka, contohnya dia suka bola sepak, apa kata kamu ajak tengok perlawanan bola sepak dengannya. Kalau dia suka rock climbing , maka pergilah dengannya. Tunjukkan rasa keikhlasan kamu ,moga-moga dia akan cepat reda merajuknya.

Kelima : Mengakui kesalahan kamu dan janji tak buat lagi.

Kadang kala lelaki nak tengok sejauh mana kejujuran kamu, tak salah kalau kamu minta maaf tetapi jangan terlalu mendesak dan memaksa. Yang pastinya kamu perlu janji jangan buat pekara yang dia tak suka. 

Keenam :  Mencari punca dan mengalah Sedikit

Sebagaimana kamu ketahui ,carilah punca kenapa masalah ini terus terjadi. Maka mengalahlah sedikit, tunjukkan rasa prihatian kamu dan bertolak ansur. Kadang kala pekara remeh temeh , jadi mengalah tak bererti kalah, berikan dia peluang

Ketujuh : Merajuk Balik

Semua cara dah buat tapi tak berkesan, maka merajuklah balik, mesti dia tak sampai hati punya. Mesti tak akan merajuk lama-lama.

Ini hanya sekadar sahaja, lain orang lain caranya. Acik berikan sedikit tips kepada sesiapa sahaja . Harap ianya dapat membantu, tapi jangan buat tak tahu, nanti menyesal kemudian hari kalau di madukan. Hehehe

Baca Entri Yang Berkaitan 


>>>>>> Cara Memujuk Apabila Perempuan Merajuk

>>>>>>Apabila bakal isteri tak pandai masak ?
>>>>>>Pekara yang lelaki peka tentang perempuan  
>>>>>> Perempuan perlu tahu tanda-tanda lelaki merajuk

Catat Ulasan

49 Ulasan

kalau acik yang tulis secara maya ni dah tentu2 lahir dari hati sendiri kan sebagai lelaki...ihikss...apa pun setiap wanita pasti ada cara mereka yang tersendiri dalam memujuk lelaki kesayangan mereka kannn? *_^ salam isnin acik...
Unknown berkata…
Buruknyalah kalau lelaki merajuk..hehe..mmg susah nk pujuk lelaki..lebih mengada lg dari nk pujuk perempuan..hehe..apa pun..lelaki itu manusia biasa jugak..sbb tu nk merajuk..konon manja.. :)
✿INA AINAA✿ berkata…
Alamak. Ena ni dah la jenis bukan suka memujuk orang. Kena belajar ni sebab takut suami (Akan datang) lari cari yang lain. Hahahahahahahhahaha. Apapun, terima kasih atas perkongsian. Lelaki pun manusia jugakan, cuma ego je tinggi. So kadang2 kami sebagai kaum hawa susah nak tengok lelaki ni merajuk. Tetapi tengok dorang marah betul2 selalu
Unknown berkata…
Yeah! Ni lah yang orang lelaki nak kan sebenarnya. Saya sokong 100%! Secara individu pula, saya rasa perkataan "MAAF" tu sangat memberi impak kepada kaum lelaki. Serius tak tipu.

Entri terbaru di blog Muhammad Helmi Segmen : Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama Ayuinsyirah
BinMuhammad berkata…
Sekeras manapun hati lelaki...jika pujuk rayu perempuan pasti akan cair juga.
Cik Itah berkata…
salam. ehe..tips terbaik ni acik ^_^
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. hahaha merajuk balik tu best. haha tengok siapa kebal siapa lemah. ahhahaha singgah sambil menabung sini ~~~
sobri yaacob berkata…
he..he.. acik suka saya entry ni..tambah2 bab kena pandai mask..
:P
org ckp klau nak pikat lelaki kna pikat perutnya dulu
paridah berkata…
betul tu sobri org lelaki ni kalau dijamu dgn masakan kegemarannya...cair amarahnya...tapi kelembutan n bahasa manis yg ditutur juga ayat memujuk...
mselim3 berkata…
Assalammualaikum....achik,

Bagus entry nie.. tips2 nak memujuk lelaki.. hehehe lelaki nie keras macam kerak nasik aje.. kena air cair..hehehe.

mselim3
Pha Is berkata…
hahaha.. cara ke-7 tu style.. tapi bila difikirkan, ada betul nya.. hehehe
Khir Khalid berkata…
Lelaki ni kebanyakkannya penyayang & hatinya lembut... cuma kdg2 ada jenis yg ego tu je yg meletihkan.. Tp mmg setuju dgn perkongsian Acik ni.. :)
PCL berkata…
merajuklah pada yg sudi ; kalau tak... xde maknanya juga merajuk-rajuk nih..acik ; kamu kena rasainya ...memang nikmat bila sesekali dipujuk dan memujuk itu adalah sebahagian kerja rumah kita sbg org lelaki.. haha. (tengok pasangan jugak !)
Unknown berkata…
hahaha... terbaik Acik.. masa Acik share cara pujuk perempuan tu, ain ada terpikir nape Acik x share cara pujuk lelaki... hmm.. ain mmg tak reti bab pujuk2 ni... tapi selalunya ain buat tips no.1 .. bg ruang and masa...
Shahrul Yusof berkata…
Lelaki ni kalau muda-muda jarang yang nak merajuk, bila dah makin tua je dia jadi makin lekas merajuk. Haha
Maria Firdz berkata…
Mmg dh buat semua yg di atas... Last2 merjuk balik la.. Haha
Niesa berkata…
hahahaha..nice tips acik!yg last tu mmg niesa sll buat..sbb xpandai la nk pujuk2 laki..ekeke..
Unknown berkata…
lelaki merajuk sekejap je,..kalau pempuan lain la, amik masa berminggu2 nk pulih perasaan bila dah merajuk..hihi
Unknown berkata…
Biasanya isteri akan buat suprise..kadang-kadang dia geletek je..haha
Unknown berkata…
Hahaha merajuk tu minta perhatian lah tu.
Biarkan dulu. Hahaha
Yana Yani berkata…
gitu ye, bab mengalah memang aku selalu buat
tak ada kuasa nak biar persengketaan berlarutan lama
hari ni gaduh manja, besok baik dah =)
Mizz Aiza berkata…
selalunya biarkan sahaja si dia merajuk.. zalim betul akak ni.. hehe..
Unknown berkata…
cara yang akhir sekali tu memang terbaik.. orang dah pujuk macam2 masih nak merajuk lagi... mintak maaf jer klu salah sendiri... ekekeke.... kadang2 tu bila main merajuk2 nie macam suwit jer.... tp klu selalu sangat dah jadi pahit... :)
Unknown berkata…
merajuk ni kdg2 lelaki ke pempuan ke sebenarnya inginkan perhatian..so kenalah tolak ansur dan memahami kehendak masing2..:) good info bro..
cik lisa berkata…
perempuan merajuk, comel lah juga.. tapi bila lelaki merajuk ni, alahai. Kalau merajuk kejap takpelah, tapi ni kemain muncungnyer, haha.
Unknown berkata…
sy paling selalu buat yg pertama dan yg ketujuh tp yg ketujuh tu mmg berkesan. hahahahaha!
ANIM berkata…
ni tips untuk lelaki muda sikit kot acik. kalau dah masuk 50 series , rasa-rasa tak jalan. haha...
lelaki 50 series ke atas, sebab dia kembali berperangai seperi kanak-kanak, yang manja, yang suka merajuk, kena layan depa cam kanak-kanak juga..haha. makan bersuap, etc..huhu
hafizmohd.com berkata…
lelaki merajuk? biasanya tak lama...

kalau suami, lagi cepat sejuknya...hohoho
Asha Lya berkata…
lelaki merajuk emm susahnya nak jumpa :)..lya menabung cne
randomlyally berkata…
Ohh..bole ambik sikit tips ni. Nasib baik suami sendiri jaaaarang merajuk.. :)
Blog Santai berkata…
hey I did that too...he..he
Unknown berkata…
AMBOI BESAR BETUL TULISAN HAHAH CERAH MATA AKU
Syazana Zainn berkata…
wahhh boleh try ni. hikhik
Unknown berkata…
Lelaki merajuk?? ermm... huduh laa... hehehe...
Unknown berkata…
kikiiki suke yang last sekali tu....habis cite..haha
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
artikel yg menarik...
Unknown berkata…
menarik..jarang lelaki merajuk..tetapi jika lelaki merajuk bererti hatinya benar-benar terluka... akak suka bab merajuk balik tu... itu yang selalu akak buat..
Unknown berkata…
ya ALLAH...susah betul nk pujuk lelaki nie...naik angin rase nye... smpai2 kne makin hamun..rse takut pun ade..silap jugak prgi mcg die selalu...pe lagi benggang aa die...tips petame too..mmg tepat..kne beri ruang tuk die brfkir..nyawa2 ikan .. sikit je lagi nk clash..p naseb sabarr...adoii...penat btol nk pujuk..arhhh...frusttt...
Asmaa_maembOng berkata…
adess,aku paling susah nk mgalah.... selalu aku merajuk balik..hahah tp,kali ni aku text dia minta maaf then aku yg merajuk balik sbb dia x bls msg aku. wuaaa.....
khatyaiman berkata…
akan tetapi jika seorang lelaki merajuk kerana kesalahan sendiri dan bercampur dengan ego macam mana acik,adakah wanita juga yang harus memujuk atau sebaliknya..ngee
Simply Remedies berkata…
i m so lucky so far husband tak merajuk type... hopefuly not in the future... susahnya nak pujuk laki nie...
Unknown berkata…
thank you for the tips. bole la aply lepas ni! hehe
Unknown berkata…
BF saye, kalau nak belikan makanan kat dia, nanti dy lagi marah. sebab saye membazir. dan dia sangat cerewet pasal makanan. walaupon fav dy, tapi kalau tak kene rase, lagi dy mengamuk.
Bagi mase dan ruang ? bagi dy, gaduh hari ni, kene settle hari ni. tepat pukul 12, bye bye lar.
Tulis surat ? lagi dy mengamuk. dy kate kalau fmly dy yang ambil surat tu dan bace, pade dy saye nak bagitau 1 dunia yang kiteorg gaduh.
sekarang ni saye tak tau la saye single ke atau still gf dia
Unknown berkata…
nasib nyawe2 ikan.. kite ni.. dah tak tau la ape status :(
Unknown berkata…
Semua cara da guna so nampaknya cara terakhir i kna guna😂so terpulang pd dia...saya redha ja..angap xd jodoh if dia xnk pujuk sb i da pujuk dia
Cinta hati berkata…
Mcm mne plk klu dia blok kita??? Smua no sy pjuk dia. Smua no sy gnekn dia blok.adakah dia akn cair jgk nnt??
Cinta hati berkata…
Mcm mne plk klu dia blok kita??? Smua no sy pjuk dia. Smua no sy gnekn dia blok.adakah dia akn cair jgk nnt??
Unknown berkata…
Boleh tak bagi tau lebih lanjut lagi cam mana nak pujok laki ni?