Assalamualaikum...

Perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis, dalam diam . 

Survey yang acik lakukan menunjukkan bahawa memang  kebanyakan perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis, dalam diam . 

Kebiasaannya perempuan yang banyak bercakap nie hanya bersama rakan-rakan dan ahli keluarga mereka sahaja jika tidak mereka akan menyendiri. dan acik minta pandangan dari seorang pelajar mascom (PR) sebab dia nie acitive orangnya.Nama panggillannya adalah Olen.

 Kenapa perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis, dalam diam . ?


Olen : Yup acik , saya akui, kerana perempuan nie suka bermain dengan perasaan dan memendam rasa. Bila bercakap tu mesti ada geng atau click yang " sekepala" dengan dyeorang dan akan ceritakan tentang yang  have fun dan jarang meluahkan perasaan kerana orang nampak kita selalu gelak ketawa tapi dalam hati sape yang tahu.


Kadang-kadang kita akan cuba untuk tersenyum agar orang lain tak nampak luka di hati kita . Mesti ramai yang tertanyakan kenapa macam itu ?? Jawapannya mudah kerana orang tak rasa apa yang kita rasa. Masalah akan datang dengan pelbagai cara dan bentuknya, mereka bila ada masalah lebih suka keseorang dari kongsi kepada kawan-kawan.Dan masa itulah mereka akan menagis sepuas-puasnya.


Persoalannya kenapa perempuan banyak cakap ??

Menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya, apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan. Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.

Berbanding otak lelaki mampu mengetepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat. Mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain.Jadi untuk wanita, kerana tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengetepikan masalah mereka ialah dengan cara bercakap mengenai masalah itu. 

Bercakaplah mereka sehingga selalunya tidak fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Inilah yang biasa kita lihat.Dalam sehari, apabila wanita ingin menyampaikan isi hatinya, secara purata mereka menggunakan tiga kali ganda jumlah perkataan berbanding lelaki. 

kalau kita tengok sama ada lelaki atau perempuan bila banyak gelak dan lepas  gelak puas-puas energy dah tak banyak dan mood akan spoil dan mereka akan lebih menyendiri.. Tapi paling penting bila ada masalah mereka akan cuba memencilkan diri kerana masalah itu mereka  kena hadapi  dan cinta & masalah tak dapat dipisahkan.

 

Tak apalah hanya ambil positif bahawa perempuan yang banyak menangis ada kelebihannya. Sebagai contoh:

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dihidrasi pada membran mata yang dapat membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteri 
Tak perlu ubat eyemore, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteri alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis karena emosi mengandung 24 persen protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis dapat mengurangi stress ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

Kita kena fikir positive sekarang nie dan belajar untuk meluahkan juga apa yang terbuku di hati tapi dengan cara yang bersesuaian.Ingatlah setiap kali kita berdoa dan menangis mohon keampunan daripada Allah,segala dosa kita akan terhapus dengan izin.Sesungguhnya Allah maha Penyayang. 

Selama ni kita menangis kerana takut kena tinggal kekasih,menangis kerana kecewa,menangis kerana gagal dlm peperiksaan atau percintaan. Semuanya tak guna! Menangislah kerana takut dengan Allah..Menangislah kerana kehebatan Allah..Menangislah mohon ampun dengan Allah..

Allah sayang pada hambanya yang sentiasa menangis kerana takut akan kekuasaaNya dan menangis memohon ampun dari padaNya..