gambar hiasan

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tak sempat nak update blog untuk beberapa hari kerana masa sangat mencemburi kita. Lumrah lelaki suka sesuatu yang cantik dan sedap mata memandang.

Yang cantik itulah di kejar sehinnga dapat dengan pelbagai cara.Itulah stigma masyarakat dan tanggapan terhadap lelaki tetapi realitinya lelaki tidaklah seteruk itu.Tahukah kamu lelaki sukakan perempuan tak ber make up?

Tak percaya ? semalam acik buat survey di facebook acik untuk bertanyakan kepada para lelaki. Dari 100 respon 94 dari mereka tak sukaperempuan bermake up dan berlebih-lebihan. Nak make up tak salah tapi janganlah sampai satu inci. Bersederhana dan touch up sikit.

Antara alasannya adalah perempuan yang tak bermake up ini bila janji bertemu tidak perlu tunggu lama , dalam 10 minit siap.Kalau nak pergi kedai depan rumah pun nak make up ? susahlah.

Lelaki juga merasakan perempuan yang make up ini tidak yakin dengan dirinya dan tidak jadi diri sendiri. Bila bermake up cantik, bila tidak ? oh no, jadi lebih baik besederhana.

Selain itu, perempuan yang tak bermake up ini pandai berjimat, yelah alatan make up bukan murah dengan foundation, bedak lafi, gincu dan sebagainya .

Tak salah nak bermake up tapi jangan over sangat, yakinlah pada wajah yang Allah berikan, semuanya cantik-cantik belaka. Di situ kamu dalam lihat orang suka kamu kerana kecantikan kamu atau diri kamu. 

Jadi apa pendapat kamu tentang isu ini ? ada pendapat mari kongsikan bersama acik .Maaflah tak dapat taip panjang-panjang pakai handphone memang susah.